Tuesday, 1 July 2014

Cerita Hospital

Masa Suri sebulan, dia demam, dah pegi jumpa Paed favourite kami, dan dia suruh straight to GH. Masuk wad kanak kanak infection. Takde individual room, so kena share satu bilik lapan orang, so terjumpa la byk orang.

Depan katil saya, ada pesakit SLE. Familynya baik2 je, selalu tolong tgkkan Suri masa saya ke toilet. Kesian pulak saya tgk budak tu, kena control mkn, air tak buleh lebih dari 500ml intake per day, kalau tidak, BP naik, haiyohhh! Doktor siap kelebet bakul makanan yg mak dia bawak, ye la takut budak tu mkn junk food.

Sebelah katil tu, ada baby baru 8 hari, sama je mcm Suri, demam. So dia tengah on two types of antibiotic, then tunggu lab results. Diorg ni chinese and mlm2 confinement lady diorg yg tlg jaga baby tu. Siang hari pulak, aunty2 kpd baby tu yg jaga sebab mak dia dok kat rumah, tak berapa sehat. Betapa baiknya aunty2 baby ni, susah ooo nak dpt adik beradik yg sanggup berkorban mcm ni. Bila Suri melalak sbb sakit perut, aunty confinement lady tu la yg ajar saya mcmana nak urut kaki and perut baby, Alhamdulillah, berkat ajaran dia, saya dah kurang panic bila Suri menjerit. 

Yg sebelah saya pulak adalah yg paling menarik sekali ceritanya. Yg hantar budak laki umur 10tahun ni ke hospital adalah bapak dia. Dah admit, bapak dia buleh hilang mcm tu je, ntah ke mana, nurse doktor semua dok tanya. Mlm tu bapak dia dtg, angkut adik beradik budak yg sakit ni tdo luar wad tu, kesian ok, tdo atas lantai. Bapak dia angkut sekali pompuan muda and dia kata itu cousinnya. Esok pagi pompuan lain pulak dtg, rupanya mak budak tu. Yg dikatakan cousinnya mlm tadi tu sebenarnya gilpren baru bapaknye. mak nye peramah, tapi tu lah diorg ni tak berapa paham apa yg doktor tu cakap. Dan saya perasan doktor2 wad tu kalau ko tak tanya, grill betol2, sepatah2 je diorg ckp, masa round, bergurau sama sendiri, takde la yg nak explain betol2. Sampai budak ni nak discharge, korang tahu tak yg diorg taktau pun budak ni sakit apa sebenarnya, nasib baik pagi tu ada bos mana ntah dtg explain kat bapak budak tu. Nak dijadikan cerita rupanya mak bapak budak tu dah tak duduk sebumbung dah, dan kalau jumpa tu mcm kucing and anjing, perhhh rasa hangat sungguh la dlm wad tu. Datang nenek took over tlg jaga, nenek pulak dtg bercerita, sandiwara sungguh. Tapi saya dpt tgk la peritnya hidup budak tu dpt family yg berantakan yg mcm gini, mintak dijauhkan la kite semua ye.


Masuk spital ni buat saya sedar yg susah2 saya, ada lagi yg dua tiga kali ganda susah dari saya dan saya kena appreciate apa yg didepan mata. 



Saya berdoa semoga kita semua senantiasa di bawah lindungan yang Maha Esa. 

Salam Ramadan.

2 comments:

makcikkantin said...

betul, bila dok hospital, tahulah kita ada orang yg hidup mereka lebih sulit dari kita.

Salam Ramadhan

ZuNas77 said...

Kesian nasib budak2 skrg. If parents tak betul, ntah mcm mana la life diaorang kan. Slalu baca berita pasal bdk2 kena dera, kena tinggal, kena seksa malah now ada yg kena bunuh, terus peluk anak2 ketat2. Minta doa supaya kawan2 diaorg kat luar sana sentiasa di lindungiNya..huhuh

semoga Suri dah sembuh now...

Related Posts with Thumbnails