Monday, 3 February 2014

Nasi Lemak Naked

Sebab abah mak saya dok dkt Kuching daripada saya umur 6 tahun sampai 12 tahun, so, tiap tahun pun balik semenanjung masa coti sekolah takpun raya. Masa kecik2 naik flight tu kira event besar lah weh, tiket mahal kot, so mesti pakai baju cantek2, pastu naik flight menonggeng tido, nakharom sangat! Tak ingat la makan sedap ke idok dlm flight, tapi penuh la tray tu dgn cekadaknya dan cutleries besi yg makcik2 termasuk mak saya songlap bawak balik rumah (patut lah MAS semekin!) dan yg pasti nya proses dkt airport tu mmg best gilak ah bagi seorang budak!


Bila dah bertunang and dpt kerja dkt IPTA yg listed in top 200 Asia University (ehem ehem!), aruah abah belikan bisnes tiket pegi Kuching, pastu aku bayar balik laaaa...hahaha. Masa tu dah start dah operasi naik turun flight hampir setiap bulan dan sikit pun tak heran, pakai slipper jepun aku tak kesah dahh, hikhik. Tapi the first option always MAS, sebab pertamanya aku malas nak beratur, sebab dolu2 Airasia kan free seating so aku malas nak berebut dgn makcik2, walaupun makanan MAS masa tu at one time, cold sandwich yg kulit rotinya adalah keras macam ikan jacket, arghhhh! Lepas tu agaknye kena complaint kot, diorg tukar menu to hot meal. 


Dah dpt hot meals, pun ada jugak la tak puas hatinya khenn. Sebab kadang2 nasi dgn lauk ikan kot, ikan tu bau hanyir kott, kadang tu dpt spaghetti yg tak sedap langsung! Tapi dah nama orang hidang, kau tak suka, kau tolak tepi la, tak yah banyak bunyik sebab short flight kan. Kau turun nanti, pegi la makan sedap, itu aku la kan. Bagi aku, tiket MAS yg aku dpt selalu murah2, so dpt makan pun okla, kalau tiket yang tak murah tu maknanya aku pegi guna duit gomen, menjalankan tugas gituewww.


Tapi sebab yang komen tu adalah chef kan,  mmg la nampak benau huduhnya nasi lemak without all the condiments. Tapi what to do, samada MAS jimat dan susah kot nak reheat food especially utk flight yg penuh. Dah la kalau ko reheat, takkan nak letak timun dgn kacang sekali dlm tmpt reheat khenn. Ko ingat sempat ke crew nak potong timun and setiap kali serve nasik lemak, tanya la pulak, "cik nak kacang tak?", ye la, orang sekarang byk allergy ye uols, allergic nuts la, allergic madu la, macam aku ni kan, aku allergic dgn orang-riak-budget-best, wakakaka!

Gitueww! Dah la MAS, banyak cekadak ahh nak hidang nasi lemak, korang hidang je breakfast-all-day, samada american breakfast/ pancake+butter+maple syrup/capati + dhal, hikhikhik, senang!

Aku tak mintak banyak, putu mayam kira ok la kot utk breakfast, hihihi.



Photobucket

6 comments:

Irfa said...

sedih baca komen psl nasi lemak naked tu,sedih bila tpt kita cari makan di komplen, yg nampak x jujur ialah..gambar di tunjuk cuma nasi dan air mineral tu je, yang lain mcm snack/roti/coklat tak tnjuk pun.kalau rasa jujur tunjuklah semua dalam gambar tu

DeLancrettLurpak said...

Irfa,

Banyak komen kalu, naik bisnes la kann.

Orang kalau nak kasik nampak buruk satu situation, dia akan capture yg paling buruk la kan, tu pasal dia ambik gambau tu je, takkan takde coklat, KCH-KL pun ada coklat apa..

Irfa said...

tu ler pasal sy kata komen x jujur
nampak sgt niat nak kondem
kalau letak timun nnti dah re heat, komplen pulak timun tak fresh,tak rangup lah hape.bukan sorang dua dlm flt tu nak serve macam kat gerai di bawah.AA bolehlah sbb bukan semua yg travel order makan

sori..pjg lak komen.hihi

DeLancrettLurpak said...

Irfa,

tu la pasal.. dah la nama flight yg ada free food, pax naik pun banyak songeh, cecah bontot je, nak kacang la, nak juice la, kemain khennn, feeling bos sgt..

blu4sky said...

nasi lemak tu bkn ada kacang dlm bekas plastik kecil ker.. kerr skrg dah dikurangkan.. ntah lerr kekadang rasa dpt gak nasi lemak sambal udang off course timun tak ada.. silap haribulan bley basi ... ntah ler.. i bedal jer apa org hidang.. memilih kalu..lapaq lah atas flight 2 jam 1/2 kot baru landing.. blum lagi sampai rumah...

CikSengal said...

dulu makan meriah, siap ada ceklat, ada fruitcake bagai.. la ni takdok dah.. nasi lemak ngan mineral je..

Related Posts with Thumbnails