Thursday, 24 October 2013

Competition


Masa zaman undergrad, ada yg compete sama kengkawan sapa ada boyfren.
Saya tak kesah pun pasal boyfren tapi saya suka nak compete sapa yg banyak masa berjimba-jimba, dan saya bukanlah golongan yg compete sapa dok dkt library paling lama, kosser sgtt! (Patutlah diriku jarang mendapat dean's list, hehehe)

Lepas tu compete pulak sapa yg kawin dulu. 
Nak gak tu lawan sapa punya mejlis paling grand/unique, bank rakyat kann adaaaaa.

Lepas tu compete pulak sapa beranak dulu dan banyak.
Dalam hal beranak ni pulak, compete pulak sapa yg hebat makanya dia beranak normal, kurang hebat adalah kepada yg beranak c-sect, gitueewww.
Pastu beranak kat mana. Bukan setakat private spital je factornya, gynae mana pulak, spital tu ada rupa mcm hotel tak, perh perh perh.

Lepas beranak, compete sapa punye stroller paling canggih.
Botol susu sapa yg cap Hermes, matiklahhh *exaggerate sgt khenn*

Lepas tu, compete sapa beli rumah dulu.
It's all about location, location, location gitueww.
Lawan sapa dpt beli banglo sejibik di umur 28tahun di kawasan yg elegant, fuiiyooo! 
Kalau setakat rumah seketol dkt Kg Kesang Jaya tu tak kira lahhh.
Belom bab kereta lagi, pakai Civic takpun Vios, dah bangga gile, er er er.


Pastu anak masuk tadika. Compete pulak tadika mana takpun international school nursery ke.
Pastu anak sapa yg dpt membaca dulu dan juga boleh mengaji dulu.
Kalau boleh masa gi reunion tu, paksa anak baca doa makan kuat2, eh ko bg je la microfon kat anak ko, suruh baca tahlil sekali, barulah riak kuasa 18. Tapi dia lupa la pulak nak ajar anak dia table manners, oppsss.


Competition je memanjang.
Tak penat ke saya, korang dan orang lain?
Udah-udah le tu yeop/yong oiiii!

Photobucket

11 comments:

Real Life in Malaysia said...

i like ... especially this "Kalau boleh masa gi reunion tu, paksa anak baca doa makan kuat2, eh ko bg je la microfon kat anak ko, suruh baca tahlil sekali, barulah riak kuasa 18... :)

Salma Tayo said...

ahaha..memang xhabis2 kan.sampai ketua la jawabnya.semua ni boleh tengok kat facebook.tiap2 hari ada aksi tunjuk menunjuk ni.mintaklah dijauhkan dari sifat riak dan takabur.

Atiqah Ahmad said...

well said. rasa nak share kat fb jeeee.

AGAS said...

aje bebeno apa yang kome tulis tu. Cuma satu tertinggal, tak compete ke sape pertama kena bermadu ??? kuang! kuang! fengsan

DeLancrettLurpak said...

Real Life in Malaysia,

Ramai sgt yg parents yg bersemangat sampai tahap takbur ni, hihihihi

DeLancrettLurpak said...

Salma Tayo,

Sebenarnya saya enjoy je layan org suka buat aksi tunjuk menunjuk dkt FB ni, cuma kadang2 meluat la jugak, kalau dah "balik-balik kauuuu je" kannnnn

DeLancrettLurpak said...

Atiqah Ahmad,

Share dik, jgn tak share, hihihi..

DeLancrettLurpak said...

AGAS,

hehehehe, betol gak tu kak, compete sapa dpt pegang payung emas dulu, wahh gitueewww

Kak Zie said...

As salam

Agak2nya ada tak yg compete. ......siapa pergi dulu

Liyana Sohaime said...

Adoi, botol susu cap Hermes yg paling tak tahan tu, hahahahaha

CikSengal said...

orang yang tak compete macam aku ni sampai skarang takde arah tuju dalam hidup.. :(

Related Posts with Thumbnails