Thursday, 15 August 2013

Kidzania

Ramai dah kot pi Kidzania kan. Kami tahu pasal benda alah ni, tapi mcm malas nak pegi. Kami ingat nak pi Petrosains buat ntah kali yg ke berapa. Tapi bila dah pi Ikea, Yaya ternampak pulak signboard Kidzania, budak tu dah pandai baca melayu/omputihs, so tak buleh tipu punye. So, kami ke sana hari ahad, beli tiket siap2. 

Kami amik afternoon shift. Katanya mesti berkumpul at 3pm dkt counter situ. Lama gilaaa ok tercongok kat situ, dah la kerusi sgtlah limited, sebagai ibu mengandung yg sedang mengalami all-day-sickness, mmg sentap juge la hati ini bila disuruh berdiri selama almost 40mins. Saya tak terhibur langsung bila diorg start nyanyi2 lagu raya sambil menari2, ergghhh, buang masa! Muka mak pak lain pun annoyed juga, wakakak! Yg tukang menari je feeling lebehhh.

Almost 4 kot baru gerak naik level 5, eeee. Okla facilities dia, tapi kalau nak jadik fireman, waiting time 20mins-40mins, apakah? Mmg taklah si Yaya tu nak tunggu. Sebelum bebudak boleh start berkerja, staff Kidzania menari dulu, yawwwwnnnn!!!! Membazir masa! 

Memula kami suruh Yaya jadik surgeon, Yaya tak paham kot surgeon tu buat apa, dia insist nak jadik nurse. Kami dok perati dia dari luar, staff Kidzania tu suruh budak2 pakai nurse coat. Yaya adalah yg paling kecik, bebudak lain dah pakai nurse coat, dia start gosok2 mata (nak nangis lettew), sebab takdak sapa nak tolong amikkan nurse coat, tinggi kot tmpt hanger tu, kesian dia, after few mins pastu baru la staff tu tlg. So, Yaya pun belajarla pegang baby, mandikan baby, bagi susu bagai. Kami tanya dia, dia suka tak jadik nurse, dia tak suke ok, maybe sebab experience dia masa kat situ tak best. 


So kami pi dkt bahagian newscaster tv tu. Kat sini staff lagi hazabedah tak friendly. Kami dok la terjengok2, haram  nak tanya, kami lak yg terhegeh2 tanya, padahal takde budak kot dlm tu. Sebab Yaya tak buleh baca laju2 lagi, so dia kena jadik technical tv crew je la. Saya mmg tgk Yaya and few other kids dok je atas kerusi dlm bilik tu, takda buat apa pun, takda staff pun explain apa nak buat bagai pada bebudak tu. 


Painting, shop dkt z-mart, pilot semua OK.

Ni Yaya jadik shopper dkt z-mart. Budak ni mmg keturunan shopaholic, so membeli belah is like celah gigi, hihihih.


Yaya jadik pelakon teater jugak, situ pun sama, ada staff tak berapa friendly dgn bebudak, ada yg 2-3 org tu  okla jugak. Paham la kan, bebudak ni kadang2 mengada2, tapi dah korang kerja yg kebanyakannnya budak adalah customer, mestilah pandai amik ati budak. 


Apa-apa pun saya tetap rasa kat sini, staff dia tak berapa kids-friendly. Mungkin kena improve dari segi tu kot, dari segi facilities mmg ok la kot, cuma takyah la menari2 bagai, takde nye nak sama feeling mcm disnesyland/USS tu, ahaks!

3 comments:

Real Life in Malaysia said...

Selamat Hari Raya Dr ... konsep nampak boleh pakai pelaksanaan nya tu yang perlu tingkatkan tu ...

AGAS said...

Lum pergi lagi, my frenchboy is 13 already, kind of a bit late. Tq for the info

Kniedaz said...

Danish dan Danial dah kumpul duit nak pi sana...hehe

Related Posts with Thumbnails