Tuesday, 4 June 2013

Trip to Maludam

Emak saya dijemput utk melawat kg di Maludam. Saya dan family kecik saya tak pernah lagi road trip jejauh mcm ni dkt Kuching. Paling jauh kami pernah pi pun Miri-Brunei, itupun masa saya pregnant 8bulan, hehehe. So hari ahad tu, pukul 8.35am kami keluar rumah, pegi rumah org yg mengajak di Kg Melayu, Samarahan. Dengan gaya rempitan, melalui jln yg sgtlah bumpy dan juga 2 feri, satu merentasi Batang Sadong dan satu lagi Batang Lupar, pukul 12.35 kami pun sampai di Kg Seberang, Maludam. 

Crossing Batang Sadong.

Murah dan sgt efisien.

Waiting for our second ferry to cross Batang Lupar.

Sampai je, kami rehat dan solat kejap, then terus dihidangkan lunch. Ada udang galah masak asam, ikan sembilang masak didik, udang kecik (org Sarawak panggil payak) rebus cicah sos dan brown rice. Udang baru naik uols, fresh giler. Mmg saya teringat udang yg saya mkn dkt Algarve, cenggitu la jugak dibuat. Tapi bezanya rasa udang, maybe udang lain spesis dan saya mkn berulamkan cheese dan butter+bread. Takde gambar ye uols, malu ai nak amik gambo.

Lepas mkn, kami melawat Pasar Maludam yg alahai kecik sgt. Dkt sana byk rumah yg dibuat utk sarang burung. Rasa air ni? Err, mcm pandan kot, maybe sbb dia letak perisa pandan.


Kesian sgt konon2nya waterfront ni.

lepas tu ke rumah sedara mara family friend kami. Dpt tgk hasil padi diorg, best. Dpt juga brown rice and local white rice utk dibawak balik, bahagiaaaa!

Lepas mkn jagung yg baru dipetik dan direbus dan sedap gila, kami kembali ke rumah pertama. Minum petang di rumah tu dgn cucur udang fresh, heaven uols! Lepas tu at 5.30pm kami bertiga pun bergerak balik ke Kuching. Mak saya tdo semlm di sana sbb nak jln2 lagi esoknya.

Last ferry utk cross Batang Lupar adalah at 6pm. Dah sampai ke seberang, permasalahan timbul sbb GPS tak dpt bgtau how to get to ferry Batang Sadong. Tapi kami follow 2 kereta yg kami rasa convoy dan kami rasa diorg pun nak ke ferry tu. Syukur, sampai jugak ke jeti ferry Batang Sadong. Lepas cross tu, a few kilometer dari jeti tu baru GPS dpt detect jalan darat, tapi GPS bgtau jln yg ikut jalan darat which will take 5 hours *pengsan*. So kami follow 2 kereta tu sambil perhatikan signboard, masa tu dah pukul 7.30pm dan ketahuilah kalau di east malaysia, udah gelap bebeno ye. Sampai satu simpang ni, 2 kereta ni belok padahal nak pi Samarahan kena lurus dan GPS pun kata lurus. Kami ikut signboard dan GPS, haa kau GPS bwk pi jln mati. Masa pegi pagi tu, pakcik bawak jln shortcut which of coz le kami tak ingat kannn. Lepas tu kami ikut signboard sbb GPS asik suruh u-turn dan time of arrival adalah 4jam lagi, eeee, sgtlah tak lojik. Sampai satu tempat tu, GPS dah diam, dan saya perasan few building dkt Asajaya, lepas tu baru GPS recalculate, baru la betol kiraanya. Debor tak hengat ok! Sesat tu lain cerita, masalahnya takde  stesen minyak ok! 

Alhamdulillah pukul 9 kami sampai di rumah, phewww! 


Kesimpulannya, belilah 4WD kihkihkih.


2 comments:

bujal X said...

beraas dia sedap kah?

DeLancrettLurpak said...

bujal X,

Saya sgt suka berasnya.. especially brown rice :)

Related Posts with Thumbnails