Tuesday, 18 June 2013

PhD dan Beranak


Mmg dah lama nak tulis topik favourite bagi mereka yg sedang belajar ini, tapi malas sebabnya takut ramai yg kesentapan. Tapi sbb Sonographer-Terlampau (ST) dah kupas dlm blognya ittew, saya pun nak la sama naik glemer, matilahhh.


Well, mmg orang yg diberi sponsorship utk belajar, haruslah belajar bersungguh-sungguh, cuba sehabis daya yang boleh. Ye lah, kau ingat nak ambik sponsorship tu mcm mkn kacang, tidak ok, haruslah sign MoU, kalau tak abis belajar, kena bayar balik duit kerajaan, dan duit kerajaan itu adalah duit tax payer. Itu semua pun tau.


So, beranak semasa membuat PhD? Bolehkah? Mmglah rezeki jgn ditolak, gituuhh. Tapi apa-apa pun kita ingat yg kita sedang menggunakan duit kerajaan dan ianya adalah amanah, sekiranya kita dpt belajar sambil beranak, why not, silakan, takde sapa marah atau nak sentap kecuali supervisor yg bukan family oriented. Ye lah, dari segi supervisor, diorg pun ada planning. Certain student kena abiskan PhD in certain period. Kalau extend lama sangat, ada effect juga pada nama dia.


Ada je kakak2 yg beranak tapi habis je belajau, okay je. Lagipun, katalah ko start PhD at the age of 33years old, at the same time ko baru kawin, mestilah nak beranak. Tapi takkan nak hold rasa nak pregnant dan beranak tu sampai habis PhD, kesian la suami ko dan juga bakal tokwan dan tokmak sekalian, btol dak? Umur 33 tu bukan buleh nak diulang, hidup hanya sekali y'all. Itu semua bergantung kepada diri sendiri, nak seribu daya, taknak seribu dalih. 


Tapi kalau dah merempit beranak 3 kali dalam tempoh pengajian, extend sepanjang yg  boleh, kalau pakai duit sendiri, sukahatilah yang oi, tapi kalau dok mintak duit biasiswa lagi mcmana, yg itu ko kena muhasabah diri sendiri, dah sampai peringkat ni, kalau tak buleh pikio jugak, aku taktau nak kata lah kan.


Jangka masa yg diberi oleh tukang sponsor utk habiskan satu PhD adalah tiga tahun, kalau ko tanya aku cukup ke tiga tahun, jawapannya adalah tidak. Itu ko tanya aku, sebab aku submit thesisku utk viva-consideration ketika usia baby PhD ku ini genap 3 tahun 6 bulan. Kalau ko tanya bos aku, jawapannya cukup je, sebab dia habiskan in less than two years. Maksudnya di sini, PhD ni banyak factor cabaran. Dari segi personal/family tentulah ada, dari segi supervisor, topik kajian, bahan kajian, eksperiments, writing dan sebagainya. Ko dah buat segala experiments dan writing dah siap on time, sekali supervisor dan co-supervisor lems mcm siput utk baca dan approve thesis ko, sama gak lambat abis. Dan boleh ke ko control semua factor cabaran PhD ni? Ada yg boleh, ada yang tidak, so usaha selagi terdaya dan berdoalah.


Dan diriku adalah tidak setuju bila orang kata blame la yg single, depa extend tapi sebab depa berjalan, tour sana sini. Eh, kalau mcm tu, ko kenapa kawin dan beranak? Ko ingat yg single tu takda perasaan, robot?  Jangan le cenggitu, ini tidak adil. Ko ada anak utk gurau2 bila tension buat PhD, depa pun berjalan la bila tension, kalau gurau dgn ko, kang jadik sentap pulak. Kalau ko choose utk kawin, beranak dan extend, so biarlah diorg choose utk single, tour sana sini dan extend. Fair. 


Tapi ko ingat orang suka ke nak extend ni? Hoiii, bukan je pakai duit kerajaan, duit simpanan pun abis kena korek ok, just to make sure that everything habis kalau buleh sebelum pulang ke tanah malaya. Kalau tak abis juga, kita usaha kasi abis dkt tanah malaya dgn syarat, tinggalkan supervisor kita in a good term dan segunung daik janji manismu, hihihihi.


So, PhD dan beranak. Itu semua terpulang kepada keupayaan kita. Kalau kita gagah dari semua segi, baik dari segi menyalurkan kasih sayang utk anak and at the same time tersgt-sgt diligent dlm kerja, silakan. After all, it's a  good practice yaw to find balance in life, dah masuk kerja ni, hoihhhh, busy nyew kitewww.



Photobucket

4 comments:

monstorious wife said...

Ada sorang lecturer kat jbtn iols ni iols respect gila. Dia pegi buat phd masa tu anak dia ada 3 pastu yg plg kecik baru habes pantang. Pastu masa tahun ke 3 dia pregnant lagi dan berjaya siapkan phd dlm masa 3 tahun.
Iols yg anak sorg pon malass...howw??

Min Aina Ila Aina said...

Saya ada senior yang buat phd masa tu mengandung anak sulung, viva lepas pantang anak ke 4! 3 adam dan 1 hawa. Suami isteri buat phd. Mungkin tak tepat 3 tahun, tapi tidaklah lama sangat.

Liasari said...

DLL,

Suka baca entry ni. Bagus berpesan-pesan begini sambung belajar dengan duit kerajaan dan duit tax payer adalah satu amanah yg besar. Tak taulah ada ke orang nak sentap? Rasanya yang paling layak sentap adalah tax-payer itew hehehe

CikSengal said...

shaya shuke bab yang shingle tu.. jangan kata masa belajar je.. masa keje ni pun ada yang bishing2 camtu.. tapi tak shampai hati laa nak kata shape shuruh ko kawen awal..

Related Posts with Thumbnails