Monday, 3 June 2013

Kenduri Kawin dan Ego

Topik yg mmg tgh cun la kan, kan tgh banyak kenduri kawin, dah la kenduri kawin skang mmg grand uols, kambing golek la, cendol la, dessert corner la, perh perh. 


Bila majlis kawin nak dibuat ni, biasanya keluarga akan panggil sedara mara yg terdekat nak bincang apa nak buat, tak panggil pun kenkadang2 ada yg menyentil, hehe. Kalau datang dgn niat nak membantu tu, kira bersyukur kannn, tapi kalau yg dtg tu feeling2 event manager, yg tu yg saya rasa nak ckp " eh kau ni bila dpt offer letter jadik event manager ni?". 


Ye, kengkadang nenek, pakcik makcik apatah lagi mak pak pengantin mmg seronok sgt nak menerima menantu kan. Tu yang kadang2 over sgt tu sampai lupa sapa yg nak kawin. Kalau belanja kawin semuanya pengantin tu yg tanggung, dan ko tak keluar satu sen pun, ko boleh bg cadangan, tapi nak ke tak nak ikut tak yah la main paksa. Ni idea bukan main grand, bila bab sponsor, tetiba bunyi cengkerik. Kalau pengantin tak nak buat akad nikah besar-besaran ke, door gift buat kek buah je ke takyah bertelur pindang bagai, jgn la bengang, pastu ko sok sek dkt makcik ni makcik tu mengutuk pengantin kedekut, hishhh! Dah la bila bab kos kawin ni, mmg akan ada kos kecik2 yg akan terlepas pandang, so biarlah sapa yg jadik master of coin yg handle everything. Bagi pendapat tu boleh, biarlah kena dgn tempat dan intonasinya. 


Satu lagi bila tiba nak bincang hal majlis dua belah pihak. Yg lelaki nak buat majlis sekian haribulan sebab ada masalah adik beradik tak dpt cuti la apa la, yg pompuan pulak nak tarikh tu jugak utk majlis akad nikah. Tapi bila tanya alasan keluarga pompuan, kenapa tak buat tarikh yg awal utk akad nikah, alasannya tak munasabah. Dah la masa panggil bincang, katanya nak bincang, tapi bila dtg, family pompuan dah decide pun  siap2, cissss, baik tak payahhhh panggil bincang. Lepas tu sedara family pompuan pulak mmg kuat nak mengapi2 ni, "eh ko jgn setuju tau, baru nak kawin, dah kena tunduk dengan pihak laki, jangaaaannnn". Eh kejap, ko nak buat majlis kawin ke majlis gaduh ni wehhh.


Satu lagi bab pakai baju pengantin, dah tentu la pengantin dah bincang dgn mak andam nak menggayakannya mcmana, hand bouquet mcmana, rantai mcmna kannn. Tetiba makcik yg feeling kaya dan bergaya pun dtg masuk bilik pengantin "eh eh, aku tgk dada ko ni kosong je temah? pakai la rantai yg panjang2 besar2 tu, seganla kot family pengantin laki tgk takda apa pun ko ni, ko ada tak rantai cenggitu, kalau takda, pinjam dgn makcik, makcik byk rantai cenggitu, ko nak?. Pengantin pulak dah serba salah. Mak andam dah buat muka, sebab kalau pakai yg cenggitu mmg tak kena la kan. Pengantin pun kata "mak andam rasa mcmana", muka pengantin mintak ihsan supaya mak andam kata tak payah. Mak andam jawab utk save her own bontot " ikut la, kalau pengantin yg rasa nak pakai, pakai laaa". Makcik tgh duk depan pintu cekak pinggang kan, nak tak nak sarung jugak la rantai yg besar bagak yg mmg out langsung dengan baju pengantin, gituuhhhh. So makcik-makcik sekalian, kalu agak2 org takde tanya pendapat ko bab mengandam, diam je la, pegi tgk pengantin, puji seketol dua, lepas tu blah je la, kalau nak bagi "pujian" tak ikhlas "eh tembun nye pengantin ni, nasib muat baju kannn", please simpan je la pendapat cenggitu, boleh tak jaga sikit hati pengantin. Kalau ikut lidah naharom saya, nak juga saya libas "eh, tembun ke tak tembun ke, dia cantek, makcik hado? nan haaadooooooo"


Tu belom bab makcik2 sepupu sepapat ubah design hantaran secara bebas, ewah ewahhh, kau ingat ni pertandingan membuat hantaran peringkat Kg Tembirat? Ada jugak makcik pakcik sembunyi tapai la, door gift la, eh eh, suka suki sgttt! Ni semua mereka2 yg feeling majlis sendiri la ni, kesian sgt tawwww.


Bila berkumpul cenggini, mmg senang sangat nak mengecikkan hati orang secara tidak sengaja. Kalau nak orang jaga hati kita, jagalah hati orang lain dulu , gituhhhh.

Photobucket

5 comments:

Kniedaz said...

Hahaha....macam-macam hal...waktu adik ipar saya kawin lagi best..ada la hamba Allah ni duduk setaman ngan kami, dia pulak yang sibuk hal kenduri kami, tak boleh pasang khemah begini la begitu la..

blu4sky said...

hahahaha...pernah tengok..pernah tengok..nasib baik kitorang sempat tepis sebab dah tgk nasib cousin mousin yang terkena..hehehe..
tu tak masuk lagi bab yang angkut bawa balik pinggan mangkuk my mom... sabo je lah..

DeLancrettLurpak said...

Kniedaz,

ada tak rasa mcm, "eh tlg buat semuanya lah, kami nak je boleh tak?" hehehehe..

nak sgt kannnn

DeLancrettLurpak said...

blu4sky,

yg paling over la adalah makcik2 nenek2, mentang2 diaorg dah tua, diorg perasan takde org berani tegor dia khennn

Noni said...

Hahahahaha...masa my SIL kawen aritu,kami adik-beradik conquerabes.sapa pun xdibenarkan bg pendapat.Hahahahaha.Pendapat kami2jek yg blhpakai.Hahahaha.Gila kejam.

Related Posts with Thumbnails