Monday, 29 April 2013

Tatacara Masuk Lif

Bersyukur ye korang, negara kita dah maju, lif tu dah kira teknologi biasa, dalam PRU 2013 ni, sekiranya masyarakat memilih saya, saya akan bina lif mcm lif Willy Wonka, canggih ye uols #Dato'Wannabe.

Tapi kalau lif canggih gile pung, kalau berebut2 masuk lif tu, tetaplah buruk rupanya.

Semlm saya pi Petrosains, kami kena la naik lif, sebab kami bwk baby Mikhael dalam stroller, hence this entry.


1) Sila observe keliling bila sampai dkt lif. Bagi la peluang yg sampai dulu kat situ, masuk lif dulu.

2) Bila lif dah sampai di level kita, bagi lah org dlm lif keluar secara baik2, ko dah masuk dgn bag2 i-shaiton ko tu, mcmana org nak keluar, kan dah terpaksa tolak ko, fadanla mukaaaa.

3) Tak payah la buat2 happening, nak borak gak dlm lif, lif tu dahla padat memadat, ada hati nak berborak, we dont want to know the details of your day.

4) Kalau org yg bawak stroller dah mmg sedia ada kat dpn lif, menunggu lif, ko bg dia la masuk dulu, ntah2 dia patut masuk lif sebelum ni, tapi dia bagi peluang org lain naik dulu sbb strollernya besar. Yg ko pulak, bila lif sampai, biar dia masuk dgn strollernya dulu, ko tunggu, mentang2 ko kecik, wah wah, sedap je meloloskan diri masuk dlm lif, be considerate boleh.

5) Kalau bawak brg yg ringan, jalan sorang2, takde bebudak, setakat dari level3 nak ke level1, naik escalator bole? Bukannya suruh naik tangga, malas sgt tak tahan niiii!

6) Takpayah calling names masa nak keluar lif semata2 sebab ko tak selesa dlm lif, contohnya semlm, ada pakcik tu ckp "ee, gemok mcm gajah", nasib baik makcik tu tak dgr.

7) Jaga ketiak masing2, takyah bau sgt bulehhhh.

8) Kalau lif dah penuh, ko tak dpt masuk, buleh tak, jgn press button turun/naik tu sampai pintu lif tutup dan ia dah start bergerak, ni pintu lif asik tutup bukak tutup bukak sebab ko dah tak sabauuu nak naik lif, annoying sungguh.

9) Yg kat dlm lif tu, bila ada yg tlg presskan button level utk ko, ckpla "terima kasih", susah benauuuu!

10) Dan jgn tlg tekan button dgn jari yg ada taik idung, eeeee, letih makan sesedap, terasa mahu muntah pula dlm lif.

Sekian topik lif kita, diharapkan kita dikurniakan sifat bersabar semasa hendak menaiki lif dan sifat bertimbangrasa.

Saya sudahi dgn gambau Yaya di Petrosains ;)0

3 comments:

AiTotYati Mat said...

memang kadang2 pelik dgn manusia yg suka nk berebut2 masuk dlm lif. macamlah tak boleh tunggu orang tu keluar lif dulu.

Unaizah said...

Sokong 200%! Memang annoying sikap Malaysians yg tak civic minded langsung, jenis fikir diri sendiri je.

Unaizah said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails