Monday, 8 April 2013

Mengaruts is My Middle Name


1) Saya adalah suka di massage, well, siapalah yg tak suka kan. So, mmg dah hobi diri ini mencari promo sesi urut mengurut ni. Stumble upon one Groupon promo last Dec, dan dgn kagumnya ia adalah di Hilton Kuching.  Tak pernah pulak saya coba spa disitu. So, saya book untuk kami laki bini. Ke sana lah kami berdua. Harapan saya adalah setinggi gunung ye sebab mmg badan rasa sengal dan kaki rasa lenguh, maklumlah hormon menggila. Pakej tu siap dengan body scrub, the last time saya buat body scrub adalah 5 years back, so saya imagine lepas scrub tu nanti, pasti kulit saya akan bertambah radiant ye setelah daki 5 tahun dikikis. Harapan tinggal harapan ye korang. Cara ane tebar roti canai ganas dari cara dia urut, pas tu scrubbing tu, kalau gitu cara dia scrub badan customer, pakai la 18 botol crabtree and evelyn pung, tetaplah la berkerak. Tensi gua! Bertambah sakit OK badan ni, hish! So far dah dua kali saya guna Groupon promo utk massage, dua-dua fail, big time. Let's stick to Aunty Carmela of Seri Carmela, RH plaza je la. 


2) Parents Yaya adalah fening2 lalat, terlampau nak berkemas sampai hilang birth cert anakku. So maghilah kita ambik cabutan birth cert dkt JPN and alang2 dah sampai situ, maghilah buat MyKid utk Yaya. No complaint to the staffs, all went well. But  customers warga emas, buat muka kesian, pastu tak amik nombor, pastu pegi bertenggek dkt tepi kaunter. Yg staff di kaunter dah tekan no 6042. Yang si pemegang nombor 6042 berdiri la tepi situ, ingatkan makcik tua-buat-muka-kesian tu nak tanya apakebendekekan and it only take for few seconds, tidak ye korang, makcik tu settlekan terus urusan dia tu and lamalah jugak. Muka abg pemegang 6042 tu pun masam la juge. Kalau saya dkt situ, apa saya buat, harus saya sound makcik tu, "makcik, lain kali, ambik nombor dkt sana. kesian org lain yg penat menunggu". Bunyinye sgt baik kan, tapi percayalah, tgklah muka saya, mata siap nyala2 api, hehe. Saya perasan warga emas ni mmg suka juga take things for granted, dia tahu takkan ada org sound dia, tu pasal selamba badak je buat perangai. Is it the older we get, the more inconsiderate we become?  Berdoalah sebanyak2nya kita dijauhkan dari sifat menyusahkan orang lain, amin! Anyway, Mykid Yaya kena amik esoknye pulak sebab katanya nama Yaya panjang, sungguh panjang sampai it takes a night to do it T_______T.

3) Oleh kerana Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) adalah hampir expired, dari JPN lajak kan je la terus Immigration, kang tak pasal2 jadik PATI pulak. Dah ptg pun masa tu, so mmg lah nombor giliran dah abis, sampai2 staf immigration tu kata nombor dah abis, saya kata saya nak tanya je. Bila dia nampak saya keluarkan DPT saya, terus dia bagi borang. Oh baru saya paham, nombor tu utk buat pasport je. Isi borang, hantar borang, tunggu, nama kena panggil, pegi bayar dan tunggu. All in all, masa utk buat those steps hanyalah 10-15mins je pun. Tapi part yg menunggu DPT tu siap je la yg lama. Saya baca piagam pelanggan nye, katanya 1 jam. Dah cukup 45mins, mcm takda tanda2 nak siap pun DPT saya, perut pun dah nyanyi lagu rock, maklumlah tak lunch lagi (dgn ini azam tahun ni tak tercapai, katanya nak makan on time kan). So saya pi tanya lah, kalau dah lama sgt, baikla saya amik esok, together with Yaya's MyKid. Saya tanya dkt staff yg memula tadi, dia suruh pi tanya dkt kaunter 10. Bila pi tanya, pegawai tu dgn selamba badak kata "tunggu jap eh cik", dia amik saya punya DPT yg ada atas meja dia tu, pegi belakang jumpa boss, boss dia sign, pastu terus handed over pada saya. Eh, kalau aku tak tanya, ko biarla aku tunggu. Tahun 2018 nanti, masa DPT nak expired, saya nak bawak stopwatch, cukup sejam, panggil wartawan, pastu buat kecoh, amcm? Eh tak kuasa lah, jeling je cukup, ahaks!


4) Saya tak tgk pun anugerah what, APTB? Saya baca tweet, kawan2 alam maya kata RCW punya baju over, klik juga saya tweet bergambar tu, errr, bagi saya biasa je, maybe sebab tak tgk tv kot, nampak mcm zaman 90s je, uppps. Saya tahu kalau saya tgk pun anugerah tu, saya akan end up mencaruts sebab sound system yg sama je tiap tahun fail, so tak payah, tambah pulak saya tak berapa kenal retis zaman sekarang, baik saya tgk Hot Guys Who Cook, wakakaka!



Ada gak pekdahnye kan. Leh menjejes ailio.
Eh menjejes ailio tgk makanan laaaa....
ish ish ish korang niiiii!

Photobucket

6 comments:

Kazaztan Team said...

awal2 lg dah sound air liur menjejes sbb mknn...ahkak x days dek...abg2 yg msk tu smua hot

blu4sky said...

peh..hot guys who can cook..terus jadi sexy..

Kniedaz said...

Aritu wat pasport awal pagi, ok la cepat..dah bayar lepas satu jam mai amik passport..saya pun tak buat mykid Danish lagi..bila ntah nak buat..ke terus buat mykad je 2 tahun lagi..huhu
RCW tu dikira seksi la baju dia kalau nak dibandingkan ngan artis-artis lain malam tu..heheh

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan Team ,

Sebenarnya tak berapa menjejes la tgk makanan yg diorg masak, setakat fried salmon kannn, hehehe

DeLancrettLurpak said...

blu4sky,


kalau masa muda2 dulu, mmg kerjanya berangan je la kannn..

DeLancrettLurpak said...

Kniedaz,

tapi seriously, selaku wanita, saya kagum dgn che ta, bdn lengkuk2, hehehe

Related Posts with Thumbnails