Tuesday, 23 April 2013

Melatah

Korang melatah tak?

Ada org melatah dgn carutan 18SX, belum pulak saya jumpa org melatah 18PG ye.

Tapi zaman dah berubah, manusia tak jahiliyiah secara terang-terangan, dah kurang melatah, yg baik2 beristigfar, yg perasan gojes setakat "OMG" je..

Kwn sata cerita, dkt kg dia, ada satu makcik ni kuat sgt melatah, kalu melatah ni stok2 lama panjang berjela2. Pada satu hari yg hening, makcik ratu latah ni ni menapak la dari rumah dia ke rumah yg order budu dgn dia, dia nak antar bebotol2 budu. Otw tu, dia jumpa dgn satu budak ni, budak ni usik makcik ni. Dia tanya sambil cocok pinggang makcik ni " nok gi mano?". Taulah org melatah, makcik tu "eh nok g mano, gi antar budu" siap dgn gaya latah, pastu budak ni kata lagi "hoh make buduuuuu", makcik latah dgn tiada dolak daliknya, terus la bukok botol2 budu, teruh make budu sampa abis, hebakkkk sungguh makcik ini.

Lepas tu apa la jadik?




Lepas tu ore yg nak kenduri yg order budu tu tak dapak la make budu, makcik latah doh tele seme budu, hehehehe.



Hah, saya nok tanya lagi korang melatah? Saya kadang2, tapi biasanya saya melatah nombor, #nerd #economistwannabe.


Jap, omputih melatah dok eh?


10 comments:

Amin A. R said...

Org kg sy ade sorang melatah berkawad keliling padang sebab terkejut abang2 RELA jerit2 berkawad kt padang sempena hari kebangsaan....kesian dia..heheh..

Makji Esah said...

oopsie daiseyyyy....bley? ( a translation of oh mak ko babi!!!)

Nadiah said...

Sis,

I nak pergi Kuching this saturday dan akan duduk di Riverside majestic.
Nak tanya dekat mana the best Laksa sarawak di Kuching ni?

makcikkantin said...

hehe pakcik pun latah gak..tapi dia selalu control pinggang dia bila ada dikalangan saudara mara...bila cucuk je pinggang P&^%$@# semua keluaq...haha...tapi dia bukan pelatah tegar

Author M said...

Orang putih memanggilnya Tourette Syndrome kan.

I x ingatlah penah komen ke silent reader je selama ni (keji kan). Anyway, salam tumpang lalu akak oi.

DeLancrettLurpak said...

Amin A. R,


wakakaka! cool la pulak melatah kawad, bygkan dia berdiri tegak sorang2.. wakakakak!

DeLancrettLurpak said...

Makji Esah,

kheless sungguh translation makji, daisy=babi, wakakakaka!

DeLancrettLurpak said...

Nadiah,

I personally think that the best laksa sarawak goes to Madam Tang's. Dia ada few branches kot, but the easiest is dkt food court shopping mall nama The Spring. Sedappp wehhh, slurrrppp!!!

DeLancrettLurpak said...

makcikkantin,

kesian pakcik, mesti dia selalu cekak pinggang siap2, hehehehe

DeLancrettLurpak said...

Author M,

alo adik oi, selamat dtg ke blog mengarutss iniewww...


cool sungguh nama sindrom latah khennn, hehehe

Related Posts with Thumbnails