Tuesday, 29 January 2013

Makan-Makan Weekends

Jumaat-Sabtu lepas saya berada di Seremban-Rembau untuk majlis akad nikah dan resepsi geng liburan saya masa di UTM dulu. Ye, perkataan saya di underline sebab saya pegi sorang aje, the boys tinggal di Kuching, ahaks!

Sesampai di KLIA, kwn saya yg masih single-but-not-really-available, Jamie, amik saya dan terus ke Seremban. Menggunakan ilmu survival masa umur 15tahun, maka saya pun jadik lah kakak Garmin yg annoying, wakaka! Kami terus ke Allson Klana, biarlah hotel tu dah tukau ke Klana Resort, gua nak panggil gak Allson, hehe. Dari kecik kot berangan nak tdo hotel ni, wakaka, akhirnya impian tercapai, kesian kan impian saya, tak tinggi langsung.

Lepas tukau baju, semayang bagai, kami terus ke Rembau. Perut buleh tahan gak lapau, so niat dihati nak carik gerai yg ada masak lemak cili api. On the way tu, mmg kepala terteleng kiri kanan lah nak carik gerai yg jual lunch at 4.30pm T______T. Jawapannya mmg takda la haiii, Oleh kerana perut gua sikit hari nak mogok, singgah la makan laksa penang dkt gerai yg jual minum petang dkt Taman Sri Rembau tu haaa, apakahhh?

Sampai2 je rumah Yat si pengantin, mak Yat tanya dah makan ke, kalau belum, makan la dulu, rupanya diorg sediakan lauk masak lemak cili api T______T. Oleh kerana dah kenyang, kami lepak didalam bilik pengantin. Bila masanya sudah tiba, kami pun ikut la pengantin ke hall rumah untuk acara akad nikah. Lepas tu, kami makan la kan. Humang aiiii, orang sekarang kawin, mcm2 hidangan, i loike!

Bahagia diriku! Podeh ya amek! Pucuk ubi masak tempoyak cili api, slurpsss!

Dessertnya pulak, humang aii, mcm2 ado! Tak koso den do nak ambik gambar bagai, haha. Lepas tu, terus balik hotel untuk rehat. Saya ini teringin nak makan tomyam-sedap-murah, taknak yg over the top reganya (read: cheapskate), pastu saya  tanya Abby kwn saya a.k.a peternak cendawan berjaya di Seremban. Abby bagi tau map nak kesana, tapi disebabkan Abby dari Ampangan, dan kami dari hotel tu, landmark yg diberi agak lari gak la kan, kami main belasah aje, yg pentingnya jln ni towards Paroi dan kedai ni sebelah Petronas, matiklah main belasah kann. Kami makan kul 10malam dah kot. Kami order ikan siakap tiga rasa (sedap sgt!), tomyam campur (sedappp!!!), kerang rebus (nyums!), sotong paprik (fail) and sotong goreng tepung (BIG TIME FAIL). sotong goreng tepung dah ala-ala cekodok sotong je. Total adalah RM51.60, whatt the murahs!

Ko tgk cekodok sotong ini!

Rupa ikan yg ummphh dan tomyam yg wow weee! Saya adalah kenyang gile walaupun hanya ratah lauk, sebab dah lewat kan, tak berani nak makan nasik, kang kenyang sgt, saya tak leh tdo. 


Ha ni nama kedai nye "Chalie Tom Yam Best Tom Yam in Seremban", kau hado?


Esok pagi bangun subuh dan bersabar utk kejut Jamie, tepat 8am, saya kejut Jamie utk breakfast, wakakaka! Mmg betol la kata orang, food spread dkt Allson Klana ni mmg sodap, compare to Damai Beach kan, jauuuuuh gila beza.

Pukul 10.30 jumpa cikgu saya masa di MRSM KK, Miss Deep jual rendang daun maman, saya beli lew, hehe. Lepas borak sikit2, cikgu mintak dirik dan kami terus siap2 and gerak ke Dewan Sri Rembau, Rembau.

Meh nak tayang lauk kenduri yg awesome possum!

Dessert dari sweets corner.

Tapai dan bubur pulut hitam untuk traditional dessert

Nasik pulak ada dua section, nasi beriani with sides, pastu ada nasi with lauk kampung. Ye, ada ke saya kesah, saya amik nasi beriani tapi lauk kampung : acar, daging masak lemak cili api, ayam rempah, ikan keli berlado, ulam dan sambal belacan, nyumss!

Dan ini lah kawan gaduh saya dlm masa 36jam iaitu Jamie , hehe.
 

Lepas berlaga pipi with all friends, kami pun say good bye and terus gerak ke Alamanda. Saya yg gatal nak carik baju kurung moden, tapi dah size diriku yg "sgtlah petite", tak dpt la hoiii. Beli je la baju manik-manik sekeping, buat ilang rasa mengidam, wakaka! Lepas melepak dan makan pizza di KLIA (apakah?), Jamie pun bertolak balik dgn kwnnya Su, saya pun terus masuk ke boarding hall. Sampai di KIA, T-Bag amik, terus terbongkang tido, penat hoihh! Next morning, bangun kelam kabut, pegi breakfast dekat mamak favourite saya dkt RH plaza. Then terus ke Stampark utk aktiviti rekreasi bersama keluarga, hehehe. Lepas tu, terus kami balik rumah, siap-siap dan gi lunch seafood, dkt mana tuan puan, dkt Bako, ni akibat membaca blog si Chics la nii!

Macam ni la sotong goreng tepung, bukannya cekodok, derr!

Ikan duwei steam, irresistible, sodap gilo!

 Oyster Omellete, slurps!

Oleh kerana midin belacan, butter prawn and ikan kerapu masak sweet sour sampai masa kami tgh berlumba-lumba makan, so tak dpt la diambik gambaunya, hehe. 6 lauk yg awesome ini bersama 4 mangkuk nasik dan air adalah bernilai RM150, walaweyyy, berbaloi baloiiii!

Bahagia perut saya taww dpt tuan badan yg gila makan, hahaha. Orang tanya saya (takkan lak kucing tanya kan?), apa beza makan seafood dkt Johor, Melaka dan Kuching. Saya rasa cara masakan lah kan. Bagi saya, saya dah ada expectation utk setiap tempat tu, minimum rasa mesti mcmana, gituhhh. Seafood mana2 pun saya suka makan, maklumlah tekak international, puiii, international konon, ckp je la ko mmg suka makan, wakakkak!
Photobucket

14 comments:

Anjang Damia said...


Salam,

Ada jumpa ktk tht day kt area satok. nak tegur tpi malu :). Ktk nmpak younger,smaller n prettier diluar compare dari pic2 ktk dlm blog . Yaya pun cute =)

Kniedaz said...

saya pun tak suka kalau minta sotong goreng tepung dapat cekodok sotong..hoho

Kazaztan Team said...

nak tanye 1 soalan aje...apakah baju manik2 sekeping...?

teh panas & biskut tawar said...

yehhhh ade muka saya..
saya driver terhormat..DR hamimah ujir..(sengaje je cap kan DR tu)

hehhe rindu lak dgn akak..mcm budak sekolah je kan kita aritu..teringat zamab muda mudi..hehhe

Makji Esah said...

semonjak balik duduk kek Milan ni, makin golap lak? ekau tak pakai sun lotion ko? (sambil mengocikkan diri laru lari limtampukam)

Noni said...

Mungkin definition 'sotong goreng tepung' tu dia kena betulkan kot. hehehehehehe...

DeLancrettLurpak said...

Makji Esah,

Penat den bersun bathing ok, kira ok apa tau colour kulit den tu, even je, tak payah pakai sunblock bak kata penjual SKII yg dok pujuk I beli, chehh..

Den ghaso udara yg den sodut kek Milan ni menggomukkan lah, wakakakak!

DeLancrettLurpak said...

Anjang Damia,

Tegor jak mun nemu lenkali oh, kmk sikda hal bah, kelak ktk agik mok lari, kmk tok nang suka berkelaka, hahahahahha...

biasalah, the pics don't do the justice, wakaka! Thanks dear :)

DeLancrettLurpak said...

Kniedaz,

Musnah harapan saya taw.. nasib baik dpt cover balik impian makan sotong goreng tepung a few days after that, heheh

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan Team,

akak ni mmg cekap taww.. baju manik2 sekeping adalah blouse with all the maniks, heheheh

DeLancrettLurpak said...

teh panas & biskut tawar,

Kamu driver terhormat yg asik kena bambu saja, kesian kamu ye Mie.. hehehe.. nasib la khenn..

Yang benar,
Dr Hamimah, wakakaka!

DeLancrettLurpak said...

Noni,

atau mungkin dia tak pernah makan sotong goreng tepung, hehehe

makcikkantin said...

Oyster omelette terpaku di hati...rasa mcm sedap

DeLancrettLurpak said...

makcikkantin,

sodap tauu..nanti jjcm ke sini, try tauuu

Related Posts with Thumbnails