Saturday, 8 December 2012

Preparation Pulang dari Fantasyland

Fantasyland lah sgt khennn, walaupun mcm hapa je ko study, tetaplah ia fantasyland khennn. Anyway, memang sgt menduga jiwa dan raga masa nak balik tu. Rasanya a month before nak berangkat pulang tu, macam2 dah kena buat. Ada yang bertanya apakah yg perlu dibuat, marilah saya share pengalaman saya:


1) Sebulan sebelum move out dari rumah, contact company api, air, tv licence dan broadband untuk inform tentang intention korang utk move out dari rumah tersebut. Kalau broadband company, mmg kena bagi a month notice, kalau tak korang kena denda.

2) Semasa pack barang untuk diship ke Malaysia, make sure korang ready jugak luggage yg akan dibawak bersama berangkat ke Malaysia. The reason is, selagi korang tak longgokan brg ke dalam luggage, korang taktau berapa banyak brg yg korang ada. Prioritize, mana brg yg nak pakai cepat, masuk dlm luggage, mana yg boleh tunggu, haruslah diship sahajo. Hatta diberi naik Emirates pun with luggage allowance 30kg, tetaplah brg korang banyak. Biasanya mmg tak sedar, sebenarnya kalau dilonggokkan, confirm banyak wey. Cer la amik susu budak lagi, nappies lagi, toys budak lagi, kasut kerja, kasut jalan, perhhh! Macam kes kami, lepas kontena dah berlayar, kami ada 4 boxes lagi utk diship. Syukur, kami tak kena bayar extra luggage masa di Heathrow, kalau tidak, it's GBP46 per kilo, kalau dah 2 kilo, dah boleh beli Longchamp Le Pliage, matiklah khennn.

3) Arrangement di tanah tumpah ayorku. Rumah mana yg didiami, sewa kah, duduk rumah mertua kah, rumah sendirikah, sekolah budak, kereta, semua kena pikio and arrange.

4) Sikit-sikit lama-lama jadik bukit dan ini merujuk kepada kadar pencucian rumah. Seriously, sentallah setiap hari rumah sewa mu ittew. Buang sawang, cuci toilet kasik berkilat dan yg paling penting sekali adalah dapurmu. Kalau nak merasa deposit ditelan, silalah buat taktau sahaja kepada rumah sewa itu.

5) Bagi yang masih lagi meneruskan perjuangan PhD walaupun dah pulang ke Malaysia, tinggalkanlah supervisor mu itu in a good term. Nanti kalau dah jarak jauh, susah juge nak discuss kalau ada apa2 yg terjadi khenn.

Yang terakhir sekali, duit duit dimana kau duit. Saving mesti banyak mehhh, sini bayar sana pun bayar. Aiyakk!!!


Photobucket

4 comments:

Daddy Ziyyad said...

bye bye hengland...hihihih

part nak kemaskan rumah sewa tu yg letih kan

DBI said...

selamat pulang doketor..

DeLancrettLurpak said...

DaddyZiyyad,

Masa kemas rumah tu la berdoa supaya 2 orang maid yg super rajin menjelma dan menolong, hehehe...

DeLancrettLurpak said...

DBI,

Terima kasih,
yang benar,
bukan real doctor, hehehe

Related Posts with Thumbnails