Saturday, 24 November 2012

The Best Time

Lagi 6 hari wey nak balik, woot woot!
Sebelum balik, mari lah kita membuka kesah dugaan membuat PhD.

Ada sesetengah orang kata the best time untuk buat PhD adalah semasa anak dah besar. Maksudnya, anak tu dah boleh makan pakai sendiri. Dah  tak payah nak bangun malam untuk buat susu cap lembu mahupun mengempeng. Macam best kan situasi ni? Boleh la kita buat kerja ikut momentum kita, asal makan pakai anak dan spouse siap tersedia, kita boleh focus kan? Tapi kita lupa, anak yg dah boleh makan pakai sendiri ni, dia dah boleh berpikir dengan sendirinya. Tak buleh la nak abaikan perasaan dia, tak buleh la kita ignore keperluan dia nak suruh kita attend concert sekolah ke dan kita juga tak buleh tarik muka masam mcm cuka ikut suka suki kalau kerja tak berjalan lancar.


Ada pulak yg cakap, the best time adalah masa bujang trang tang tang. Boleh masuk lab seawal subuh sapiee dan balik sampai dah masuk subuh esoknya, perhh, mmg hebat la kau, tapi kau pegi lab sebab nak download sinetron, mmg hampeh la! Boleh ikut mood sendiri kalau tak nak bercakap dgn orang. Kalau tgh ada dateline paper, boleh buat kerja terus menerus tanpa perlu pikir apa lah jadik dkt orang dirumah kann? Kalau tgh belajar dkt di Malaysa, mungkin tak terasa kesunyian. Tapi kalau di tempat yg asing, dalam lab pulak semuanya jenis nerd *matiklah*, asik la cakap benda research, tensi jugak rasanya. Perlu juga human intimacy, tempat untuk meluahkan perasaan atau tempat untuk melupakan kejap benda yg menyerabutkan kepala. Nak harapkan kawan, kawan pun sama tgh serabut, takut kang last2 terbuat aktiviti cekik mencekik sesama sendiri, hahaha.


Ada pulak yg cakap, masa anak kecik la sesuai buat PhD, tak banyak karenah sgt. Toddlers ni manala tau apa sgt, hantar nursery sudeyh. Balik dari nursery, main2 sikit, dia penat dia tdo. Dia tdo, kita pun sambung buat kerja. Tapi kalau selaku parents, bila anak kita especially yg kecik tu demam, kita pun sama ikut tak selesa nak buat kerja. Nak kena perhatikan all the time, melayan crankiness tahap mega walaupun disaat itu dateline mmg betol2 di hujung tanduk. Dan nursery tak bukak weekends, nak tak nak kena la sambil babysit anak, sambil buat kerja. Nampak mmg mudah, tapi kalau dah tersepit, mmg tgh stress, mcmana?


Hah, yg mana satu yg the best time to do a PhD? Takkan nak lepaskan kehidupan yg lain semata-mata PhD? Boleh ke juggle banyak sgt perkara dalam masa yg sama?


Tepuk dada, tanya semangat.
Photobucket

18 comments:

blu4sky said...

Semua ada cabaran tersendiri..kekurangan pada satu aspect itu merupakan satu kelebihan pada aspect yg lain..
Ewah kemain lg i bercakap..sendiri nak buat master x lepas2 lg..dok menimbang tara..nak buat ke tak nak buat..hahaha

Real Life in Malaysia said...

Asslamualaikum DLL Dr,

... i believe when the time is right it will happen insyaAllah ... our desire must be the starting and ending points ...

...when that time comes ... everything will move you towards the points of desire insyaAllah ... starting as well as finishing ... doa dari semua included ...

... haiii tak sabar lah pulak nak moment macam mu ni ... moment for reflecting and sharing ... :)


... thank you for sharing and motivating ... :)

bukankosong said...

part of kenangan tuh

Noir Hussen said...

Tepuk dada, tanya semangat! How apt is that?

The missus did it overseas and I did it locally at different stages of our boys' growing up years. Both approaches have their own challenges and positive effects.

At the end of the day, Allah memudahkan sincere intentions.

Congrats Dr dan semoga selamat pulang ke tanahair.

CS said...

DLL
6 hari lagi nak balik? Sempat lagi memborong tu. Akan terus keSwak ke?

Kawan I ramai kemenara gading dan telah buat apa yang you buat tapi I nih takat menara sumbu aje, sob2. Apa pun, alhamdulillah.

T said...

I have a lot of respect for anyone who are getting a PhD, regardless of the person stage in life. So, tabik to you!

I menara sumbu pun tak sampai. Teringat zaman undergrad, buat homework calculus sambil menangis teresak-esak sebab tak boleh keluar dengan kawan :-P

DeLancrettLurpak said...

blu4sky,

kalau ada rezeki, silalah buat, hehe. Tapi tu la kena consider, samada nak buat part time or full time, kan?

DeLancrettLurpak said...

Real Life in Malaysia,

Yang saya cerita ni based on observation saya di sini. Banyak juga cerita2 buruk yg saya dgr, tapi taknak la share dgn uols, takut patah semangat pulak :)

DeLancrettLurpak said...

bukankosong,

Mmg ingat sampai bila2 lah bab seksanya nak membuat benda alah ni,hishh!

DeLancrettLurpak said...

Uncle Dr Noir Hussen,


Your wife and you buat PhD at the same time ke? Anyway, kalau ada supportive spouse, mmg best kan? I'm lucky my husband pun buat PhD sama dgn I, so dia sgt memahami.

Thanks Dr Noir Hussen :)

DeLancrettLurpak said...

Cik Som dear,

Tak sempat sgt nak memborong, rumah nak kena kasik bersih, ada lagi kerja sikit masih berbaki, lagipun kontena dah jalan and bag yg ada ni pun dah penuh, hehehehe..

Saya tak balik Kuching terus, mak saya suruh balik Jasin 2 malam, katanya nak berkenduri, hmmm.

DeLancrettLurpak said...

T,

Dalam pada nangis tu, u buat juga calculus kannn? Semangat tuuu!


Thanks T :)

azieazah said...

Saya selalu kagum orang yang boleh sambung belajar sampai Phd. Apalagi yang sudah bekahwin (perempuan), memang kena kental dan saya memang kagum.

Anak dara saya tu, belum kahwin, nak soh sambung belajar pun macam dah liat. Adehh

Selamat kembali ke tanahair!

AiTotYati Mat said...

Salam Dr,

Heee lama x mengomen.
Pd aku, semua ms adlh sesuai bergantung bgaimana seseorg individu itu beradaptasi.

:)

Noni said...

Kak Dr. DL,

Bila lah the right time sebenarnya? My first son was born during my final year (degree). Challenging sgt masa buat master, nasib baiklah master by coursework, kejap jek. Kalau by research, mau nye sampai skrg tak habis2 lg.

Berangan jgk nak buat PhD, tapi local sajalah.

Bilakah pulangmu ke Jasin? *wink (~,~)

DeLancrettLurpak said...

Kak Azie,

Kalau ada target or benda yg memaksa, nak tak nak kena gak buat benda carik pasal mcm gini hehehe.

Thanks Kak Azie

DeLancrettLurpak said...

AiTotYati Mat,

Betol! Yg penting kena tabah keluar dari comfort zone dan semangat mesti jitu!

DeLancrettLurpak said...

Noni,

Saya dulu buat master by research, masa single mingle, tetap lah melalak, hahahaha..


Hari jemat ni ada la saya di Jasin, hahaha

Related Posts with Thumbnails