Tuesday, 13 November 2012

Masuk Dapur Gak


Selalu kite dengar orang cakap
"Orang pompuan kalau belajar tinggi-tinggi pun, sok sok masuk dapur gak"



Mak saya tak pernah cakap ayat itu. 
Tapi makcik-makcik-yg-boleh-tahan-mulutnya selalu gak cakap pada saya masa kecik-kecik dulu, dengan harapan saya rajin la masuk dapur.
Saya selamba badak (badak pandai buat selamba ek? :p) jawab
"Sok sok dah besar, makan kat luar je la, takpun suruh helper masak".
Khenn? Amacam, wajar dicili kah mulutku? 
Budget diri ini kerja cop duit masa dah besar.
Kahkahkah.


Tapi memasak ni bukan options lagi  kot.
Kalau nak jimat duit, nak control food intake, nak healthy food, adalah baiknya masak dirumah, ye dak?
Tapi kalau ko kaya tahap duit sepah-sepah. leh la hire nutritionist/special cook kan?
Kalau takde duit sepah-sepah,  tapi malas gak nak masak, fandai-fandai la nak idup kannn.
Nasi lemak gerai Mak Jah sekali sehari boleh je kot nak survive #truestory #studentlife


Saya masak kenapa ek?
Sebab takde choice.
Sebab nak jimat, so that leh shopping benda lain.
Sebab buleh melantak banyak2 kalau masak sendiri, wakakak!



Tapi takde plak ek orang cakap
"Orang laki kalau belajar tinggi-tinggi pun, sok sok bertukang buat rumah gak"




Photobucket

6 comments:

linda said...

Kan? Bias betol pepatah tu.

Mak Piah said...

masak kalau perut lapar. Mun ndak ibuh masak.

** masak pakey jam bling bling itiewww kah**

azieazah said...

Saya dah tak berani nak guna peribahasa tu pada anak dara saya sendiri....!

DeLancrettLurpak said...

Linda,

Sakit hatiku tauuu.. benci dgn ayat2 mcm gituuu.. tapi ayat mcm tu yg kipas semangat aku supaya rajin belajau, hehehe

DeLancrettLurpak said...

Mak Piah,

Kmk masak pakei jam opis jak.. supaya nampak elegan semasa memasak, wakaka!

DeLancrettLurpak said...

Kak Azie,

berani la ckp dgn budak zaman sekarang ayat cenggitu.. hehehe

Related Posts with Thumbnails