Thursday, 4 October 2012

We'll Miss You Black Drink

Alah, bukan takde Coke (Yaya panggil black drink) ni dkt Malaysia khennn? 
Cuma harganya yg membezakannya. Harga kat sini murah yg amat. 

GBP5 for 15 cans/ 0.33 pence per can

Jangan ler darab dengan 5 uols. Bayangkan RM5 dapat 15 tin.
Tapi bahaya benor minum benda alah ni, gula banyak.
Eh tapi pakcik, kalau tegok teh tarik 3-4 cawan sehari, sama jewwww.
(Taktau la orang lain, tapi saya rasa "gas" Coke dkt sini lagi power kot, me likey)


Hidup ni kena la pandai kira-kira kann bila nak membeli belah.
Jangan tengok terus "so cheap mehhhhh, i want i want"
Ni dari website Asda.
Ye, selaku student poket berlobang, kami suka juga pegi Asda, lagipun Asda ada halal meat, boleh delivery terus ke rumah.
Orang kaya sila shopping dkt Waitrose.


Yang 30 cans tu harganya GBP11.88, walhal baik la amik 15 cans tu 2 kotak terus, baru GBP10, khenn?
I feel so genius T________T.


Baki GBP1.88 tu saya simpan masuk tabung Chanel Flap.
Kata dah kertu kan, marilah beli Chanel Flap T_____T.
Photobucket

8 comments:

blu4sky said...

hahahha...it reminds me of kehidupan student dolu2..coke was one of the drinks wajib ada dalam almari stock makanan.. bila dah keje..tukar ke vanilla coke..lagi sodap.. breakfast, lunch and sometimes dinner mesti teguk setin.. but now dah taubat..dah jarang2 minum coke...
gilerr weyyy..umur dah meningkat lagi mo makan gula banyak2...hahahha..

suhana azlin said...

bahaya wohh minum hari2, aku idok le gile tp laki ke...ish ish ish, selalu kena bebel..

tp mmg sini punya lagi sedap kan? sekali sekala pening kepala layan coke mmg best, angin keluar gedabak gedabak..fuhh lega terus

brg sini mmg murah uols, nak balik ni siap sedia mental utk perbelanjaan,mila 2kg rm32 ape ke he! harus ku convert £ utk sedapkan hati ;P

Makji Esah said...

Cik Puan Propeser, walaupun barang sini didarab lima, sila imejin dgn duit £50, penuh manakah shopping trolley kita? Sepenuh2 alam gittewww...(eerr, janganlah amik benda finest, amik yg species value tapi sedap gak dimakan) tapi kalau di Mydin...RM300 pun hanya separuh trolley.

Dan bayangkan buah stoberi dan buah lenlain yang mahal cam nak mampus kat Malaya tu. Kat sini? 2 for £1.00, tak ke dikau rasa nak nangis bila terkenang2 buah di Asda bila kau di supermarket di Malaya besok? hehehe...

Iya, Coke di Malaya tak sedaps. Light coke nya perasa air mati. Baik minum air mati terus.

Sekian, penduduk UK yang bongkak.

DeLancrettLurpak said...

blu4sky,

saya suka vanilla coke juga, tapi lepas pekena coke UK ni, mmg tak layan dah vanilla coke, sebab mild sgt gas nye, ehhehehe

DeLancrettLurpak said...

Suhana,

Aku pun tak berani sgt nak ambik coke everyday, sebab masa aku pregnant, aku kena diabetic, takut la kan..

Kalau gaji RM4k, convert jadik GBP800 je nyah heyyy, mana nak cukup, hehehehe, we want moreeee!!

DeLancrettLurpak said...

Makji Esah orang London yg boleh tahan bongkak *matiklahhh*,

Betol lah kata dirimu, saya soping di mydin, mesti abis 500++, nangis poket saya.. itupun saya tak beli buah stobeli. Itu cara-cara saya shopping di Mydin, lom lagi saya shopping di Cold Storage, pitaammmm!!!

Yg benar, staf gomen yg tak nak balik Malaysia, huwaa!!!

Cik Kiah said...

Ke hadapan adindaku Lurpak,

Udah le jgn minum air gas ni byk2. Usah terikut2 dgn Makaji kita. Habis gigi kena erosion dek non oiii...nanti kena pasang gigi pelesu.

DeLancrettLurpak said...

Wahai Kekanda Kiah Polis Gigi *kehkehkeh*

Saya hanyalah junior di negeri Hengland, oleh itu menjadi tanggungjawab saya follow senior saya yg bernama Makji Esah kehkehkeh

Related Posts with Thumbnails