Saturday, 20 October 2012

Cerita Pram, Parents dan Anak

An article from The Guardian which is about mummies with their big prams "conquering" the cafes, making other customers pack up and leave. They let their babies cry in the pram while they continue chatting and sipping the lattes, the toddlers running around, screaming and touching the pastries.


Saya rasa budaya prams ni mmg makin famous la kan di Malaysia dan diseantero dunia, maklumlah retis semua pakat tolak prams mahal bergaya, kita semua terpengaruh #BlameTheRetis. Bila masuk Jusco or Mothercare, banyak sungguh la pilihan prams. Ada yg semurah MYR200 sehinggalah harganya beribu-ribu lemon. Banyak la pulang jenisnya kan: Two-in-one/All-terrain/Travel Systems/Flat Folding/Umbrella Folding/Double/Traditional. Belom lagi nak consider brand lagi kan? Apa, Bugaboo? Bugaboo lah sgt, berlobang poket!


Dah semua omak2  mithali membeli prams canggih, of course nak tunjuk kepada rakan taulan, so masing2 berjumpa la di cafe. Biar lah sebenarnya mmg tak pandai pun nak fold prams lepas tuh bila dah nak balik, gigih tepon laki uols, wakaka! Kalau tak minum2 dgn kawan, dlm masa tolak prams tu berdoa jumpa rival masing2, boleh la buat muka poyo tolak prams canggih, terang2 dkt dahi dah tertulis dengan jelas "Kau ado?", ahaks!


Tapi jarang kot dkt Malaysia, kalau jenjalan, tetiba anak melalak, kita buat donno. Confirm kita angkat, betol dak? Kalau tak, bukan setakat 1-2 jelingan manja yg kau dpt, satu shopping mall will stare at you macam nak ckp "Ish, teruk betol emak budak yg melalak tu, shopping aje kejenya, anak melalak buat taktau, ish ish ish, tengok aku ni, dah la yummy mummy, pandai pulak jaga anak, ish ish ish", kata makcik bedah yg berkebaya ketat, eyebrows lukis, bedak setepek, yummy sekali aduhhh!. 


So case mcm cerita dalam Guardian tu, saya tak pernah jumpa la kat Malaysia. Tapi kalau kat sini, mmg selalulah, especially dlm bus. Kadang2 bingit juga telinga ni dalam bas, dengar budak2 menjerit, geram gak dkt parents dia, semua buat taktau sambil tgk henpon takpun borak dengan kawan dia, borak yg stock mcm haram jadah punya kuat pulak tu. Tapi kalau ada yg jenis "aware" yg anak dah membuat bising tu, bila nak tegur anak dia, mmg selamba badak je keluar perkataan yg agak naharom. 


Saya selalu tanya kakak2 yg anak dah besar, mcmana diorg disiplinkan anak2 dia bila saya tgk anak diorg elok je perangainya. Ada yg pesan katanya, sebelum keluar rumah, bagitau kita nak pegi mana and what do you expect from their behaviour. Bila dah dlm kereta, ingatkan lagi dan bagi warning juga. And bila dah sampai tempat tu, bila anak ada buat salah, tegur la secara berhemah depan orang, balik kang kau bantai la cukup-cukup, wakaka! Eh seriously, abah emak saya selalu juga bagi jegilan tajam menghiris kalbu masa kecik2 dulu, hehe, especially kalau kami nak pegang barang2 tuan rumah. Mak pak korang pun selalu gak kan? 


Tapi apa-apa pun, secantek2 prams yg ditolak, besar lagi harapan semua mak bapak dpt perangai anak sendiri cantek  khenn? Bila anak sendiri melepasi audit, barulah kita "jeling" anak orang lain, ye dak? Takkanlah prams je cantek kottttt.


Renung-renungkanlah dan selamat mengasah rotan/tangan sendiri, hehe.


*kepada mak pak yg against the rotan, korang ada teknik lainkah? Sile la share ye. Sebab slow-talk only works certain time.
Photobucket

18 comments:

Ribbon Clown said...

Mim,

kalau kat sini, mana2 pegi pun, pram taleh bawak masuk lam kedai..sila tinggal kat luar kedai k.. kacau laluan org lah.. kalau nak dapat jelingan tajam menghiris kalbu, bawaklah masuk lam kedai...sure dpt sedozen stares.. :P

MakBpk aku pun tak kasik pegang brg umah, jgn nak ngada2 masuk bilik org tak tentu pasal n jgn lahap sgt kat umah org kuikui.. :P

CS said...

DLL
Yeslah I too kenot tahan kalau parents buat derk aje bila anak2 meroyan kat rumah orang dan tempat awam. Understood anak2 suka meragam tapi takkan cukup cakap "Aaron!! don't!" (wpun nama tu penyejuk ati, ahaks).
Al-kisah/once upon a time maka datanglah menziarah kawan sekolah yg lama tak berjumpa keteratak bik Thom. Punyalah excited nak jumpa tapi bila anak2 dia serbu rumah siap dgn jerit2 lagi terus bukak esbok dan patahkan itik perhiasan, whoaaa...urut dada dan sekitar dada ajelah...

Pink Mama said...

Budaya pakai pram ni bukan barukan. Anak I yang sulung dah umur 15 tahun, masa dia baby pun dah pakai pram. Dedulu Graco jer. Sekarang ni dah tak tahu apa brand yg in (dah lama tak beranak kecik =P)

It's just the attitude of the parents jer samada sanggup nak pekakkan telinga dengar anak melalak-lalak kat public. It's how you behave your kids.

Tapi I pernah encounter mak Arab bangang yang tengah2 aisle baju yg sempit tu lah dia nak sorong stroller anak dia. Pastu dia yang terlanggar kita, dia boleh jegil mata kat kita pulak. Tak sedar diri datang negara orang.

Madam Sooyaree said...

Wahaha.. ahkak suka Bugaboo deknon! Dulu pakai Chameleon, memang banyak kedai kat Malaysia tak lepas jah. Jimat duit aku, terbantut niat kotor nak shopping. Next time balik nak test drive Bee pulak, bzztttt bzztttt (bunyi Bee jah)

makcikkantin said...

Anak2 makcik pon dah super besar...alhamdulillah masa kecik dulu tak buat banyak masalah kat tempat public aka jerit or lari tak tentu pasal.....

1. dari kecik hold them & ensure they beside you bila pi mana2, lama2 it works (at least for me)
kalu lepas pun, jgnla sampai tak peduli kalu they run/kenjah rumah orang...haipp siap siap seblom dia pegang barang2 org.....

2. sesekali bila ada scene yg kita taksukatengok tu..saikokan dia orang..."malukan kalau buat camtu?..." insyallah it works..

Cik Kiah said...

Trust me yg berkecimpung dlm bidang mensaiko kekanak ni..rotan is still the best! Hik Hik Hikk

Makji Esah said...

Gue nggak punyain anak kechillll...tapi gue rasa kalo lu mau anak lu berperangai gantengg...lu rotanin dia...lu ikat ikat kaki tangan nya...lu ugut halauin dia dari rumah mu...muahahaha...pastu anak mu pun lari ke rumah ku. Dan aku akan segera nelepon Kantor Pulisi nangkapin kamu.

DeLancrettLurpak said...

Pe'jah,

Even masuk department stored ke Pe'jah? Alahai, kalau dah pakai strollers mahal2, takut pulak nak tinggalkan kat luar kedai, hehehe..

Kalau aruah Abah aku jegil mata, confirm aku dah tau, balik kang confirm kena, hehehe

DeLancrettLurpak said...

Bik Thom,


Kan? Mana la cukup dengan "Aaron Ajis, jangannnn". Kena suruh budak tu beredar dari situ, barulah masalah akan berkurangan.

Biar betol Bik Thom, bukak esbok? Phew!

DeLancrettLurpak said...

Pink Mama,

Maksud saya, mmg la dari dulu dah ada stroller, tapi skang ni dah jadik trend yg stroller mesti canggih2.

Kadang2 manusia ni, bukan setakat sekolah akademik je patut attend, sekolah attitude pun patut kena attend, kan?

DeLancrettLurpak said...

Madam Soyaree,

Aku setia kepada MacLaren Techno XT dan juga Quinny Buzz.

Bugaboo tu mmg tak leh blah betol la harga dia, hish!

DeLancrettLurpak said...

McKantin,

Tq for the advises. Nanti akan dipractikkan supaya anak2 saya pun berhemah mcm anak2 McKantin sampai le besar, amin. :)

DeLancrettLurpak said...

Cik Kiah,

Pada pendapat pakar kanak2 Kiah, umur berapakah sesuai utk kita memperkenalkan rotan atau cubitan manja kepada anak2 kita yg soleh dan solehah ittew?

DeLancrettLurpak said...

Makji Esah,

Pastu polis pun ckp, "adik, tak payah buat fitnah ni, mak pak adik orangnya lemah lembut". Rupa2nya, polis tu pun kroni makpak dia, wakaka!

Adi Solikin said...

Aku faham kalau budak2 ni kdg2 memang menggeletis, tapi aku xfaham kalau parents dorang biar je dorang menggeletis. Kalau kejadian ini berlaku kt rumah aku memang selamat budak tu aku jeritkan aje, lantak la makpak dorang nk terasa ke hapa.

Mak aku jenis pesan siap2. Kalau kau stil buat perangai, siaplah balik rumah kang pilih je lah nk kena bedal dgn apa.

sarukman said...

Medication. Lots. Easy peasy lemon squeezy™ (Yaya, 2012)

Ribbon Clown said...

mim,

Department store mmg boleh bawak masuk lah.. cafe2 je yg tk boleh.. kedai makan la mostly.. kalau kedai kecik pun aku tinggal kan pram kat luar.. kat sini takde sapa nak amik.. kat mesia wallahualam.. huahua kat mesia apa pun x leh tinggal kejap.. lesap :p

Cik Pah said...

hehehe.. baru baca yg ni.. yg berdua tu dah ler besor untuk dibawak masuk pram (yg lg 4 tu dah takyah ler nak cite).. tapi untuk mengelakkan dari kegiatan luar kawalan, memang kena campak dalam trolly.. makcik memang ganas sikit, tak kira ler public ke hapa, kalau dah menyetan tu, selamat ler kena ketil.. (anak2 memang species makdia jerit kuar anak tekak pun tak makan saman!!)

Related Posts with Thumbnails