Tuesday, 2 October 2012

Bully

Ada korang baca paper hmetrol hari ni? Pasal budak sekolah agama yg kena buli ketuk ketampi sampai 200 kali. Gile ke hapa? Sekolah agama pulak tu, bukannya military academy pung.


Dkt sekolah saya dulu pun ada kes buli, dgr kata sampai junior tu kena pakai wheelchair. Rasanya budak2 batch saya yg terlibat tu semua kena gantung sekolah, exactly 2 weeks before SPM, nasib la kau labu, nak tunjuk hero la sangat. Tapi dgr kata jugak yg budak junior tu mmg pain in the ass, hehe. Kalau ko jolok sarang tebuan, mmg kena la kan, hahaha, nak pulak dengan senior sekolah tu pun teenager yg akal tak berapa nak matang, mmg mendapat la.


Anyway, physical bully ni dah biasa kita dengar. Tapi yg paling ditakuti kalau mental bully. Budak2 yg kena ejek "boyot" la, "miskin" la, "huduh la". Kita taktau apa yg anak kita alami dkt sekolah. Mana lah tahu yang kita yg jadik penyebab anak kita kena ejek, dipanggil dengan gelaran yg mcm2. Sebab tu kalau gi sekolah, nak jemput anak, biarlah pakai yg elok2. Anda mahu anak anda jaga air muka anda, anda pun kena buat the same thing. Tapi kalau dah start main ejek physical, tu namanya dah main kasar. Kalau org dewasa bolehla kita balas balik "kau ingat kau gojes sgt? jauh satay dari kuah kacang ok!". Kalau budak, apo nak buek eh?


Saya takde masalah masa sekolah rendah atau sekolah menengah kena name calling ni. Setakat main nama bapak tu, saya dah biasa dah kena, maklumlah nama aruah abah saya unik, saya bangga ok, cer google nama abah saya, mmg confirm jumpa link adik beradik saya, hehehe. Masa form 5, budak2 panggil saya "Pemerintah gigi besi", bukannya pemerintahan kuku besi. Masa tu saya jadik prefect, ketua asrama, ketua editor majalah etc etc dan saya juga memakai dental braces T______T.  Saya tak terasa pun sebab mmg takde perasaan, hahaha. 


Saya sebenarnya nak share satu quote, tapi dah lupa letak mana, hahaha. Dlm quote tu ada ckp, contohnya, insecure children are the children who always need approval at home. Semua benda yg the kids buat kat rumah selalu kena marah sebab tak ikut protokol, eh mcm ckp diri sendiri jek ni, hahahha. And satu lagi, aggressive environment at home creates a bully kid. Takpe lah, tak jumpe pulak mana quote tu, hehe.


Anyway, kesian la parents budak yg victim bully tu, jaga anak betol2, sekali anak kena bully sampai mcm tu sekali, isk! Tapi persoalannya, adakah budak itu telah provoke senior2 itu? Kannn?


Photobucket

2 comments:

blu4sky said...

baru tadi my son bagitau kat sekolah dia ada budak bergaduh...budak lelaki darjah 3 and the geng pukul budak pompuan darjah 4..
menurut sumber gossip yang my son dengar..
1. budak lelaki tu beli hadiah tanda minta maaf kat budak perempuan tu tapi budak perempuan tu tak nak maafkan.
2. budak lelaki tu suka kat budak pompuan tu tapi budak pompuan tu tak suka kat boy tu...maka boy tu panggil geng gangster darjah 3 gi pukul girl tu...

aiiisshhh i yg dgr ni rasa nak sekeh sekor2...ewah belum apa2... sifir 12 pun tak hafal lagi..suka suki belasah anak pompuan orang..

DeLancrettLurpak said...

blu4sky,

tu lah, sesedap rasa je nak buli anak orang. ingat dah taiko abisla.. chehhh!!!

Related Posts with Thumbnails