Wednesday, 17 October 2012

5 of My First

Tetibe teringat nak buat 5 of My First yang blogger Rye buat.


Aci dak kalau intro cenggitu, tersedak orang tengah makan sagon khennn? Eh tetiba teringat ada sagon dlm robok, sedap gak kalu main cicah-cicah dengan pisang ni, nyums! Nenek tiri saya pandai buat sagon uols, sedaps *tetiba promote*.


My First

1. Car
Eh, start dgn brg material kan? Mmg confirm lew penulis ni materialistik orangnya, lalala. Kereta kancil warna silver je uols, tak mampu nak ber-peugeot 260 yg menjadi impian masa berumur 22 tahun tu.  Dream car masa tu la kan, sekarang harus lah berubah, sekarang kalu dpt yg low maintenance tapi cilik bergaya pun ok dah, wakaka! Kancil 640cc tu abah keluarkan modal sikit, saya bayar monthly. Masa tu baru abis first degree dan sedang menjadik Research Assistant. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Hi pemilik Kancil MAW6424!!".


2. Kinder school.
Saya bertadika sejak umur 5 tahun. Parents saya hantar, maybe sebab saya boring dirumah babysitter. Masa tu kami dok dkt Seri Manjung, Perak. Pi tadika sama dengan Along, tak ingat pun kelas asing ke sama dengan Along, jauh sekali nak ingat apa cikgu kat tadika ajar, hehe. Tapi bila snack time, request nak dok tepi Along. Dan saya masih ingat cucur udang dia hidang masa snack time tu sungguh lazat, wakaka!


3. Crush
Masa umur 11 tahun, saya masih lagi main pass-pass tiang, mmg takde lah kan nak bercrush bagai. Tapi saya ada suka la mamat ni masa dah hujung-hujung darjah 6, sebab mukanya sweet, suara nya sedap, ewaahhh. Lagipun adik2 dia suka main roundes dengan saya. Everytime nak pi ngaji, kena lalu depan rumah dia, mmg masa yg ditunggu lah kan. Confirm rasa nak mengaji tetiap hari, wakaka, tapi tetaplah jugak tajwid ku tunggang langgang. Mamat ni mmg terhangat di pasaran, budak2 pompuan semua suka dia, siap berebut T____T. Sebelum saya masuk Sekolah MARA KK, budak2 ni pegi tanya mamat tu sendiri, sapa yang dia suka sebenarnya, mamat ni kena pilih, suka si L ke si M. And dia jawab saya si H ni, apakah? Tak pandai jawab soalan objektif budak laki ni, hmmphh! si L and si M ni siap marah2 dkt saya, kejadahnya tauuuu, ada ke suka budak pompuan yg suka pakai baju kurung tanpa kain tapi dengan track bottom pastu suka merempit dengan beskal, apa khelas?! Nasib baik saya cabut masuk sekolah jauh dari rumah tau, tak kuasa nak terlibat dalam cinta empat segi, hahaha. Tapi kami pernah makan roti canai sama-sama masa saya tgh buat degree, dan first time saya bgtau mak saya, saya nak keluar dengan budak laki pi minum petang, masa tu Abah keluar dgn kengkwn dia, wakaka, berani la kau kannn. Oleh kerana saya mmg ada list of specs yg dicari pada jejaka pujaan, the fling stopped there. 


4. Handphone
Nokia 5110. 

Duit scholar masuk, pi beli ni. Boyfriend yang menyebabkan asthmaku membuat comeback yang tlg belikan. Kami beli sesama la, ko sebijik, aku sebijik. Pastu abah marah sebab membazir. Saya merajuk. Pastu mak pujuk, haha. Henpon ni ok la, tak de la memalukan sangat nak bawak jalan, tapi kalau letak dlm jeans Ladylike saya dulu, mmg rebeh la sebelah poket.  Tapi bersyukur la, kwn saya lagi best, pakai henpon NEC yg bentuknya mcm henpon botol air tu, ala henpon yg "u throw at the dog, the dog die instantly" gituuhh.


5. Handbag 
Sebelum ni saya tak pernah kesah pun handbag brand apa, Bonia ka, Carlo Rino ka, mmg buat taktau je. In fact, masa hantaran kawin, saya suruh T-Bag beli bag Primavera je, punya la tak kesah kan. Sekarang bag Primavera tu saya bagi kat mak saya, hehe. Saya hanya beli sebab kena pakai, yelah nak humban segala wallet, henpon and sunglasses kan. Tapi the first handbag yang tiba2 buat saya jatuh chenta, terus obses kepada handbags, adalah handbag yang ini. 

Bag yg saya pakai ketika dtg ke bumi UK, masih setia didalam lemari.

Nine West je uols, masa tu tgh sale, beli dkt The Gardens. Walaupun RM220 je, mengigil juga nak membayornye, kehkeh. Tapi oleh kerana susah nak mendapatkan Nine West di Hengland, kita beralih arah kepada brand lain.


Begitulah kiranya.
Anda bagaimana?
Nak share the 5 of your first?
Sila-sila, saya tag semua orang yg membaca blog ini yg kadang2 satu hari ada 60 orang je baca, sedeyyy, wakaka!
Nanti bgtau tau kalau korang buat, saya nak pi baca, ahaks, kak nam sgt kannn? hehehe.



Photobucket

16 comments:

anakdara said...

9west ya la henbeg plg tahan youuuu...kekekek..

Makji Esah said...

Ye la ye la..nanti aku buat.

Ribbon Clown said...

aku nak buat! hihi..aku suka tang henpon tuh.. aku beli Arcatel yg berkaler2 tu..huhu pun pakai duit scholar separuh, bapak aku separuh..

Kazaztan Team said...

tambah 1 dr saya..sbb saya subcribe..mseti tak masuk dlm statistik tu...ehehehehhe...

Mak Piah said...

Ok..kelak molah. Muahah. Ada unsur 18sx pun ok>>??? Huk huk huk. Sik mok kalah. Ni tauk ada lebih dari 60 orang view, nak owh?

DeLancrettLurpak said...

AnakDara @ K.Su,

Aoks, yang paling tahan, relax2 jak sikda dustbag, hahahaha

DeLancrettLurpak said...

Makji Esah,

Buat jgn tak buat, kang kena hail storm kang, kehkehkeh

DeLancrettLurpak said...

Pe'jah,

Alcatel T10 eh? Tapi henpon tu sekali jatuh, bersepai, wakaka! Buat2, aku menunggu utk membaca

DeLancrettLurpak said...

Kak Kazaztan,

Terima kasih kerana setia membaca blog picisan ini, awwww!!!

DeLancrettLurpak said...

Mak Piah,

Mun dah 18sx, berdodon-dodon org maca blog ktk ehhhh.. kehkehkeh

azieazah said...

Wahh pertama kali baca taq pasal 5 barang pertama ni.
Baru la tahu sikit sebanyak, ye tak?

Tapi, tak rajin la pulak nak buat, sebab dah tahu, tak dibaca...

DeLancrettLurpak said...

Kak Azie,

Kalau Kak Azie buat, saya pi baca, jommm buat, hehe.

sarukman said...

mcm topik artikel dlm majalah mangga jak tok ...

Shamsiah Abdul Rahman said...

Salam ziarah dari Kuwait.
First time jumpa entry mcm ni.
Hence, kagum sbb tuan tanah masih ingat all the details..
Btw.. mintak izin nak cilok idea you utk my next projek..
Tho, the respon mungkin x sehebat mana.. ada aku kisah..

DeLancrettLurpak said...

Sarukman,


Isk, mcm biasa baca jak majalah mangga? ada pengalaman keww?

DeLancrettLurpak said...

Shamsiah,

Selamat datang ke rumah saya, ewahhh.. sila2 amik idea, sapa baca belakang kira, yg pasti puas hati dpt menaip, khennn?

Related Posts with Thumbnails