Thursday, 13 September 2012

#KenanganHostel :Epal, Coklat dan Surat

Tadi saya jumpa tag #KenanganHostel dkt twitter. 

Pastu ada sorang pentweet kata dia pernah bagi coklat and epal dengan abg senior.

Pastu saya tetiba teringat kenangan saya, ewaahh.

Masa di sekolah MARA dulu, baik masa form 1-3 ataupun form4-5, ada je season sampaikan lagu lah, sampaikan hadiah la. Macamana dia buat sampaikan lagu? The team, eh tak ingat team apa, PUM ke eh  (PUM= Persatuan Usahawan), diorg akan edarkan iklan. Satu lagu berapa sen, lepas tu dia bagi list lagu, dan bagitau bila session sampaikan ni. Biasanya weekends la. So, mereka yg bertugas ni, pada sekian harinya, akan berkampung dengan pondok pak guard and bawak radio. Pastu diorg mainkan la lagu. Rasanya form1-3 saya tak dpt pun lagu dari sapa2, tapi masa form4-5 saya pernahkan kirim lagu pada boyfren-tak-best, kahkahkah. Dahla lagu yang saya pilih tu tajuk nye Stay (tak ingat sapa nyanyi) sebab budak tu nak kena buang sekolah, kahkahkah dan saya kena maki dgn kawan saya sebab lagu tu panjang nak mampus, 6minit kau, wakakakakka! Diorg tu tak sabar lew tu, nak tunggu nama masing2 kena announce.


Coklat? Epal? Haram saya tak pernah dpt. Memang telan air liur aje la. Tapi saya yakin, mesti ada budak2 yg kirim utk diri sendiri, wakakaka! Oleh kerana saya tak berapa desperado, so tak kuasa. Anyway, tgk good friend saya si Aini, mmg la selalu la dpt mcm2, saya tak jeles, saya tumpang makan, wakaka! Masa dkt opis tempat saya mengajar, ada je students yg organize, ada je lecturer/tutor dpt, tapi obviously saya tak dpt.


Masa form1-3, saya masuk Sekolah MARA Jolobu. Lepas tu masa form 4-5, Saya masuk Sekolah MARA Kuantan, masa tu BWP organize hantar surat utk Sekolah MARA yang tertentu. Contohnya, kami pilih Sekolah MARA Muar. So, kami boleh la tulis surat pada kawan2 ex-Sekolah MARA Jolobu yang dah masuk Sekolah MARA Muar. Yang saya ingat, saya tulis surat kepada Pe'jah @ RibbonandCircus. Saya turut juga mendapat surat daripada seseorang, ahaks, ko ingat lagi Pe'jah sapa dia?


Tu belum lagi bila part diorg kirim bunga, perh. Muka budak pompuan yg dpt, mmg tak buleh blah la, especially kalau diorg start bagi masa recess dlm class,  masing2 berseri2 je.


Korang pernah buat aktiviti membazir mcm gini ke? Heheh..
Photobucket

16 comments:

Dr Singa said...

'stay' ?!! kahkahkahhh! sangat sesuai!! kena buang sekolah tak dia jugak akhirnya..?

sekolah MARA Muar pun ada buat lagu gitu
memekakkkkk je pagi pagi ahad !!

Ribbon Clown said...

kahkah.. aku ingat lagi time dapat Surat ko.. tp tang seseorang tu tak pasti pulak sapa he he roomate aku pun byk gak dpt request.. aku satu pun tadak.. dah legam gila sapa nak Wei haha time tu la.. skang dah snow white skit :p

Pink Mama said...

Memberi tak pernahlah tapi menerima banyak kali =P

Noni said...

Hai kak! selalu i baca jek, today nak komen pulak. Hehehehe...

Dulu selalu jugak bagi,abg angkatlah, adik angkatlah. gatai sungguh. tapi kata nak dapat, memang hareemmm... Hehehehe.

NenetPenne (NP) said...

i sekolah one gender so received no cokelat, no flower.. lagipun tak fofular..tak lawa tak dak siapa nak amik jadi kakak angkat... ha ha ha..

Suria Shahril said...

aku pun sama nasib mcm ko,tp ko untung lagik...bestfriend annie...sonok aaa...even aku ngan ko same je tak cantiknye...tp ko lagik fofular ape.....hahhahahahahahahah

myjourneymyphoto said...

kat sekolah MARA saya dulu pun buat perkara macam ni jugak, di panggil 'request'..
bunga, coklat dan lagu.. kadang2 burger pun jadik
yang buat untung geng2 usahawan..
yang jaki geng2 surau..

saya dalam kategori geng usahawan :D
untung banyak wooo

Fazira said...

hahahahahah...
betull....betull..
fazira orang yang bagi..
cewahhhh..
gaya macam ramai peminat pulak kan..
salah satunya.. adik angkat..
bila kakak2 senior suruh adik2 angkat bagi dkt kakak angkat..hahaha

DeLancrettLurpak said...

Ibusinga,

Umah parents Ibusinga dkt Muo, dkt Jalan Bakri ke?

Dia mmg kena buang sekolah. Sebab CGPA less than 2.0, sgt berbeza dgn awek dia yg top 20 dkt sekolah, hahahahhaha

DeLancrettLurpak said...

Pe'jah,

Roomate ko yg dkt Muo ke dkt Jolobu yg dpt? Dkt Jolobu bukan ke roomate ko Nor, Nisi and Putree?

Manai la wey, dia la selalu hantar surat kat aku, azizi suratanin selalu ejek aku, sebab Azizi kan BWP dkt Kuantan, so dia tau la pasal surat tu, hampeh!

DeLancrettLurpak said...

Pink Mama,

Mmg le akak selalu dpt, akak putih melepaks, saya ni hitam legam, hahahahha

DeLancrettLurpak said...

Noni,

Akak rasa akak pernah dpt, tapi tak ingat drpd sapa, so terpaksa la abaikan saja ingatan itu, hahaha.

dan akak mmg rasa pelik je bg dkt kakak angkat, mcm lesbian pulak rasanya, kahkahkah!

DeLancrettLurpak said...

NenetPenne,

Jimat duit la itu mcm, leh beli kaset banyak2, hahahaha

DeLancrettLurpak said...

MyJourney,

Sebenarnya kami pun panggil Request jugak, semalam masa buat entry, tak ingat the exact term...tq sebab mengingatkan..

Mmg PUM kejenya buat duit aje, saya pun join jugak, tapi kami jual float, roti ice-cream, mmg laku!

DeLancrettLurpak said...

SuriaShahril,

Ni news mana pulak kata aku kat sekolah adalah fofular, adakah sebab benda2 yg tak best? wakakaka!

Untungla aku kan, annie dpt feroro rocher, aku tumpang mintak sebijik, hahahahaha

DeLancrettLurpak said...

Fazira,

Cheh, paksa bagi dkt kakak angkat, mana la aci, hahahaha

Related Posts with Thumbnails