Saturday, 18 August 2012

Esok Hari Raya!!!


Biasanya masa mcm ni, saya mesti dah terkenangkan keluarga di kampung.
Dah terbayang adik beradik ipar duai yang sama-sama di dapur diiringi suara gegak gempita saya, ahaks.
Masing-masing kena ikut cakap ketua chef iaitu emak saya.



Tapi tahun ni, saya tak berapa rasa bahang raya tu.
Takde pun teringin nak makan lauk pauk raya, mmg tak terlintas sikit pun rasa slurrp slurrp dkt otak saya.
"Bersyukur" juga, saya ada di Hengland berhari raya.
"Bersyukur" juga sebab tengah peak - time mengarang "novel Ombak-Tak-Berapa-Nak-Rindu" ni.



Kalau takda itu semua, saya pasti akan jadik pilu -sepilu - sepilunya 
malu-malu-semalunya, namun apa daya orang tak sudi.
Sebab terkenangkan orang yang dah pergi
(Start dah drama neng Yatimah masa taip ni, hish)
Terbayang abah bawak mak pegi beli ayam daging pagi-pagi.
Kait buah kelapa, buat serbat kelapa, macam-macam la dia buat dkt belakang rumah tu.
Dan yang paling tak buleh tahan, terbayang Aruah Abah duduk dikerusi meja makan di living hall lepas subuh. Tunggu kami adik beradik salam cium tangan di pagi raya.


There's always a first time in everything.
Biasanya saya eager nak buat something yg first time.
Tapi bukan first time yang mcm gini.
Tak tahu nak gambarkan macamana.
Kalau macam gini saya rasa, taktahu lah emak di kampung mcmana.
(I feel you kak LG)
Saya bersyukur juga sebab emak saya jenis yang kuat. 
Macamana lah nak call emak di pagi raya nanti, ish.


Alamak, sakit perut pulak, spoil betol lah, wakakaka!


Selamat Hari Raya.
Maafkanlah kalau ada terkasar taipan saya dan anggap je la lawak saya mmg lawak gila tak tahan.
Sapa-sapa yang nak masukkan duit raya Yaya, nanti saya bagi no akaun ASD, boleh transfer kot CIMB, wakakaka! 
Hati -hati di jalan raya.
Jangan melantak sampai koyak zip baju Jovian uols!
Tak yah la dok keluar segala gadget letak atas meja rumah orang, takyah tunjuk insecurity yang korang sebenarnya tak de benda lain nak show off
(kann, sekejap je syahdu, pastu jari dah start menaip mcm naharom, wakaka!)
Mulut tu jaga-jaga sikit, maklumlah bila dah excited sgt berjumpa kawan-kawan, rational tu lari.
Takyah la dok ulang soklan/statement yg sama tetiap tahun
"ko bila nak kawin?","anak sorang jeww?","mak ai, gemoknye kau"
Bertukarlah kepada statement/soklan
"ko ada baca pasal Stop 114A?", "ko tau polar bear dkt kutub utara warna putih uols!"
Isu sejagat gamaknye, boleh juga diselit statement "jiran hujung jalan ni kawin baru uols! Pastu kena belasah dengan bini dia", concern kepada perkembangan masyarakat sekeliling konsepnya, ahaks!


kannn?
kalau ikutkan banyak lagi nasihat saya kepada mereka yang plan nak raya bersungguh-sungguh terutamanya orang yg travel 14jam balik naik flight semata2 nak beraya dkt Kedah, si Izuan tu, aku tengah mengata kau ni Izuan, wakaakaka!


Again, selamat hari raya.
Maaf zahir batin ye uols.
Sudi-sudilah membaca blog ni sepanjang cuti, sebab ia confirm akan terupdate, hahahaha.


Photobucket

8 comments:

lemongrass said...

sama2lah kita bersedih kan... :-(.
In a way, we are lucky, we are not there kan. Sedih sorang2 I guess is much better than menangis tak tahan tengok orang lain sedih.
Semoga mereka berdua aman di sana bersama golongan mukmin yang lan.

linda said...

Al fatihah utk arwah abah awk & arwah ayah saya. Keep updating Mim, raya kita boring, kompom bloghop jgk semua faveret blog. Anw Selamat Hari Raya, moga2 dipermudahkan utk kamu buat thesis :)

Sooyaree said...

Al-fatihah buat arwah abah... Selamat hari raya orang perantau! Kat sini pun suasana sedih jugak, pasal teringat kat arwah kakak. Esok baru nak pergi kubur ni, tak tahu la reaction nanti macam mana

DeLancrettLurpak said...

Kak LG,

Betol tu Kak LG. Saya tak dpt nak bayangkan mcmana nak cium tangan mak saya sahaja, tanpa abah saya, confirm saya menangis beria-ria.

DeLancrettLurpak said...

Linda,

Lahh, ko pun in the same boat jugak? Al-fatihah utk aruah abah ko and abah aku..

DeLancrettLurpak said...

Sooyaree,

Moga kamu tabah di sana. Isk, tak dpt ku bayangkan perasaan korang melawat kubur mcmana, sure sayu, isk .

Reen Tart Nenas said...

takziah utk yg telah pergi. saye 2nd year without babah n first jugakkk la nak kena raya ngan in laws cettt. so xsempat la nak rasa sedih hahah

DeLancrettLurpak said...

Reen Tart Nenas,

Kita ni sedih tapi tak sesedih pasangannya.. tak leh bayangkan mcmana perasaan emak di pagi raya, isk!

Related Posts with Thumbnails