Tuesday, 21 August 2012

Raya ku..

Malam raya tu, saya dan jiran saya buat majlis berbuka puasa dan takbir utk seluruh MCB di rumah jiran saya. Jiran buat nasi kerabu dan saya buat nasi impit plus rendang ayam. Selesai segala2 kemas mengemas pukul 11++pm. Lepak sampai 1am, baru balik rumah. Esoknya bangun pagi2, kemas dapur yg berkecah dan siap2 nak pi semayang raya MCB. Makan lebih kurang (yang ni tipu sangat, makan beria-ria sebenarnya, kehkehkeh), pastu terus ke Open House High Comm. 

Bukanlah kemaruk nak pelahap makan dkt Hi-Comm, tapi saja je la nak tengok suasana kan? Kang kata dah 4 tahun dok sini, tak pernah pi Hi-Comm Open House pulaks. Kami sampai dalam pukul 3pm gitu orang pun tak berapa ramai jugak. Tapi still kalau nak amik air/makanan kena queue. Nak carik tempat melepak pun seksa uols! Jiran saya bawak canvas, so kami cari port bawak pokok sebab panasnyaaaa.....


So, sampai je terus beratur. Panas gilers ok dalam khemah tu. Takda kipas dlm khemah mcm dkt Malaysia, berkuap abis!  Staf diorg dah pack the nasi berlauk elok2 dalam bekas. Staf-stafnya muka pun elok je, takde le bad mood ke hapa, ada juga senyuman. Maklumlah kalau panas-panas, biasanya mental temperature selalu mmg go upstairs. Ada pulut panggang, nasi arab and kambing panggang. 


Nampak macam best kan? Tapi malangnya baru nak makan, terbau yg tak best. Alamak, basi la pulak. So jamu mata je la. Agaknya mass production kan, tak berapa nak terjamin kualiti, ehem. Mungkin masa pagi, masih ok lagi kot, ntahlah.

Tu sebenarnya sambal nasi lemak, tapi nasi lemak dah abis, so saya ingat nak makan dengan nasi dlm gambar kat atas tu, sekali basi la pulak khenn. Ada rendang daging gak, mmg sedap la. As for pulut panggang pulak, mmg la sedap, tapi diorg guna serunding daging, so sedap tapi tak berapa nak kick sgt.

Saya makan sikit nasi arab and kambing panggang, tapi mmg tekak saya tak berapa nak terima nasi arab ni, sebab bland sgt le pulak. Tengah dok makan sambil borak-borak, Farah Bristol datang ambik gambar dengan kami. Then Farah tunjuk ada sorang reader blog ini kepada saya. Saya lambai - lambai jew, I malu uols! Takkan la aku tergedik-gedik nak ambik gambar pulakkan, awww! Tapi hebat sungguh kamu dpt cam muka saya, kehkehkeh. 

Anyway, dah makan mesti le minum. So saya, Yaya and anak jiran pi la amik air dlm tent tu. 5 minit gak la beratur kan. Tapi sebab rasa panas gila dlm khemah tu, rasa dah 15 minit kot, hahaha. Yaya pun dah bising " I'm thirsty I'm thirsty". Dalam queue tu, didepan saya ada sorang kakak ni dgn anak2 dia.  Lepas tu, tetiba bila nak dkt kakak tu punya turn, datangla kawan dia tegur  (kawan dia and anak2 dia tu bawak cawan siap2), "eh lama dah sampai ke? bla bla bla". Tetiba dgn kwn kakak tu dan anak2 dia sekali buleh ambik air depan saya. I was like "eh eh, walaupun jauh gila dari Malaysia. perangai tetaplah sama". Of course saya hanya ckp dlm hati, sebab malas nak buat scene. Kan? Bukan tu je sebenarnya, masa nak amik makanan pun sama, ada lelaki ni main selit2 je sebab kawan dia depan kiteorg. Pandai la pulak nak selit tu, sebab next tu turn kawan dia, pastu dah selit2 depan kiteorg, senyum-senyum pulak, eeee. 

Ni apa petandanya? Sebahagian orang kita ni kalau nak dpt something kalau buleh, mesti nak guna org dalam. Takde la nak guna prosidur biasa. Kalau ada orang dalam, siap mendabik dada, bangga nak mamp. Kalau dpt kerja, siap ckp, aku kenal sekian2 dlm company tu. Ape ke heynya, apa yg nak dibangga, nampak sgt company tu ambik kau sebab ada string yang telah ditarik dan bukannya sebab kelayakan kau, tak paham aku hishhh!


Hati dah sentap, so sempat juga mengambil desserts. Kuih karas buat T-Bag. Red Velvet Cake which is not yummy at all, sebab icing dia mmg jenis paras bahaya diabetic, isk! Carrot cake tak berapa kena dkt tekak saya, ahaks. Kuih bangkit, yaya yang makan. Tapi yang saya belasah adalah tart nenas. Kamu tengok seketol je dalam pinggan ni kann? On the way back tu, masuk balik dalam tent, pastu belasah makan tart nenas berketol-ketol. T-Bag belasah makan bahulu. 


Sempat juga mengambil gambar petanda dah sampai sini.


But seriously, sedih la pulak tgk rumah Hi-Comm gitu eh. Kalau dibandingkan dengan rumah-rumah mewah sekitarnya, saya rasa rumah tu layak menjadik calon rumah shooting Misteri Rumah Tua, *matiklaahhhh*. Pokok-pokok mmg tak dijaga, sedih ok!  

Begitulah ceritanya saya di open house di Londang. Korang kat Malaysia pernah ke pi open house Tuk Jib? Ada satay kaa?
Photobucket

10 comments:

suhana azlin said...

alamak, basi ke noks? kesiannya uolls...nasib dah makan lebih kurang kan? ;)

Rozie said...

patutlah basi. nasi tu pagi, lepas semayang raya depa dh distribute kat embassy belgrave square tu. masa tu pun dh berpeluh sakan nasi tu. confirm la basi sampai ke petang, dh la panas gila hari tu kan. ish ish ish, tukjib n kakmah x kasik budget utk buat jamuan raya kot. x ikhlas betul.

DeLancrettLurpak said...

Suhana,

Tu lahh, kalau aku lapar gila, confirm aku marah beria-ria la.. nasib tak berapa lapar sgt, lagipun aku tau lepas tu aku nak makan dkt rumah cousin aku,hehehe

DeLancrettLurpak said...

Rozie,

Kan? Kesian la kalau orang yg travel jauh2 semata2 nak makan kan.. kot ya pun nak jimat kos kan, isk!

Jun said...

Salam aidilfitri. Singgah di laman blog ni melalui laman lemongrass. Seronok pulak bava celoteh di sini.....harap semuanya sihat sihat hendaknya...

Mak Piah said...

lenkali mun ada potong queue kitak, tanyak nya...kitak tuk kampung ni di msia nun. Kakya pulah muka semanis tart nenas...ibuh nunggu nya njawab.
:P

* tetiba join ati panas*

x MP

-gedek! said...

Salam Aidilfitri...!

DeLancrettLurpak said...

Kak Jun,

Terima kasih kerana sudi baca karutan saya yang tak berapa komedi :) Kami sehat sahaja kat sini, harap yang disana pun sihat walafiat :)

DeLancrettLurpak said...

MakPiah,

takut sidak polah muka blur ajak eh.. nang muka sik ada malu eh, eee, tensi kmk...

DeLancrettLurpak said...

Uncle Gedek,

Selamat Hari Raya...
Mana duit raya? Hehehe

Related Posts with Thumbnails