Monday, 2 July 2012

My Weekends

Hari Sabtu kami pi Birmingham, nak menghantar Ayu+Ali+Zikry ke Airport, depa balik ke tanahair for good, sobs sobs. Janji dengan diorg plus Fazira+Wawa nak jumpa dkt Bader Restaurant dkt Small Heath tu pukul 12.45pm, tapi janji yg melayu sgt tau, maklumlah kami bawak kereta ikut speed limit (#TDDMKA), so sampai dkt sana 1.30pm. 


Masa sampai mmg tgh lapar kan tapi nafsu tak berapa nak creative, haha. So saya order chicken steak and chips.
Rasa ayamnya biasa2 je, tapi the chips tu T-Bag suke le beno. Maybe dia ada mixed dgn perasa ke hapa kot.

T-Bag makan lamb stew with roti. Sedap la, dagingnya pun luruh2 je gitu, takda la rasa mcm nak tercabut gigi mengunyah uols!

Saya rasa sikit nasik yang Ayu and the rest order, eh sedap la pulak. Kalu tak silap diorg order chicken grill with rice kot, nyums. Lepas makan saya anak beranak pi Bull Ring kejap, pi melawat tapak org bunuh diri baru-baru ni. Kann, over betol, nak suicide pi la tempat lain, nak gak mati secara glamour, eeee. Takda la wey, takda keroje saya nak melawat tapak kejadian, Zara kan dah start sale, Khamis lepas saya pi jumpa boss, sempat la melakukan rembatan ala Drogba dkt situ kejap. T-Bag yg dlm kejelesan, ajak pi lagi sekali. So ke sana la kami. Masa nak balik, kami beli peanut butter milkshake dkt stall dlm Bull Ring yang betol2 depan Gap. Ntah hapa nama kedai tu, tapi sedap gilos! Aaaaa, nak lagi!

Lepas tu, terus pi rumah Ayu. Pukul 6pm tepat kami gerak ke Airport. Timbang bag la, balut bag la, bawak keluar barang masuk kotak la, re-weigh balik la, check-in la, gedebak gedebuk semua, diorg pun depart pukul 7.55am. Kejap je kan. Rasanya baru je kenal Ayu and family, diorg dah balik pung. Next will be Fazira and Wawa's turn. Pastu jiran kami, pastu baru kami, sobs sobs, kalau aku kata taknak balik kang, ada gak org kata tak sedar diri pulak khennnn?

Anyway, sejak akhir-akhir ini, I tell you, pots and pans saya bergaduh. Menjerit-jerit bergaduh. Gilak aahh. Tak berani saya nak masuk campur, takut. Tu pasal tak berasap dapur, isk! Bila bergaduh je diorg tu, saya pun menikus lalu pi makan dkt kedai. 

Penipu sangat kan? Cakap aje la pemalas, hahahaha.

Anyway, bila bangun di pagi Ahad, saya rasa boring la pulak asik makan roti tak pun american breakfast takpun oat. So saya pun buat la invite-invite anchovies.

Gambar jemput2 ikan bilis pun nak letak, baru la gerek!


Lunch pulak kemain rajin tahap Ajewan Ali tau. Tapi masaknya masa tgh kebulur, pukul 2pm baru terkedek-kedek nak masak, pukul 3pm baru le dapat makan, hish!

Beria sejam masaknya, tapi lauk bukan le grand mana pun, setakat asam pedas salmon, ikan bawal goreng dan sup sayur.


Fokus sikit dkt asam pedas salmon. 
Sebenonye Ayu bagi berpasu-pasu daun kesum, hehehe, sedap le membuat asam pedas. Sapa nak sepasu, meh sini angkut sendiri.

Begitu le hari minggu saya yang berharga. Dpt habiskan buku Fifty Shades Darker jugak, heaven. So dengan semangat yg kental, mari lah kita menggerak tenaga membuat kerja menaip malam ni jugak. Semoga chapter yang baru ini siap minggu ini juga which is tak mungkin, wakakakaka!

Selamat hari isnin semua dan jangan lupa bersenang-senang.

Photobucket

8 comments:

bujal X said...

saya da 2 minggu tak makan kambing~ketagih sampai menggeletar da ni~~

Mak Piah said...

berik mek resepi asm pedas kitak boleh? ada mek ncarik lam internet tok resepi nya..tapi nak...kenak kuah kamek sik mirah cam nok polah kitakkah oo?? maka jak cili mek dibeli dr melaka nun.

sayadankamerasaya said...

awak..
kita pindah blog..

:)

DeLancrettLurpak said...

Bujal,

Kesian kamuuu!!
Jangan sampai menjejes air liur sampai kena keyboard sudah, hehe

DeLancrettLurpak said...

Mak Piah dear,

sik cukup cili kali nakkk? Kmk guna bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam and belacan diblend and ditumis. Kak ya dah best bau nya tek, masuk cili kering yg dah dikisar, tunggu sampai cili masak, baruk engkah ikan and air asam jawa. Ya ajak polah kmk koh..

Cili ya mesti sampei 20-30 helai cili kering, baruk nyamannn.. hope this helps.. :)

DeLancrettLurpak said...

Ibusinga,

patutla senyap je, rupanya dah ada rumah baru .. nanti saya update link dkt bloglist saya :)

PUTUBAMBU said...

nampak sedap jek asam pedas salmon tu..

DeLancrettLurpak said...

Kak Putu,

Taktau la husband saya rasa best ke tak, tapi saya makan sehingga ke titisan yang terakhir, hahahahha

Related Posts with Thumbnails