Friday, 13 July 2012

Makan Besar Masa Weekdays?! Apakah?

Makan besar masa weekdays yang sedap dan yang paling best bukan saya yang masak, kahkahkah!

Semua yang student yang saya kenal di saat ini di bumi Hengland ini, semuanya tengah pulun abis, semua dalam gear enam (ok, mmg over!)  untuk menunju puncak gemilang cahaya. Tak lama lagi masing-masing kena seret bag masing2 balik sbb tak lama lagi negara dah nak panggil balik bertugas (negara ok? negaraku!). 

So, kalau ada sesiapa yang masak dengan meriahnya masa weekdays (dlm case saya, weekends pun termasuklah kan sebab malas), mmg wajar diberi tabik spring. Oleh kerana, saya tak masak main dishes, saya buat la dessert yang saya tau nak buat la iaitu kek.

Macam biasa, red velvet cupcakes. Satu batter dapat banyak ni. Kos pun murah, berapa seketol jual dkt kedai eh?

Lepas tu saya try resepi chocolate cheesecake yg baru jumpa.
Saya akan delete resepi ini dari list recipe yg mahu disimpan kerana tak berapa sedap. Tak tahu sebab apa, saya try butter lain masa buat kek ni, hemm, adakah sebab butter? Ntahlah. Malas la pulak nak pikio, byk lagi benda lain patut dipikio.

Anyway, menu makan besar kami adalah

Honey chicken wings, yummehh!!

Roast Lamb Ribs, ahhh terbaik! Dagingnya melt ok!

Sautee Mushrooms

dah karbohidratnya adalah nasi goreng udang


Saya dah kurang 3kg++ sejak 2 bulan yang lepas (thank you stress!). Mungkin tadi saya dah tambah 1.5kg, wakakakak!

Photobucket

10 comments:

sayadankamerasaya said...

kat kedai..
8 hinggit!

DeLancrettLurpak said...

Ibusinga,

Mahal tu, satu batter ni yield 20 cuppies sepatutnya, tapi saya buat bonjol2 sikit, so dpt 18 cupcakes.

18 x RM8 = RM144.
Saya rasa kos tak le semahal tu, isk!

bujal X said...

kat malaysia nak cari daging kambing yang lembut kemain payah~semua stok liat macam tayar~

sarukman said...

kambing malaysia jenis bekerja keras siang malam, tu pasal otot kematu

bukankosong said...

oh mak aihh

laparrrrr

suhana azlin said...

serius? turun 3 kg? course apa agaknya ek kalau aku nak amik phd gak? food stylist? hahaha...

DeLancrettLurpak said...

Bujal,

Kat Malaysia tu kambing biasa kot, yang ni sheep/lamb gitu.. agaknya ada beza.. try beli daging kambing biri2/sheep.. hehehe

DeLancrettLurpak said...

Sarukman,

Ye lah, dah makan plastic sampah, mmg la kena kerja keras, hahaha

DeLancrettLurpak said...

BukanKosong,

Bawak bertenang, hehehe

DeLancrettLurpak said...

Suhana Azlin,

Cer la ko buat satu fusion food yg boleh cater tekak org melayu and omputih sekaligus, cer cuba. heheh

Related Posts with Thumbnails