Friday, 15 June 2012

Menu Malas + Obat Ulcers

Chefs jemputan sudah pun selamat sampai di tanah malaya. Mereka pulang membawa 2 bags each dan hanya terlebih 1kg je dari 20kg allocated luggage. Tapi jangan disangka air yg tenang tiada buaya, mereka sangat ganas, hasil shoppingan mereka akan dishipping menggunakan khidmat kontena Ayu+Ali. Jumlah keseluruhan adalah 7 kotak setengah, kau mampu? Ye, kalau duduk di rumah org yg ada masalah penyakit mild shopaholic, mmg akan terpengaruh punyalah, kahkahkah.

Chefs jemputan dah pulang, so chef asal kena la melapor diri. 
Tapi chef asal mmg mood masaknya tak mari, eee.
Eh rhyme pulak.

Yaya pun tak berapa sehat sebab ada 8-9 kot ulcers dlm mulut dia, dkt lidah, gusi, upper lip, lower lip, cheek side semua ada. Dah bawak mengadap GP, GP kata takda apa2, mulut pun bersih so tak mungkin ada infection katanya. Dia kata for whatever reasons the ulcers are there, and quite a lot. We just have to make sure his mouth are not dry and the ulcers are not getting bigger. Syukur di situ. Maklumlah dpt mak gelabah mmg cenggini, mcm2 digooglenya lepas tu main doctor2 dgn anak, check sana check sini, kehkehkeh.

Bila anak sakit plus mood tak berapa nak ok, maka kami anak beranak telah membrunchkan diri di M&S Cafe lepas jumpa GP. Alah, setakat makan ploughman cheddar sandwich and latte, yaya makan prawn sandwich, malas pulak nak ambik gambau.

For dinner, nak tak nak kena la masak gak. Naik lemaklah kalau asik nak makan luar kan? So buat saja bubur ayam dan makan bersama condiments yg tidak asing lagi pickled lettuce, telur padi, ikan bilis and kacang.

Telur padi yg sungguh nyums! Belakang tu pickled lettuce.

Ala pickled lettuce dari tin yang ni la.

Campur aje la telur padi +pickled lettuce+kicap dalam satu bowl, ni cara MIL saya selalu buat utk serve.

Lepas tu saya and Yaya share layan a slice of cheesecake. Hari tu saya buat setengah kilo new york cheesecake sempena adik saya dtg dari Norway. So ada la baki 3 slices gitu. Semalam makan satu slice, hari ni satu slice, esok abis lah, hehe.

Kak Ita, teknik nak pindahkan ke cake board tu tak jadikla. Saya suspect sebab cake base saya tu mcm ke dalam, kena cungkil greaseproof paper tu, so rosak la cake saya. So esok lusa saya nak beli tin cake yg lain and coba balik teknik akak tu, mudahan menjadi.

Hopefully the ulcers subside tomorrow, kesian pulak tgk Yaya. Setiap kali nak makan, mesti saya pesan "Be a brave boy, you can do it", and dia ikut cakap saya, dia coba makan sampai abis. Apa la sebab Yaya kena ulcers cenggitu sekali ek, stress kah dpt mak mcm saya? Ahaks!

Photobucket

11 comments:

Kazaztan Team said...

baru saya tau..nama ye telur padi...ahahhahhaa

CS said...

DLL
Telur padi tu camana kejadiannya? *macam telur Cina suka makan tu ke?*

Bila my anak2 kena ulcers masa kecik2 dulu, I sapu dgn krim Bonjela (dewasa pun boleh guna). Cubalah ...

VeerZara said...

makan bubur setail org sarawak. pusuk grg,pickled lettuce & telur padi @ century egg. nyaman eh! tambah 1 lagi, cencaluk grg dengan telur. makan bertambah.. :)

Zulfadly said...

pertama kali saya dgr telur padi,heheh

KakiJalan said...

padi ada berapa bijikmtelor?.

heh heh hehhh

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan,

Akak pernah makan tak telur ni?

DeLancrettLurpak said...

CS,

yang telur Chinese jual dkt shopping mall tu herb egg, telur padi ni takdak bau herb..

Bonjela tu sting, meraung anak saya, hehhee, GP bagi oral paste yg lain..

DeLancrettLurpak said...

Zulfadly,

Sile cari dan coba tauu

DeLancrettLurpak said...

VeerZara,

Gine molah cencaluk dgn telur ya? Resipi please..

DeLancrettLurpak said...

Kaki Jalan,


8 kot, hahahahhaa

VeerZara said...

DLL..no problem. resepi nya senang aja.

mula-mula, goreng bawang merah & putih sampey wangi.mun maok pedas, tambah ja cabik masa ya.pasya, tambah telur sebiji.mun mauk banyak ,tambah lagi. goreng sampey nya ranggup dikit. pasya, baru tambah cencaluk. cencaluk ya tos kan sikit aik nya supaya sik lama ngoreng. goreng sampey kuar minyak.kamek suka nya crispy2 tp ada juak org suka nya ada aik sikit. sebelum makan, picit sikit limau kasturi. selamat mencuba..

Related Posts with Thumbnails