Tuesday, 29 May 2012

Wonderful Sunday

Last weekends kami ada tetamu, sapa lagi kalau tak orang Brummies yg dah lama tak dtg ke Bristol. Selepas mereka shopping dengan bersungguh-sungguh di Bicester Village (Furla, Prada, semua diorg rembat, over tauuuu), diorg sampai la pukui 6ptg hari sabtu tu. Tuan rumah baru half way masak, hehe. Alah, masak simple2 je, sambal kentang+tempe+ikan bilis (menu wajib kalau diorg dtg rumah saya), ayam masak kicap dan kangkung belacan. 

Diorg dtg adalah membawa satay sebanyak 248 cucuks, kau mampu dek non? Hehehe. Next morning, tetamu bangun terus pegi belakang, bakar satay. Dah la buat satay tu, cucuk lagi, siap bakarkan pulak tu, mana nak dapat tetamu mcm ni weyyy. Tuan rumah pulak buat mee jawa to go with the satay.

Terliur kah anda?

Amacam?

Saya ajak juga jiran datang, tapi jiran nak bawak family mereka yg baru sampai dari Malaysia berjalan-jalan ke Brighton and Portsmouth. So kami bagi diorg bekal satay and the condiments.

Harrods ada jual satay kah? Food hall je nyah, mak tak pernah shopping area yg lain, mak tak mampu, lain lah sorang pegawai NHS bertauliah tu, kehkehkeh.

Yaya mmg tak berhenti-henti makan satay, saya sangat kagum. Ambik satu, pegi depan main ipad, dah abis satay, buang dalam bin, ambik lagi satu, pastu ulang semula, isk!

One happy kid!

Condiments utk satay and mee jawa. Kuah kacang dan nasi impit tak masuk lak dlm gambo ni.

Kasik focus sikit tang daging.

Ye, ini lah mee jawa yang nyaman. Tapi T-Bag kata kurang kick, mmg ye pun, sebab serbuk kari daku dah abis. Tunggu stock dari misi penyelamat yg akan tiba this Wednesday, ehehe.
Tapi sebab dia kurang kick la Yaya dapat makan. Kalau dah menyengat, confirm budak tu taknak makan.

Saya dah siap masak mee jawa yg senang tu, diorg tak abis lagi bakar satay, ye lah 248 cucuk tuuuuuu. So saya buatkan soft centred chocolate cupcakes, nanti saya update recipe nye ye. 

Kami makan dan makan dan makan lagi. Adalah tidak menghormati tetamu kalau anda tidak melayan mereka makan *alasan*. Tapi sangat puas hati, sebab tetamu Brummies makan bersungguh-sungguh. Sambil makan sambil kita bincang masalah donia, masalah sangat tauuuu. Oh ya, this might be the last time lah kot org Brummies datang sini. Ayu akan balik for good end of June and Fazira pulak mid August. Lepas tu saya takda dah geng utk lunch dan mengeteh kalau saya turun Birm, sobs sobs....


Akhir kata, layanlah muka kak nam yg T-Bag berjaya captured, hehe.
Ntah apa la yg aku membebel masa ni, hahahaha.


Recipe Mee Jawa untuk rujukan masa depan, ewaahhh, masa depan lah sangat kannn? Kau balik Kuching end of this year, haram tak buat punya, hahahha. K. Dayang, kmk ngkah recipe ktk sitok oh, thanks :)


Bahan-bahan : 7-8 orang makan

Bahan A :
  • Mi kuning secukupnya (dicelur)
  • 400g daging lembu (direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis)
  • tauge (dicelur)
  • sawi (dicelur)
  • hirisan cili merah
  • telur rebus
  • udang basah secukupnya (direbus/digoreng)
  • hirisan daun sup
  • bawang goreng
  • tauhu goreng (dihiris)
  • limau kasturi secukupnya
  • lain-lain hiasan jika suka
Bahan B : Kuah
  • 300g keledek oren rebus (dikisar dengan air secukupnya)
  • 4 cawan air rebusan daging
  • 3-4 sudu besar rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis,cengkih & pelaga) 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 labu bawang besar(dikisar) 
  • 7 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu makan tepung gandum/tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) - optional
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya 
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan pes kari dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek kisar, air rebusan daging dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. 
  5. Masukkan bancuhan tepung gandum/tepung jagung jika suka untuk memekatkan lagi kuahnya.
  6. Jika terlalu pekat, tambahlah air panas.
  7. Setelah masak, hidangkan bersama bahan-bahan yang lain. 

Photobucket

20 comments:

book seller said...

waaaa....tengah lapor bukak blog ni! sumpahan sungguh! huhuhu... :p

lajunya sis update blog..hehe..

btw, seram sejuk tengok plastik bag harrods..huhuu

jom mai penang, makan mee udang kat teluk kumbar...hehe

akakerin said...

Sungguh kagum dgn orang yg pandai buat kek ni

zarin said...

waaah! satay..bestnyaaa..sini pon tunggu raya jek nk bakar satay..eh tkde makna nk bakar satay beli satay dh siap bakar ajek hihi

blu4sky said...

DLurpark,
wah bkn main lagi makan.. macam-macam ada you.. lidi satay tu pehh kalah satay hj samuri..dah bley dibuat lawan pedang..hehehe..

ANR said...

satay and mee jawa nang bestfriend di perut lah sis.. ya rabbi rindu mee jawa aih. nyum nyum nyum

liemaopurut a.k.a ana said...

nak sate...nak sateeee ;p lapor dah peruttt nih ;p. mee jawa pun sodapppppppp.

eh!eh!eh!! ai tertarik ngan mende alah warna ijooo belakang gambo kak nam. bila lah daku nak memiliki nya ???? isk isk isk

Fazira said...

tiba2 rasa gambar en.T-bag ambik nie semua lawa2.. heheheh..

hehehehehe.. :D

linda said...

Lawa mixer kaler ijo? Hiii

DeLancrettLurpak said...

Book seller,

sesungguhnya saya buta geografi Penang, tidak terbayang Teluk Kumbar tu kat mana, hahaha.. anyway, jemputan mee udang tu takkan ku tolak, hahah

DeLancrettLurpak said...

Akakerin,

Saya main belasah je kak, ikut je resepi, tak pandai nak modify ke hapa, hhehe

DeLancrettLurpak said...

Zarin,

Syok nya korang, asal raya je makan satay eh? heaven nyeee!!!

DeLancrettLurpak said...

blu4sky,

I rasa kalau lawan pedang guna lidi satay dengan Hj Samuri, I boleh guarantee Haji Samuri kalah, harharhar...

DeLancrettLurpak said...

ANR,

kmk tok nang sukaaaaaa menar mee jawa, compared to mee kolok, nyumss!

DeLancrettLurpak said...

Liemaopurut,

Kena kenyit mata lebih sikit dengan cik abe, satu hari nanti dapatlah yg warna ijau ke merah ke hehehhe

DeLancrettLurpak said...

Fazira,

Thanks to the flash thingy, hehehe

DeLancrettLurpak said...

Linda,

Dah lama tu oiiii, aku beli lepas hand mixer aku yg berharga RM25 jahanam, hahahaha

Izuan Kunang-Kunang said...

Waaaaaaaaa satay!! Satay!!! Secucuk GBP1 kat satay house. Macam celaka! Sudeh, aku benci kau!!! Muahahaaha~

suhana azlin said...

woooo mantopp seh sate tuu...

kalau ada org host bbq time ni la paling best menyate kan? kalau buat sendirian kat rumah ni pakai oven x sedap sgt, nak bakar belakang rumah kang ada yg jiran tunpang sekaki lak, dah kata duduk flat hehe ;P

DeLancrettLurpak said...

Izuan,


Kalau ko scan perut aku ni, penuh dgn satay uols, wakakakaka! *gelak evil*

DeLancrettLurpak said...

Suhana,

Takpela nox, asalkan dpt makan pun kira ok, oven pun ovenlah..hehehe

Related Posts with Thumbnails