Tuesday, 1 May 2012

Kenapa Agaknya Orang Kita Jarang Bawak Bekal Ke Opis/Sekolah?

Saya rasa boleh hitung dgn jari tangan lah kot berapa kali saya bawak bekal pi sekolah and bila dah dewasa (bak kata mak Fazira) ni ke opis. Entahlah, kenapa ek, saya tak berapa nak gemor nak bawak bekal. Korang pulak mcmana? Tapi mmg perasan la org kita mmg tak berapa gemor nak bawak bekal especially orang lelaki.

Sepanjang saya berbosskan omputis, mamat tu tak pernah pulak declare nak pi lunch kat luar sesaja. Ada sekali jek la masa saya nak jumpa dia, dia kata "you have 15 minutes, I have a lunch meeting with an external examiner". Itu jek la pun and selalunya saya jumpa dia tgh nak lunch and tgh buat air kopi and bukak bekal sandwich dia tu dlm bilik dia yg hanya bersize 1/3 dari bilik opis saya yang lama dulu, ish ish ish. Bekal ke opis/sekolah maksudnya di sini adalah something yang home prepared. Bukan lah singgah di drive-thru sambil kata "dik, McChicken satu dengan chocolate sundae satu"

Adakah kita rasa

1) hassle gila nak bawak bekal? nak kena masak nasik and lauk bagai ye dak? Sebab semalam punya dinner tersedap la pulak, lalu habis dibelasah. Ye lah some of us masa lunch mesti makan makanan berat, baru puas hati. Actually kalau masa opis, rasanya tak sesuai kot makan makanan berat dgn kuantiti yg banyak, sebab lepas makan sure rasa ngantok tak buleh blah punya. Productivity akan terganggu, samalah kalau ber-facebook-ing and ber-tweet-ing semasa kerja, ehem.

2) Atau kita rasa, nak makan diopis tu yang hassle. Ye lah bawak nasi lauk kari kambing left-over dinner semalam (sedap tuuuu). Makan pulak di kawasan pantry di belakang a row of cubicles yg juga share satu ruang opis yg berair-con. Of course berbau uols! Takut orang lain yg tak selesa or sebenarnya takut rakan across the cubicle yg suka mengepau makanan kita mintak? Kehkehkeh.

3) Atau kita rasa sapa yg bawak bekal adalah seorang yg kedekut takpun mengalami masalah kewangan? Cisss! Tak baik judge orang tahu. Sebenarnya kalau makan kat opis lagi jimat masa. Tak payah join bersesak masuk ke dalam kedai makan dan yang paling penting, bau baju anda kekal nyaman. Cuba korang duduk satu lif dgn 3-4 orang yg baru lepas lunch di kedai yg tiada sistem pengudaraan dapur yg baik, confirm sesak napas wei.

4) Atau kita rasa kalau tak lunch dgn geng opis maka anda tidak cool? Honestly, saya suka lunch di kedai bersama-sama colleagues saya sebab saya boleh bertukar buah pikiran dan yg pentingya bertukar pandangan about the latest gossip, kahkahkah. Tapi kalau makan2 di pantry tingkat 1 beramai-ramai pun apa salahnya ye dak? Tak payah berpeluh ketiak nak ke Oten, kehkehkeh.



Apakah pandangan anda sekalian?
Kalau kita bawak bekal dari rumah, kita buleh shows off lunch box sapa yg paling cool, kahkahkah.
Tapi yg pentingnya isi lunch box sapa yg paling best, wakaka!
Kalau dpt lunch box yg mcm gini every day, mmg tak diet la weyyy.

Photobucket

18 comments:

Nashays said...

Nok, aku x reti bekal sandwich or nugget sesaje g opis..p opismate ku boleh aje kenyang isik perut die makan benda2 kering camtu..

Aku koman2 nak bekal kena nasik putih ngn sayur satu tapewe, gulai lemak satu tapewe..pastu bila masuk microwave satu opis leh bau...pastu mula laa masing2 sniff2 bau x sedap..keji tau

tapi ade sekali tu, kuah gulai lemak ikan tengiri ku jadik sos untuk makan ngn caesar salad...terharu..rasa macam makan epal cicah budu plak..

Fina said...

embak bekal ya nang bes, tp if ada colleagues yang kepochi..jadi x bes..cos rasa privacy akan terganggu.huhuhu..

tp if embak bekal jimat, x se pricey makan di oten..huhuh!

blu4sky said...

i dah kecik sampai la ni still bw bekal..so far thn ni cuma sekali je gi cafe office..i guess sbb dah biasa dr kecik kot dan makanan kat cafe dr awal thn sampai ke hjg thn sama je..bosan lerr pulok..the only time x bw bekal masa duduk boarding school..

Kazaztan Team said...

berbekal hanya kalu bgn kol 5.30 pagi masakkkan bekal utk hero pergi sekolah...

Makji Esah said...

Okay...saya mmg hari2 bawak bekal. Sebabnya, keadaan keroje saya yg tek menentu dan saya takde colleague yang boleh diajak lunch bersama. Kadang2 saya kena kerja luar..lagi lah tak sempatnya. So I buat sandwich saya sendiri.... Masa saya kat KL, saya cuba terapkan nilai membawak bekal berupa sandwich kepada hosmet saya. Gigih kami gi beli roti, cold cuts salad segala. Sehari dua dia suka...pastu dia kata, ehh...asyik makan sandwich aje, saya nak gi makan nasik pulak. Pastu org melesia suka menggelakkan saya memakan sandwich...katanya, eh..makan tu aje? Saya rasa pembawakan bekal adalah menyelamatkan saya dari menjadi mangsa sakit jiwa dan mata bila pergi kedai jual nasik dan lauk beraneka jenis. Semua lauk tu saya nak!

T said...

Zaman kanak-kanak dulu, bekal bawak, tapi kadang-kadang beli jajan jugak. Lepas tu dua-dua pun makan. Bila balik, makan tengah hari lagi.

Sekarang dah besar gabak, bekal still bawak hari hari. Tapi kadang-kadang pukul 11 dah habiskan bekal, so pukul 2 pergi cari lunch #2. Sangat la tak bags habit ni, but like they said "old habits die hard."

DeLancrettLurpak said...

Nashays,

bangga la kejap ek, dptkan kuah gulai kau berbakti kepada kawan seopis, hehehe

DeLancrettLurpak said...

Fina,

Apahal privacy terganggu, sidak mintak bekal ktkkah? hehehe..

menar aihh, makanan di oten nang over harganya, sikla nyaman gilak kohhh

DeLancrettLurpak said...

blu4sky,

bagus nya, jimat duit, jimat petrol and yg paling penting, kurang la mengular ke shopping mall, hehehe

DeLancrettLurpak said...

Kak Kazaztan,

Rajinnya akakkk! Sanggup bangun pagi buat bekal anak eh.. kalau saya, tak kuasa den do, tapi bagus la, terapkan nilai bekal2 ni, kang sampai tua depa biasa, kannn?

DeLancrettLurpak said...

Makji Esah,

Itu kira ok lagi tu Makji, kawan saya bawak bekal salad pi opis di Malaysia, kawan lain pakat usik je, hehehe...

dptkan ku bygkan dirimu membuat sandwich di pagi hari, ahakss.. daku suka pi beli and makan salad dari salad bar dkt school, nyumsss!

DeLancrettLurpak said...

T,

asalkan perut kenyang, hati senang, apa salahnya, ye dak? Eh, rajinnya kamu memasak di pagi hari setiap hari, huhhh...

T said...

mim,
Takdenya nak memasak pagi-pagi. Semua leftover. hehehehe. So sangat jarang la makan sandwich for lunch, except for lunch #2 ;-) I typically makan depan computer sambil buat kerja. Tau-tau day habis. Sebab I tak amik typical 1-hour lunch break, by pukul 5 dah ada kat rumah dah; bolehla masak beria-ria for dinner (and a nice lunch for next day).

Aslynda Jane said...

saya mengaku bawa bekal gi kerja wlupun bukan hari2.tp yg simple2 saja.kadang2 saja ada lauk ;D

animedi said...

Masa kt holland dulu, boleh pulak saya bawa bekal..sandwich, pasta, epal. Pastu makan jemaah kat pantry. Kenyang pun kenyang. Igt nak terap la nilai2 murni ni kt sini. Tp kat malaysia tak jalan la bawak sandwich bagai. Tak puas, tak kenyang.Sat ja nak mkn blk. Nak nasi gak. Pastu kalau nasi harus la hidangan lengkap gulai ayam ka, sambal belacan ka skali. Alasan lagi..hehehe, bekal nasi tu kena nak makan kena panas2. kat sini mana ada pantry lengkap mcm dapur rumah utk student. Student kan kelas bawahan. Jadinya, nak tak nak kena juga keluar lunch. Baru puas hati.

DeLancrettLurpak said...

T,

hehe, mana la tau kan.. sesetengah orang buat heavy breakfast utk family, then terus bekal apa yg dimasak

DeLancrettLurpak said...

Aslynda,

Mesti kamu ni jenis bangkit tdo awal kan? Akak mmg la pentido dik, susah beno nak bangkit pagi, hehe

DeLancrettLurpak said...

Animedi,

Kalau tak silap, dkt UNIMAS, student postgrad kami siap pakai pantry staf utk makan, sbb pantry kami siap ada microwave and mineral water.. we don't mind pun asalkan bersih.. kamu belajar kat mana?

Related Posts with Thumbnails