Thursday, 8 March 2012

Food Etiquette

Bila dah penat buat kerja dan mmg dah lama pun tak bukak FB, biasanya saya pegi blogwalking. Tapi bila semua blog pun tak update, saya baca la online article/news. Kalau dah baca habis highlight dkt two tabloids (Metrol and Daily Mail), saya akan buka CNN website. So, I  came across 15 international food etiquette article on CNN website, please read here

Interesting enough, saya baru tau yang we cannot use fork to, literally, push the food into the mouth in Thailand. Kalau kamu perasan la, omputihs mmg suka makan fork sebab tu depa tak hidang spoon, they just put fork and knife on the table, lain la kalau makan beradap, segala jenis cutleries dia bawak keluar, sampai sekarang saya tak ingat which fork for which course T____T. Yang saya tahu, start with the utensils on the outside and work your way inward with each subsequent course, gituuu. 

Susah je ek. Kalau makan makanan melayu, senang je, pinggan sebutir, cawan sebutir, settle.  Kalau style omputis ni, banyak lew nak cuci ni karang ni weyyy

Biasanya diorg makan nasik pun pakai fork. Saya pun dah terikut2 dah tang pakai fork tu, tapi saya masih lagi bermata hitam dan kulit yang tanned, kehkehkeh.

They also said dkt Middle East, India and parts of Africa, don't eat with your left hand. Ni biasa la kot bagi kita kan, sebab left hand selalu associated with dirty things. And agak kurang asam juge kalau nak bagi something guna tangan kiri kann? Mesti nak cakap "sorry, saya guna tangan kiri". Cuba hang ckp dgn omputis "Sorry, I used my left hand", confirm di balas " So?". Kehkehkeh.

Don't flip your fish in China. Bad luck katanya. Maknanya kalau sebelah ikan siakap masak tiga rasa *drooling* dah licin kau kerjakan, ko kena take out the bone to get to the bottom. Kalau you flip the fish, not good, not good.

Never turn down vodka in Russia, it's a sign of trust and friendship. Ok Darl, tak leh melawat Russia. Nanti orang offer vodka, I taktau nak tolak mcmana, nanti tetiba I jerit "yum sengggg!" *sile lempang imaginasi saya*

Never eat tacos with fork and knife. Kannn? Sama mcm burger la, kau kenapa? Makan burger pakai fork and knife haaa? Lady like abis laaa? Cheh, buang masa!

In Italy pulak, only drink cappucino before noon. After noon, ko order espresso je la. Kalau ko order cappucino, nampak sangat la kau tu pelancong. Saya taktau la korang, tapi saya kalau pi melancong, seboleh-bolehnya nak nampak mcm org tempatan, eat their food, less cam whoring. Tapi disebabkan facial features saya yg sangat Asian, saya jarang dapat menyamar menjadi orang tempatan T___T. Tapi kalau saya pegi Mexico, confirm orang kata saya penduduk tempatan, *perasan menjadi Salma Hayek bersize 12-14 dan berperut doughnut with jam*

Tapi banyak-banyak food etiquette ni, yang paling tak buleh blah and really turn my appetite off is the sound of people chomping their food. Tak buleh ke makan tu tutup mulut, noise pollution di meja makan, ergh!

Kalau makan style Malaysian, yakni makan berhidang, sudu lauk tu pegang le pakai tangan kiri kan? Tak jadik nak tambah lauk bila tgk sudu telah tercemar.  

And satu lagi anak kecik yg taktau dok diam, contohnya mcm Yaya. Maafkan la daku Makji Esah, anakku mmg gitu kalau dia rasa sangat selesa di rumah orang. Cer kalau dengan orang yg dia tak berapa selesa, dok kemain tertib. Eh, korang ada petua mcmana nak ajar ugut budak kecik suruh dia behave di kedai makan? Share la wey. Saya selalu tgk anak Malaysian buat kedai makan mcm parents dia punya. Berapa kali dah saya termalu kerana anak orang meja sebelah (meja omputis) elok ja dok makan, anak saya dah mcm cacing kepanasan. Kalau sogok dgn handheld games, sangat tidak elok rupanya. Table manners mmg penting, kena didik secepat mungkin. Any ideas?


Meh la juga share food etiquette or even table manners yg korang rasa ramai dah lupa.


Photobucket

22 comments:

C-I-K-I-N-T-O said...

menarik...iols xde apa nak kongsi sbb orang tempatan sini, pinggan sebijik, cawan sebijik, basuh tangan, baca doa then ngap..hahahahah

kucingorengemok said...

kat sini ada lagi saki-baki orang makan ayam kfc pakai pisau & garpu... macam nak tolong siat & suapkan je, hehe

ANR said...

haah, table manners is important. mujur mase ddk hostel mmg dah di ajar table manners oleh warden. makan pakai fork and spoon you.

klau dah besar nk train mmg susah kan???

- GC - said...

makan dengan tgn lagi senang, cepat dan pantas. sedaq2 perut dah berlipat2.

lemongrass said...

Kat rumah I pulak, kalau makan nasi, hubby I pakai fork, anak2 I pakai sudu and then separuh jalan pakai jari kdg2 and I pakai jari.
Tapi bila makan nasi goreng, I kena pakai fork n spoon, tak boleh pakai tangan, hahahaha.
I rasa bersyukur sgt2 yg anak2 I reti duduk diam kat restoran. But maybe sbb we all jaaaaraaaaang sgt pergi restoran kot so diaorang kaku gitu, hahahaha ;-).
I pun mcm you, tak boleh tengok orang makan mulut tak tutup, rasa nak tutup2 kan aje mulut tu!

Nashays said...

Nox, aku pon penah bg something kat minah salleh dan mulutku automatically kata sorry my left.pastu die buat muka pelik..mmg muka so? lah...

Lagi satu, kalau makanan jauh dr kite, orang akan angkat pinggan tu bagi kat kite kan which klu dgn mat saleh diorang akan amikkan utk kite..

Malu tau bila ingat balik aku hulur pinggan kat mat saleh..sengal....

Makji Esah said...

haha..part paling best, anak mu menarik muka bila kau ajak balik..sampai ke kereta dia menjeling. But MB1 kata anak mu comel sebab ikot muka mak nya..sib bait sik ngikut rupa org Kapit..(owh..sure kena tibai dgn T-Bag)

DeLancrettLurpak said...

CikInto,

Kann? Senang gitu

Tapi tu lah,ramai yg mcm tak ikut dah adab mcm ambik lauk yg dekat dulu, baru amik yg jauh, ramai yg dah lupa

DeLancrettLurpak said...

KOG,

Ishh, ape ke heynye, org dah masuk ayam ke -2, pakai sudu garpu satu pun tak abis lagi.. kecuali mmg terer gila laa kan

DeLancrettLurpak said...

Anggerik,

Bila dah besor, jadik habit la pulak, mmg susah gila la nak betolkan, sebab dia rasa dia yg betol, hishh

DeLancrettLurpak said...

GC,

kahkahkah! perut berlipat2 tu yg taktahan, dasar mentekedarah! hahahha

DeLancrettLurpak said...

Kak LG,

Yupp, kalau makan crisp, maybe OK la kot berbunyi sikit2.. tapi kalau makan nasik, annoying sungguh laaa

DeLancrettLurpak said...

Nashays,

Tu pasal aku selalu takut2 kalu nak ajak jiran sebelah makan2, kang tersilap kang, terus dicop rude ke hapa, naya je

DeLancrettLurpak said...

Makji Esah,

I take it as a compliment, thanks Makji.. anak nya cute, maknye CONFIRM cantekkk gilaa, kahkahkahhhh!!

makcikkantin said...

Kihkihkih, tergelak makcik bayang DLL kata yammmm sengggg.
Alhamdulillah, anak makcik yg dua org tu( ih fah besar panjang you) dulu2 tak ada masalah

Mamma Olyn ♥ said...

hehe..i pon sma, tebal muka pastu wat xtau je ada org sekeliling, sbb da xtau nak wat lagu mna gan bdk 2 org ni bla dok dlm restorn, duduk xsenyap, gelisah, nak diri, nak lari, nak terjun...huwaaaaaaa. slalu i bw spare mainan fav dorg & bw buku/kaler, klu kat nandos snang la sbb da ada buku/kaler. behave la juga bla ada menda2 tu,hmm tp xle lama,dorg stat gado lak. klu da mknan sampe ha, br dorg senyap, huh.

DeLancrettLurpak said...

MakcikKantin,

Hehehe, saya pun rasa masa saya kecik saya sgt behave di kedai makan. Itu rasa sayalah, entah2 saya pun sama mcm anak saya la ni, kehkehkeh

DeLancrettLurpak said...

MammaOlyn,

Tu lah, I selalu jegil2 mata. Tapi kalau nakal sgt, laju je tangan I cubit, kehkehkeh

aliaaroslan said...

maknanya makan style melayu paling jimat. jimat perkakas dan sabun basuh. hehe

captainlukman said...

saya kalau pakai fork n spoon mmg sopan tertib habis, mkn pun unyah selow je confirm menang LElaki lindungan Ka'abah 7tahun berturut2. Tapi kalau balik rumah mak? Yahampooooonnnnnnnn organiser tarik balik award haha

DeLancrettLurpak said...

Aliaa,

Style melayu mmg jimat tapi kalau pikir balik, banyak pakai pinggan mangkuk, kalau satu hidangan dibuat utk 4 orang je. Kalau sekali duduk, satu family ada 10 orang, banyak tuu mangkuk lauk nak pakai, heheh

DeLancrettLurpak said...

CaptainLukman

Kahkahkah! Tu namanya menjiwai watak seorang melayu, makan dgn penuh perasaan, hahaha

Related Posts with Thumbnails