Saturday, 4 February 2012

Tempra ke Temper Sebenonye?

Masa mula-mula saya datang UK, saya dah siap dgn mental bahawasanya saya kena masak everyday. Memandangkan skill memasak tu ala-ala tahap Ela dan Eli dalam rancangan A.L.O.N.G tu, terpaksa la saya beli buku resipi. Tak terpikir langsung nak carik online, padahal siang malam pagi petang mengadap internet. 

Balik-balik ayam masak kari, ayam masak merah, ayam korma, sup ayam, ayam goreng, ayam masak kicap, bosan ok! So, hari ni dah tiba masanya kena telek buku.

So, pilihan hari ni adalah Ayam Tempra, sesuai gila la dgn tahap temper aku menengok data muka orang ni. Ada extra 168 muka lagi nak diprocess, rasa juling aku tgk muka-muka orang, erghh!

AYAM TEMPRA (source: Betty Saw Rasa Malaysia)
Ingredients:
Ayam (1kg dipotong kecil)
Garam
Minyak masak
15 ulas bawang merah - dihiris
3 biji Bawang besar  - dihiris
4 tangkai cili merah - dihiris

Sos
250ml air
2 sudu besar kicap pekat
Gula (saya tak letak pun)
Garam (saya tak letak pun)
Serbuk perasa (saya tak letak pun)

Method:
1. Perasakan ayam dengan garam dan perapkan.
2. Panaskan minyak masak didalam kuali dan goreng bahan hiris sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan goreng di atas api besar selama 5-7 minit sehingga ayam keperang-perangan.
4. Campurkan sos dan didihkan, tutup kuali dan renihkan selama 15-20minit sehingga ayam empuk dan kuah pekat.

Senang gila resipi ni. Adik-adik yg baru nak berjinak dalam alam masterchef ni boleh la try recipe ni. Menurut Betty Saw, Ayam Tempra ni asal nye dari Melaka, seriously aku baru tau. 


Chehhhh, sekali rasa tak lari macam ayam masak kicap daaaaa. Tak ke naik temper lepas ko makan?! Ye la, nama bukan main lagi gah, lidahku mengharapkan something yg wowww. But, not bad gak la rasanya, buleh masak lagi lain kali sebab ada rasa pedas-pedas sikit. Yaya tak tahan, dasar lidah tak international, chehhh!


Cara masak mcm ni mmg senang la, bagus utk mereka-mereka yg busy tapi tetap nak masak. Elehhh, kalau dah dkt Malaysia, mmg tak masak la kalau takat makan bertiga kannn? Hehehe. 
Photobucket

7 comments:

liemaopurut a.k.a ana said...

wahahahha sakit perut duk baca...nama bukan maen gah kan..sekali rasa cam ayam masak kicap....adehhh!!

tapi kan....nampak menyelerakan tau ayam tu hehehehhe...

JieJ said...

baru nak cakap macam ayam masak kicap..hehheh..

fika79 said...

Hahaha..aku dulu buku masak lg tebal..tp bila cuba2, kdg2 rasa sama jer memasing..nama jer gah

DeLancrettLurpak said...

limaopurut,

sedap aje sebenonye, tapi ada hint of ayam masak kicap, hehe..

cer try buat, senang gilaaa...

DeLancrettLurpak said...

Jiej,

Aku dah 2-3 resipi ayam masak kicap termasuk yg ni, kalau lidah tak terer, confirm akan rasa sama je semua resipi tu, hahaha

DeLancrettLurpak said...

Fika,


Kannn? Buek ponek yo tulis buku, isi nya tah hapa hapa

Kazaztan Team said...

ehehehehhe..tempra sgt la kan...

Related Posts with Thumbnails