Saturday, 18 February 2012

My Thursday

Kekonon busy lah sangat kann? Sebab dah nak masuk Sabtu, baru lew nak cerita hal Khamis. Huuiii, bikmama dah dapat PhD, I kena busy uols, nak kena meeting dgn kawan2, ye leww nak la tahu mcmana bikmama buat experiment guane, validation guane, mana tau kawan2 ada yg tau, kehkehkeh.

Actually, I had a lunch date with my fellow Bristolians students sempena celebrate kawan-kawan kami yg dah viva dan ada juga yg dah convo. So, lunch adalah di Zaza Bazaar, @Bristol.

Sampainya di sana, kawan-kawan dah start membelasah makanan dan ini yg sambut saya, saya ni pantang diajak :P

Restaurant ni dia buat style stall la. Dia pecahkan kepada berberapa jenis food, ada italian, chinese, indian, japanese and etc.First thing yg di ambil tentulah beberapa sushi dan salad. Tapi sushi kat sini takda meat, semuanya veggie sahaja, belasah la labu. Lepas tu, saya serang pasta stall, ambik chicken meat and mushroom then hulur dkt cook. Pastu cakap nak pasta jenis apa and what sauce yg dimahu. Saya pilih white sauce aje.

Ni la rupa orang tamak ambik pasta.
Sangatlah sedappppp!

Lepas tu, saya terus makan dessert, apakahh?

Vanilla cupcake and vanilla ice-cream. Cupcake tu manis tahap bahaya tahuuu, so saya hanya makan suku jeww.

Jangan tertipu. Perut saya mmg jenis marble, boleh sulam-sulam, hehe. So lepas dessert, ambik sup broccoli, hahaha. Tapi supnya tak berapa sedap sangat, sedap lagi sup broccoli yg jiran-terhampir saya buat. Sebagai penutup, saya ambik nachos, kehkehkeh.

Cheese dia adalah failllll!

Itu jek la saya makan. Banyak benda yg saya malas nak amik, mcm vietnamese noodle, indian food, burger and etc, sebabnya perut dah penuh. Perut saya yg serupa doughtnut with jam ni sekarang cepat sangat penuh kalau makan. Saya tidaklah makan serupa raksasa gorgon, tapi badan tetap taknak kurus, so saya suspect implant yg kedua ni carik pasal dengan saya lahhh atau metabolisme saya dah makin rendah. Malas nak diet sebab tak lama lagi saya pun nak join gak projek Dasar Kependudukan Malaysia, Ke arah 70 Juta Penduduk, kehkeh. Kalau dah diet, berat turun banyak (kalaula kannn), sekali pregnant, pastu ballooning lagi, pastu saya pun depress, baik lah tak payah, kehkekeh. Dalam otak saya yg kerdil ni, saya malas nak pikir banyak2.

Next time saya pasti datang lagi kedai ni sebab nak cuba food lain, kehkeh.


Malam tu pulak ada jemputan dinner di rumah jiran-terhampir sebab meraikan family kawan kami yg datang. Jiran masak ayam bakar deliciousness dan sup mutton yummy. Saya pulak bawak sambal tempe+ikan bilis dan sebiji-kek-belasah-ajela. Pada asalnya nak buat Chocolate Cheese Brownies. Sekali plain flour and cocoa powder dah abis. Saya realized dua benda ni abis masa saya dah siap pukul 250g butter and secawan gula, bijak sangat. 

Pastu saya belasah aje la. Masukkan 5 biji telur, one at the time. Pastu saya masukkan secawan setengah self-raising flour with sesudu baking powder, putar sampai sebati. Then, ketepikan. Dalam bekas lain, saya pukul 250g cream cheese, essence vanilla, sebiji telur and 2 sudu gula sampai sebati. Masukkan 80gm chocolate yg dimeltkan dalam microwave+sesudu kecik chocolate emulco dalam adunan yg ada tepung tu. Kacau sebati. Then tuang dalam cake pan diselangseli dengan cheese batter tu. Masuk dalam oven 175degree selama 50minit.

Hasilnya saya dapat yang ini.

Dah potong, baru teringat nak ambik gambo. Sofea anak jiran terhampir named the cake as Heavenly Tasting Cake, hahah, thanks Sofea, I'm so touched. I tell you this cake mmg lembut gilaaa. Next time buleh buat lagi uols! Tapi saya sebenarnya amat berterima kasih kepada T-Bag sebab hadiahkan gadget hijau ku itu, dia mmg memudahkan kerja-kerja pembuatan kek, kehkeh.


Syndrome membaking datang semula sebenornye tapi saya takde selera nak makan cake sangat, apakahhhh?
Photobucket

3 comments:

cahya indah said...

senang je kak Mim, kalau nak baking cake tapi tak nak makan..pos kat sini. hehe

DeLancrettLurpak said...

Cahya Indah,

Kalaulah courier company ada offer food delivery kannn? heheh

JieJ said...

sedapnya kek....kirim msia sikit..hihihi

Related Posts with Thumbnails