Thursday, 23 February 2012

Misteri Laaah Sangat : Pocong

Hakimi (ehem ehem, budak KK diam-diam!) melihat jam di tangan. Baru pukul 7petang tapi serasa macam dah pukul 9pm. Malam makin pekat. Makin dingin. Suhu mencecah -2. Angin bertiup sepoi-sepoi tapi kedinginannya terasa hingga ke tulang. Tapi demi kerana ayam goreng Big John's yg sedap itu dan dia pun dah kalah main osom dgn housematenya (sapa kalah pegi beli ayam), dia gagahkan juga pergi kedai ayam goreng itu untuk menapau untuk housematesnya yg buruk lantak. 

Salji sudah lama berhenti. Jalan-jalan penuh dengan salji yang putih bertukar kehitaman. Hakimi tinggal di kawasan yg agak jauh dari jalan besar, oleh itu garam tidak ditabur di sepanjang jalan ke rumahnya. Dia berjalan penuh berhati-hati, bimbang terjatuh lalu terpelecok, hilang machonya. Selepas beberapa minit berjalan, dia sampai ke jalan besar. Dia percepatkan langkahnya. Perut dia yg six pack sudah mula lapar(dia budget dia Aren Ajis, tu pasal kena jaga body, balik Malaysia boleh berlakon cerita Ombak Sendu).

Sesampai di Big John's, mamat di kaunter yang persis SRK mengambil order Hakimi. 7 minit kemudian semua order siap tersedia, ye service Big John's mmg laju compared to Mekdi depan Jaya Jusco Ayer Keroh. Ayam 15 ketol dan satu pizza 20 inches untuk 3 budak lelaki adalah normal. 

Bau ayam menusuk hidung. "Laparnya", bisik Hakimi kepada dirinya. Ikut rasa hati, ingin Hakimi berlari pulang ke rumah, tak sabar rasanya dia hendak makan ayam goreng kegemarannya sambil menonton My Big Fat Gypsy Wedding (Hakimi ni mmg takde khelas kalau pilih cerita tv, hish!). Tetapi keadaan jalan yang licin membuatkan dia terpaksa berjalan dengan berhati-hati. Dia sudah pun membelok ke jalan kecil, 5 minit lagi perjalanan, sampailah dia ke rumah sewanya.

Dari jauh dia nampak sesuatu sedang melompat-lompat. Hendak digosok mata tapi tangan penuh dengan makanan, tangan kanan memegang sekotak ayam dan tangan kiri memegang sekotak pizza. Hakimi kelip-kelipkan matanya. Makin lama makin dekat. Tetiba kedebukkkkk, benda yg melompat itu terjatuh 10meter dari tempat dia berdiri. 
"Cilaka punya ais, rosak plan akuuu". 
Rupanya itu adalah pocong. Pocong itu bergulingan hingga ke kaki Hakimi. 
"Tolong aku bro, sejok dowhhh ais ni, aku tak leh bangun dowh".
(Tangan Pocong kan kat dalam kain apan tu kannn)
Hakimi tak mampu menahan lagi. Dia bukan takut, dia terasa lucu. 
Dengan penuh rasa kelucuan, dia gelak bersungguh-sungguh sampai terkeluar air mata jantannya, sampai terlepas kotak ayam goreng dan kotak pizza. 

Pocong dah kemaluan, ia hilang lesap begitu sahaja.


********************
Tu pasal pocong takda kat negara empat musim.
Susah nak maintain style of living katanya.
Abaikan cerita hantu mcm gini, kalau dah tau hantu leh lesap mcm gitu, cer la tetiba muncul, nak jugak kau lompat dari jauh kannn? Padan la muka jatuh kedebuk, hish!

Photobucket

6 comments:

suhana azlin said...

muahaha...terhibur aku baca citer pocong ko babe ;)

Tijah said...

kahkahkahh. dah la sejuk kan? nak rembat jeket sapa2 tangan kat dlm plaks. nak ngadu kat penanggal, dia dah kena tiup angin.

- GC - said...

keh3x. yang takut sgt dengan hantu, kena pindah dok negara 4 musim.

DeLancrettLurpak said...

Suhana,

Thanks babe

DeLancrettLurpak said...

Kak Tijah,

Kesian kannn? Hilang macho, lompat-lompat tiba2 tersembam, hehe

DeLancrettLurpak said...

-GC-
Tapi kat sini ada hantu lain pulak, jeng jeng jeng

Related Posts with Thumbnails