Tuesday, 21 February 2012

Melantak di Hujung Minggu

Hari sabtu lepas Ayu+Ali=Zikri dan Fazira datang rumah kami. Memula ingat depa sampai sebelum maghrib gitu (maghrib 5.30pm), sekali dah nak masuk Isya' baru lew sampaiiiii. Saya dah budget nak minum petang dengan diorang. So saya bikin pulut kuning, rendang daging Adami and kuih bakar.

Kelas jahhh minum petang kami, pulut kuning tuuuu, tapi takde la paku segala, bukan nak amik  nombor pun, kehkehkeh.

Ok, sesapa yg raya ni mak mertua dah beri tugasan masak rendang (memang event planner la mak mertua korang, lama lagi nak raya kottt), korang pakai aje le brand Adami ni. Sedap! Tak yah pakai pak Brahim (mati lew kena saman dengan pak Brahim, kehkehkeh).

Kuih bakar sebagai pemanis mulut yg makin hari makin berjinak-jinak ke arah laserjet 2.0, hehe.

Dah kenyang-kenyang, kami pun lepak didepan tv, sambil ayam panggang sedang  bergolekkan didalam oven. Kami pasang cerita Hantu Kum Kum. Asal berkumpul dengan diorg ni, mesti la saya dengan T-Bag nak ajak tengok cerita hantu. Okla cerita dia, ada plot (wah, mcm kan kau penerbit filem kannn?) tapi tu lah dia, agak malas sikit la sapa yg buat cerita ni. Yang part mula2 adik dia kena bunuh tu mcm tak logic, minah Mila tu belum jadik hantu lagi, apasal lak kena bagi salam Assalamulaikum kum kum, confuse patik. Pastu camana dia tahu budak pompuan tu nak berhenti buang air kecik?

Sambil nak layan hujung-hujung movie, ayam golek pun siap. Ni namanya ayam panggang terkangkang kiap, hish, tak senonoh!
Roast chicken served with roast sweet potatoes, chips, salad and creamy black pepper gravy.

Tapi creamy black pepper saya rasa mcm pelik sikit, sebab saya takut2 nengok Hantu Kum Kum masa masak tu tercampak pulak sesudu besor black pepper dlm gravy tu, hehehe.

Esoknya, bangun je tdo saya terus whipped up kuah soto. Mintak tlg Fazira koyak2kan leftover ayam panggang semalam. Pastu saya gorengkan kacang and su-un then buat kuah kicap, pastu jadikla mee huun soto, hehe. Tapi begedil takdak la.

Lepas breakfast, kami layan hasil obsession saya terhadap baking, iaitu new york cheesecake, hehe. Mestila saya buat bila ada orang nak makan, kalau setakat nak makan sorang, tak kuaso den do.


Saya buat half kilo kek je, kang takde sapa nak perabih. Ini pun takde topping sebab lupa nak beli sour cream. Pastu kami jalan-jalan dekat kedai favourite saya dan T-Bag, HomeSense, hehe. Dah puas mengabihkan duit, kami pi Zaza Bazaar.

Perhhh, mmg sendat la perut ok! Kali ni saya dapat makan burger (sedapppp gilaaa), vietnamese noodle and chinese food. Mmg berbaloi la. For lunch during weekends, depa charge 12.99 per head, which is OK la dengan pilihan makanan yg over the top itu. Balik rumah tu mmg semua orang kesendatan dan puas hati, tapi tak leh bikin la mcm ni every weekends, ada yg mencapai morbid obesity ni karanggg!
Photobucket

6 comments:

kucingorengemok said...

musim cerita hantu dah berlalu, tukang buat filem malaysia je tak perasan² lagi...

tengok cerita hantu "bachoookkk" lagi best kot, wak! hehe

aliaaroslan said...

saya obsession membeli dessert aje kerjenye. buat tak reti jugak. berzaman berazam nak try RV, tapi tak buat2 gak. dasar pemalas kan.

DeLancrettLurpak said...

KOG,

Eeee, seriau ok dengo dia sebut "bachoookkkkkk".

DeLancrettLurpak said...

Aliaa,

Akak ni rajin nak buat Aliaa, tapi akak malas nak makan cake, dah jemu gamaknye.. heheh

suhana azlin said...

bahagianya hidup hang, jeles okeh.

aku baru memulakan aktiviti jogging ari nih, keinsafan semakin menebal, setebal poket kanggaroo ku jua.

tsk.tsk. dlm hati berperang okeh nak baking brownies, ketagih gile nak membaking2 ni.

DeLancrettLurpak said...

Suhana,

Hehe, aku pun ketagih baking wey, ni tadi baru beli cream cheese, hajat dihati nak buat RV, hehe

Related Posts with Thumbnails