Saturday, 3 March 2012

Marilah-Mari Kita Menderma

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT
Scroll Down for Latest Entry, 
sebelum tu baca leww dulu pesanan khidmat masyarakat ini.


Hidup ni umpama roda moto Honda Boon Siew . Fine, korang nak roda beskal Hybrid sukati korang la, aku tak kesah. Bila dkt atas, kena la ingat orang yg kena lenyek dkt bawah (mmg kasar bunyinya, tapi itu lah hakikat hidup ini).

Oleh itu saya dengan ini mengajak anda semua, tak kira la korang pegang matawang Ringgit ke, Yen ke, US dollar ke, Riyal ke, Euro ke marilah-mari kita menderma. 

Kepada sapa nak derma? Oh memang banyak tempat, dkt masjid buleh, dkt rumah anak-anak yatim buleh, pusat rawatan cancer pun buleh. Tapi entry ni adalah untuk mengajak anda menderma kepada sebuah rumah yang akan dibina di Malaysia, eh ni bukan calang-calang rumah. Rumah ini adalah khas untuk mereka-mereka yg dibawah ini. 


Aku rasa 3 kumpulan dah banyak kot badan kebajikan (maafkan daku sekiranya salah) tapi my concern adalah salah satu kumpulan iaitu kumpulan mental health. Yang kita risaukan bukanlah stok jalan-jalan pakai 1 piece or 2-piece pergi market, yg kita risaukan adalah penyakit mental tersembunyi, yg nampak diluar mcm ok je, tapi sapa lah tahu apa yg dipikir oleh orang depress ye tak? Tapi tu lah kan, asal jumpa psychiatrist je confirm kena label gila, persepsi ni kena ubah la kot kan?

Anyway, target kutipan derma ini adalah RM35,000 dan ia akan digunakan untuk merawat 5 pesakit dan hanya 6 bulan rawatan yg diperlukan oleh pesakit-pesakit ini. Di Help and Hope Community Centre ini, bukan sahaja lawatan doktor dan ubat akan diperuntukkan, permerhatian teliti kepada pesakit, kaunseling, program khas serta lain-lain akan diberi. Sekiranya duit dermaan adalah melebihi target maka ramailah pesakit dapat dibantu.


Khidmat ini adalah usaha sama pakar-pakar dari UK bersama Persatuan Pembangunan Fitrah Insan Malaysia (FITRAH). Masih ragu-ragu? Sila ke website Help and Hope Community Care untuk penjelasan lanjut. 


Bagaimana  nak menderma uols? Ala, aku tau korang malas nak baca, korang nak derma terus kannnn?
Bagus, semangat Rakan Muda macam tu la yg kita mahu.


Ok. Sila ke sini dan click button Go tu.
Kamu akan terus dihantar ke PayPal website.
Apa?! Kamu takda PayPal account?
Ish ish ish.
Jangan risau, bukan masalah besar, 
debit and credit card pun buleh digunakan.
Kat bawah sebelah kanan tu kan ada tulis Don't have a Paypal account?.
Click aje leww dkt situ.
Easy peasy lemon squeezy. 


Selamat Menderma uols.
Photobucket

8 comments:

Mak Piah said...

semoga kitak diberik keberkatan. :-)

Kazaztan Team said...

baiklah

DeLancrettLurpak said...

MP,

Thanks MP. Nulong org promo ajak :)

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan,

Silakan menderma ye kak, hehe

Zaina said...

Yang,

Nape lama KZ tak nampak on FB?

DeLancrettLurpak said...

KZ,

hidup yg sgt tak menyempat sekarang ni and I think after my viva I'll definitely activate my FB back. But bila viva? I pun taktau sebab menulis thesis pun belum start, hahahah.

blogresipi.com said...

Hopefully akan mencapai targetnye nanti :)

DeLancrettLurpak said...

Ijan,

Kann? Mudahan ramai manusia yg pemurah di luar sana

Related Posts with Thumbnails