Wednesday, 1 February 2012

KLIA yang Standard lah Sangattttt! #TDDMKA


Masa sampai di Malaysia hari tu, saya terus gegas-gegas carik public phone, sebab adik T-Bag yg amik kami di KLIA, so kena bagi tau kami ada kat tempat sekian-sekian. Masa tu KLIA mmg ramai sangat orang, rasanya ada flash mob dance, semak ok, memekak aje! Nampak la makcik-makcik berjoget kat tepi2 ikut flash mob tu, horror ok! So, keluar dari arrival hall mmg nampak la public phone. Berderet-deret ok public phone.


 Sekali kau, ni yg dapat.


Kau pegi la semua level, sama aje wey.

Yang buleh guna, hanyalah yang ni. 
RM5 minimum per call, tak kira la local call ke, international call ke.


Aku agak company yg offer webphone ni yg pegi jahanamkan semua public phone dkt semua level. 


Dan yang paling best, ulat jual sim card pun berlambak ok! Targetnya adalah tourist dan manusia yg tidak menetap di Malaysia. Semua tahu yg kalau nak beli sim card dkt malaysia, kena guna IC or passport. Tapi kalau kome beli dkt ulat di KLIA, takyah susah2 bawak keluar IC segala, sbb yg tu janji dia. Ntah IC sapa la yg diorg guna. 

And yg paling best, saya kena tipu. Saya beli simcard dkt Digi betol2 tepi sebelah kiri arrival hall tu. Bagi RM30 utk satu simcard and of course la dengan credit RM30 kan. Tidak ok! Masa memula check balance, ada RM13 je. Saya pegi balik counter Digi tu and tanya kenapa ada RM13 je. Dia jawab "Nanti you restart your BB, we refund the balance". Saya dengan keadaan yg kelam kabut sebab nak pegi Hospital Melaka, mmg tak sempat la nak argue, so saya anggukkan saja. Penyudahnya, wa kena kencing! Sampai ke sudah takde pun dia pulangkan bakinya, mmg sengal. Jangan taktau, diorg jual simcard tu dgn harga mahal. Mmg insafla tourist nak dtg Malaysia, ulat -ulat simcard mmg tunggu depan arrival hall tu, kesian kan, depan pintu je dah kena kencing.


Seboring-boring airport Abu Dhabi, takde pulak public phone yg berderet-deret rosak. KLIA mmg khelessss!
Photobucket

6 comments:

Fazira said...

Entry nie kena post ke KLIA punya management.. hehehe.. baru kaw-kaw dorang kena :D

JieJ said...

Macam mana lah m'sia mau maju kan..BTW, ya saya keja kat putrajaya..hihi..salam perkenalan mim

Kazaztan Team said...

ooooo malaysia ku...saya malu...

DeLancrettLurpak said...

Fazira,

as if they care,kalau ada menteri mengamuk or masuk tv, baru la diorg ambik port

DeLancrettLurpak said...

Jiej,

Dari segi infrastruktur, maju dah rasanya Malaysia, tapi dari segi otak, kerasionalan masyarakat, mmg takde laa..

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan:

Kan? apa nak buat, negara sendiri maaaa

Related Posts with Thumbnails