Wednesday, 8 February 2012

Birmingham yg Sedap, sukaaa!

Semalam saya ke Birmingham, mengadap boss serta pegi kutip CAS form utk visa renewal. Kami bertolak dari Bristol sebelum subuh habis (kau mampu?!). Perasan hebat la kan, biasanya subuh dah nak abis baru kau terkedek-kedek ke bilik air. Anyway, sampai Univ, saya terus ke Aston Webb building, amik form tu then terus ke school. T-Bag and Yaya pulak ke Bull Ring, shopping uols! Diorg bukan buleh keluar berdua, mesti ada rembatan, ciss!

Sampai school, saya terus sambung troubleshoot code saya, bila nak jumpa boss, masa tu la ada bugs, kannn? Then, saya and BFF wajib la pegi mengeteh, eh tipu, pegi lunch. Disebabkan kerja banyak (kau kan final year student, panggg!), kami lunch di Staff House je.

Cauliflower pasta bake with garlic bread and salad.

Sedap gilaaaa!!! First time saya rasa pasta bake dia cun aje rasanya, tak bland. Oh, that's how I like my salad, ada lettuce, 3-4 helai tomato pasta, sweet corn, beans, coleslaw and thousand island dressing. Sampai tahun 2020 pun kau tak kurus kalau kau belasah salad mcm gini, hahaha. 

At 2pm, ada meeting. First time ok, boss keluar bilik dia and cari saya. Tepat pukul 2pm, saya keluar dari lab saya, and nampak dia dah nak ke lab saya, hehe, itulah penangannya tidak bertemu face-to-face selama 2 bulan.  Last year masa winter pun cenggini gak, boss kata takyah susah-susah nak ke Birmingham, we discuss thru email aje. The meeting went well , Alhamdulillah. Kena work hard banyak la kan, kalau nak abiskan benda ni. Arnab ke kura-kura ke, yg penting mesti sampai ke garisan penamat, mesti!

Balik lab, saya terus continue buat kerja. Kan aku dah kata, lepas jumpa boss, mesti dpt catch the bugs dalam code itu, erghh! Nampaknya kalau jumpa selalu mesti kerja aku siapkan? Kul 4pm, terus balik ke rumah Ayu. Sekali Ayu and sous chef, Fazira plan buat nasi lemak. Yang bestnya nasi lemak daun pisang, mmg mantapppp!


Bukan tu aje, ada ketam bercili uols!

Then ada sambal sotong, sukaaaa!

Nasi lemak with its condiments, ada ikan bilis, timun, telur goreng and ayam goreng.

Dan inilah pinggan Fazira, hehe.

Segan saya nak tunjuk pinggan saya, kehkehkeh.
Amacam, kheles tak santapan saya di Birmingham?
Ni kalau ada siakap tiga rasa and sotong celup tepung ni mmg lengkap la Umbai package, hehe.
Terima kasih Ayu and Fazira, next is satay, wakakaka!

Berita mantap yg diterima, Tinseltown nak bukak dkt Star City Birmingham, woot woot!!!
Peanut butter milkshake, i miss youuuuu!

Photobucket

11 comments:

JieJ said...

memang kheles santapan mim kat Birmingham tu..heheh..lepas rindu ya mim??

ZuNas77 said...

Omg.....peanut butter milkshake??? Mesti sedap mennggila nih

DeLancrettLurpak said...

Jiej,

A'ah, lama dah tak ke sana, hehehe

DeLancrettLurpak said...

Zunas77,

Mmg sedap gilaaaa!! Terhebat lah! hehehe

somuffins said...

DLL
Agaknya my newly acquired majalah masak boleh tanding makanan kat Birm tak? Harus boleh kan?

Tapi yg tak berapa boleh, you taulah siapa. Beli majalah masak hanya untuk tatapan rohani aje, hehe..

Kazaztan Team said...

duduk mane nie...m'sia ke omputih land...melampau tauuu

Fazira said...

eeeeeeeeeeeeee....
pinggan fazira penuh!...
hahahah... makan banyak

DeLancrettLurpak said...

CikSom,

Takpe CikSom, walaupun you beli utk tatapan rohani, kalau you nak makan, you buleh je pi kedai, i ni?? kena la masak sendiri or someone yg baik hati tlg masakkan utk I, hehehe

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan,

Tu namanya tak hilang melayu di dunia, kehkehkeh

DeLancrettLurpak said...

Fazira,

Kalu pinggan Fazira banyak, maknanya pinggan akak adalah enormous.. kehkehkeh

linda said...

Naya betul lah baca blog ko ni Mim, nasib aku baru makan ketam bercili baru2 ni. Hahah :P

Related Posts with Thumbnails