Wednesday, 18 January 2012

Tonggak 12: Keseronokan Bekerja

Saya adalah staf gomen yg dah lalu induksi, so tahulah saya pasal Tonggak 12 dan salah satunya adalah keseronokan bekerja. Ye, keseronokan berkerja akan datang kalau minat pada bidang yg kita buat. Tapi kalau dah hati tak nak mengajar, kau suruh jugak mengajar, mangsanya adalah mereka yg diajar, tak kira la dkt sekolah atau IPT (renung-renungkanlah).

Tapi maybe sebab ada yg tak berapa seronok bekerja, ye lah dia nak jadik boss, alih-alih kena jadik bawah sikit dari boss, so dia carik keseronokan bekerja dengan membuatkan orang lain rasa annoyed. Antara contohnya: 


1) McD dkt depan Jusco Melaka yg lama tu.Saya order prosperity beef burger, rasanya dua puluh minit saya tunggu, padahal McD tu ada drive thru, so kita expect service sangat laju. Sampai mamat yg amik order tu kena sergah dengan kawan dia, padan muka kauuuu!


2) Pakcik guard yg baru bertugas dkt ward ICU. Takyah la main perli-perli, close family yg nak melawat tu semuanya dalam keadaan sedih, kau cakap elok-elok tak buleh ke? Kesian aku tengok makcik tu, datang jauh2 nak tgk sedara dia. Dah la tak efficient, satu card utk 2 orang, kalau baru sorang masuk and pegang card tu, orang lain nak masuk dah tak buleh. Dengan alasan, dah ada dua orang dalam tu.


3) Nurse ward ICU. Mak saya tanya elok2, dia jawab nak tak nak. Nasib baik ada nurse lain yg dengar and bila nurse-yg-berlagak-nak-mamps tu blah, nurse yg sorang lagi tu datang explain baik-baik. Masa nurse shift malam dtg utk suck kahak bapak saya, saya duk luar bilik tapi still dlm ward ICU, tak sanggup tgk. So saya nampak ada nurse-yg-berlagak-nak-mamps tu baru nak clock in for morning shift, dia check duty and she found out dia kena jaga abah saya, dia boleh cakap kuat2, "alaaa, tak interesting nya kes aku", tak kau rasa nak bagi pelempang sedas dkt dia kat situ? Kau nak interesting mcmana, kau pikir kau Christina Yang? Doc yg jaga abah saya pun asik jeling je nurse tu, #sentaphatimaknak!


4) Boss pejabat pos. Saya nak post something and saya ter-isi borang yg salah. Dia boleh bantai gelakkan saya kat situ depan ramai orang. Kau pikir aku badut? Dah la takde explanation whatsoever kat depan kaunter, patutla pakcik aku pegi report kau sampai HQ, rasa-innnnn!


Kannnnn? Keseronokan berkerja akan datang kalau ikhlas sebenarnya, minat tu akan datang. Dah mata pencarian kita, takkan taknak ikhlas kottttttt?
Photobucket

10 comments:

- GC - said...

bangang gila nurse yg berlagak tu. kau nak interesting bagai kerja kau, pergi jadi artis lah weh.

*sentap kak, sbb aku dulu sllu kena jaga org sakit. aku tau la perangai nurse ni mcm mana. tp tak semua.

Konot said...

bodo punya nurse. lempang nak?

cahya indah said...

McD kat depan Jusco lama tu memang tak efficient staff dia. masa breakfast yang takde customer sangat pun..lemah gemalai nak siapkan order.

Missnote said...

Eksen gilos nurse nan sorang tu.Nnt kalo dia sakit,nurse lain plak ckp camtu kat dia,amik ko sedas! Emo plak nih.Tak suka nurse berlagak padahal mmg mata pencarian dia kena kerja utk jaga org sakit.Kalo taknak,jgn mintak/isi borang jadik nurse.Dush!dush!

liemaopurut a.k.a ana said...

rasa cam nak pelempang ajer nurse tu. kalu rasa tak ikhlas nak bekerja jgn keje. nak something interesting?? jangan jadi nurse. g la manjat batu caves nu. interesting gileeee.. emo jap hehehe...

Arina said...

Tapi selalunya yg akak tengok dan perasan Lurpak...yg buat kerja2 dg perangai cekadak camni selalunya orang Melayu kita ...akak pun tak paham..kita ni dah lah orang Melayu Islam tapi tak pernah nak buat kerja dengan ikhlas...gaji nak...itu lah dia kalau tak menghayati menjalankan kerja dgn keikhlasan mengikut Islam...

gula merah said...

pesal x sound jer nurse tu..lps sound ko lempang sedas...

Fantabulous Mommy said...

tang perkara ke 3 tu rasa nak lempang nurse tu. ada ke kata kes tak interesting. nak interesting macam mana? MY SIL kerja doktor dan dia penah cakap if patient meninggal ada nurse yang seronok. sebab kerja diaorang habis di situ. Maaf ye kpd nurse2 yang baca ni. tapi tu SIL yang cakap. Hanya kepada sebahagian nurse yang poyo kes meninggal tu kes interesting kot.

Farah

Ayu said...

Pasal nurse & sometimes doktor di hospital, kita pun dah pernah kena banyak kali. Dorang refer kan kita sebagai "kes". Macam kita ni bukan manusia yang ada perasaan. Macam setan sangat2, depan2 kita boleh cakap mcmtu. Manusia2 korang empati & sensitiviti tak layak kerja di hospital. Ko ingat glam sgt ke keje ko tu? Hati biar ikhlas la wehh! Sorry, geram sgt bila teringat.

Nashays said...

Nurse ini buat2 tak baca entri ini..

Larikkkk....

Related Posts with Thumbnails