Thursday, 26 January 2012

The Story

Thank you for all the doas, kind thoughts and prayers from all of you, baik dari comment blog ini, thru twitter and email. Hanya Allah saja dpt membalas doa-doa korang.

Rasa mcm aruah abah still ada lagi, it feels like dia pegi mengeteh tapi lama pulak dia pegi tak balik-balik. Tapi bila pagi-pagi pegi kubur, baru la rasa dia dah takda and yes, it hurts.

Sebenarnya aruah abah saya kena heart attack on 30th december 2011. Aruah drove to the clinic with emak at his side. Doctor referred him to Hospital Jasin and then they sent my abah to Hospital Melaka. Sampai sana terus masuk CCU. Three days after that aruah dah dipindahkan ke ward biasa. 6 hari tu diorg detect yg abah tak dpt bernafas dengan sendiri, mesti dengan bantuan. Then, aruah dipindahkan masuk ke ICU. For the first five days in ICU, dia dimasukkan morphine and he used ventilator machine to help him to breath. A day before we flew back to KL, aruah abah tak pakai ventilator machine, he only used the mask. Masa tu rasa happy sgt, because dah lama sgt rasanya he used the machine. 

The first place to go bila dah touched down KL adalah Hospital Melaka. Saya sangat terkejut sebab abah still pakai ventilator and emak said aruah abah banyak sgt bercakap masa pakai mask tu. So semputnya datang balik. Doctor kata tak elok sgt pakai the machine lama sgt and they suggested tracheotomy. Masa saya sampai aruah abah tak berapa sedar, he was still under morphine. The next morning, saya datang melawat pukul 630am, abah bukak mata, and he said "bila sampai". Even though he was just mumbling I still can understand what he's trying to say.

The doctors still waiting for the right time to perform tracheotomy sebab aruah abah tetiba demam, 40.9C.  And bukan dia sorang je, semua yang dalam ward jangkitan kuman ICU tu demam. One of the reason (menurut apa yg doctor ckp) adalah kerana air-con di bilik ICU tu adalah rosak. ICU ok, bukan ward biasa, takda back-up air-con dan to make it worst kipas dkt tempat abah rosak. Dah 2-3 hari aruah abah saya demam, saya angkut je la kipas dari rumah. Lepas tu baru la turun ke 38C. 

 Day in day out, three days before he left us, doctor dah nasihatkan anak-anak berkumpul, prepare for the worst. Doctors dah kata yang the lungs getting better but the infection dah pegi ke bahagian hati dan buah pinggang.

 Hari khamis petang, adik saya dari Norway pun sampai. Dapatlah dia dan isterinya berjumpa aruah for half an hour. Since mak saya dah sakit kepala sebab a night before that emak tdo di luar ward ICU risaukan aruah abah yang demam, so emak pun ikut kami balik rumah. The plan for Friday morning was to see one of the ICU doctor to discuss about the tracheotomy procedure and to sign few documents. Saya adalah anak yang masuk and jumpa aruah abah for the last time pada petang Khamis tu and saya janji padanya saya datang esok lagi, walaupun dia hanya mampu angkat kening, saya tahu dia dengar apa saya cakap.


Next morning, the ICU team called Along saya at 2.50am and katanya aruah dah tenat. Kami sampai pukul 3.30am dan dimaklumkan aruah dah kembali ke rahmatullah pukul 3.15am. 


Adakah saya rasa ralat (ralat disini bukan bermaksud error) sebab tak dpt bersamanya hingga ke hujung nyawanya? Tidak. Kerana saya tahu abah saya adalah manusia yg tidak suka melihat anak-anak dan isterinya menangis. Dan saya tahu tidak dpt saya bayangkan perasaan saya kalau saya ada ketika itu.


Saya bersyukur kerana ramai saudara mara yg datang membantu untuk urusan pengkebumian terutamanya rakan-rakan karib abah saya. Terharu melihat saudara mara dan kawan-kawan abah yg datang jauh dari utara, selatan dan timur on short notice. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan MCB Bristol yang melangsungkan solat hajat dan sejurus selepas saya maklumkan tentang pemergian aruah abah saya, mereka terus melakukan tahlil, terima kasih banyak2.


Dan saya tidak sangka aidilfitri 2011 adalah kali terakhir saya memeluk aruah di pagi raya.Walaupun abah dah pergi, dia tetap di hati saya.
Al-fatihah.
Photobucket

19 comments:

noname said...

salam takziah. al-fatihah untuk abah.

DrNotts said...

salam takziah. al-fatihah untuk abah.

JieJ said...

Salam takziah. Ya Allah, mengingatkan saya kembali saat saya kehilangan ayah. Semoga tabah dan kuat.

blu4sky said...

salam,
yang hidup pasti akan pergi. semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah

Ayu said...

Al-fatihah.. Takziah & semoga kuat menempuh keadaan ni.

suhana azlin said...

takziah dan alfatihah, semoga cik lurpak sekeluarga tabah dan kuatkan semangat ye...

i lost my abah when i was 12. baca entry ni pun dah nangis2 huhu...xpe la sekurang2 nya berkesempatan balik jumpa arwah kan? jaga ur mom baik2 ok.

hOtMaMa said...

Takziah..
Semoga rohnya dicucuri rahmah & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah

Lady of Leisure said...

salam dear,
sedihnya i baca.. :( be strong ok, moga yr dad tenang di sana.. skit sebanyak i faham apa u rasa, my dad now umur 79 n pesakit jantung, now pun dia di hospital.. :(
u kuatkat semangat ok..
HUGS

Nashays said...

Cried..alfatihah

Cik Kiah said...

Hi Lurpak. I'm terribly sorry for your loss. I'm also very sorry that I've been too caught up in my own grief. N tak sedar yg yoy mengalami kehilangan yg lebih besar. Stay strong!

Kazaztan Team said...

cik lurpak...saya sedih baca entry nie...

KSWSK said...

last paragraph buat aku sebak...al fatihah buat arwah..

Missnote said...

'Dan saya tidak sangka aidilfitri 2011 adalah kali terakhir saya memeluk aruah di pagi raya.'

Sedihnya baca part ni.Aidilfitri 2011 juga kali terakhir saya peluk arwah ibu saya.Ibu meninggal lepas 6 hari kena stroke.Sambil nangis gigih gak nak komen ni..Rasanya saya belum kuat lagi.Akak,be strong.Alfatihah buat arwah abah akak.

- GC - said...

al-fatihah. semoaga arwah abah tenang disana. amin.

daria said...

sedih mek baca mim. al-fatihah. :( *hugs*

Ribbon Clown said...

Mim,

Aku tak tahu mcm mana rasa sakit hilang org yg kita sayang, Hanya boleh imagine je.. time is the best healer.. Doakan byk2 utk abah ko k.. Be strong my fren, because I know you're one strong lady.. HUGS.. Al fatihah tuk arwah abah ko..

Woman IN PinK said...

Hi mim, very sorry to hear about your loss. I can't say I understand how you felt, but, I can feel the pain just from reading your post. Be strong, girl. He is in a better place now.. Miss ya lots :)

makcikkantin said...

alfatihah, moga dia ditempatkan bersama2 org yg diampuniNya, amin

Mamma Olyn ♥ said...

menitis air mata... al fatihah utk arwah abah.. abah sy pon pesakit jantung..

Related Posts with Thumbnails