Sunday, 1 January 2012

Recipe Terakhir 2011

Last time saya tepek gambo lamb chop, tak sangka pulak ramai yg berminat dgn recipenye. Memandangkan korang mintak recipe nya, terpaksa la saya ulang sekali lagi buat lamb chop, alasan je tu, padahal mmg dah kau nak mentekedarah lamb chop kannnn? Anyway, ini lah version lamb chop saya yg sgt easy peasy lemon squezzy. 

Mari lah saya bagitau mcmana nak buat sampai dpt satu plate yg mcm gini.

Tak susah dek non. Bangun je dari tdo, bawak la keluar lamb chop tu dari freezer, kasik defrost naturally. Agak2 lagi 2 hours nak lunch/dinner, basuh lamb chops tu. Kambing kat sini pakai sabun Loccitane, so takde bau and takyah la basuh guna tepung. Tapi kalau saya masak kambing kat Mesia, kadang2 saya basuh guna tepung tapi kadang2 saya cium daging nye ok aje so takyah basuh, maybe kambing jenis pakai perfume kot. Dah basuh2 and pat2 sikit kasik kering, lepas tu bedakkan sikit dengan black pepper and garam. Biarkan setengah jam, jadikla. 

Agak2 dah setengah jam, panaskan oven to gas mark 5. Sambil tu, panaskan olive oil dalam pan, lepas tu brownkan both sides of lamb chops. Kasik brown je, 2-3 minutes each side. Lepas tu susunkan lamb chops cantek2 mcmkan nak masuk pertandingan. Last sekali, dalam pan tadi, brownkan pulak bawang holland yg telah di potong kasar2. Kalau yg suka roast sweet potatoes, boleh la potong sweet potatoes. Saya susun macam gini.

Lamb chop di bawah, bawang holland di atas dan sweet potatoes di keliling roaster.

Masukkan dalam oven selama sejam. Dalam masa tu boleh la mandi sebab ko dgn kambing dah tak de beza baunya, kihkihkih. Agak2 lagi setengah jam timer berbunyi, bukak oven, tarik keluar roaster tu, kalau berani mcm saya, sengetkan roaster tu dan tuang dalam pan yg memula tadi, motif disini ialah nak ambik juices dari lamb chop tu. Kalau tak berani, sengetkan roaster, guna senduk dan kaut lah juices tu dan letak dalam pan. Lepas tu tukar sides lamb chops tu dan sweet potatoes as well dan masukkan balik lamb chops tu dalam oven utk setengah jam yg terakhir. 


 Dalam pada nak menunggu lamb chop masak, mari buat sayurnya dan creamy black pepper gravy.  For gravy, panaskan pan yg dah ada lamb juices tadi. Masukkan sesudu plain flour. Kacau selalu, jgn sampai ia berketol. Agak2 dah nak sampai boiling point, masukkan sesudu dua single/double cream, black pepper and sedikit garam. Kalau nampak pekat sgt gravynye, tambah le sikit air. Bila everything dah mix well, tutupkan api. If korang tengok ada flour lump and korang malas mcm saya, masukkan aje lah dalam blender, blend for 10seconds, pastu tuang balik dalam pan, panaskan balik, hahahaha. Actually, kalau korang kacau selalu like tak berhenti, confirm takde flour lump tu.


For sayur, saya suka guna broccoli and carrot. Basuh bersih2 broccoli and carrot and toskan. Carrot tu jangan dipotong nipis sangat nor tebal sangat. Masukkan both sayur mayur dalam bekas tahan microwave. Letak sesudu dua butter atas sayur tu dan tabur sedikit black pepper, garam dan garlic powder, jangan gaul dulu. Masukkan dalam microwave, high power for 4-5 minutes. Bila dah siap, bawak keluar dari microwave dan gaulkan. Sayur anda akan jadik just nice, tidak lembik tapi crunchy, nyumss!!


Ye, saya banyak guna black pepper powder dkt rumah ni, itu lah benda yg cepat abis dkt rumah ni. Dan sekarang obsession saya dalah guna garlic powder juga. Asal nak roast something, saya mesti nak letak garlic powder, tapi mmg sedaplah kalau letak garlic powder. Even kalau buat mashed potato, letak sikit garlic powder, nyums weyyy!


Sepiring lamb chop itu adalah recipe terakhir utk 2011 dan juga benda yg last yg saya masak di dapur tahun ni. Moga-moga tahun depan kita buleh buat reindeer chop pulak.


But seriously, happy new year and lupakan resolution yg lama, buatlah yg resolution baru. Jangan dikenang barang yg lepas, masa yg dah abis dan effort yg tak kemana. Usaha gigih utk capai apa yg kita nak. Kalau kita tak motivasi diri kita, takkan adanya atuk-sebelah-bapak-sedara-kita-punya-anak-sedara yg akan tepon kita bagi motivasi. 

For Auld Lang Syne peeps!
Photobucket

18 comments:

gula merah said...

aduh aduh...lamb chop mu mengancam nafsu makan ku....br saja ku buat azam nk menguruskan diri...haih...

somuffins said...

DLL
Mekasih share tips memasak lamb chop.

My new resolution is to renew the old resolution. Boleh kah? Jgn jawab nanti I kelihatan cam tak pandai plak, hehe..

Happy new year to you, semoga kejayaan mengejar you kemana2, amin.

Aslynda Jane said...

Happy New Year sis ;)
Semoga PhD dalam genggaman mu soon ;)
Ameenn

Miss Polaris said...

salam 2012 akak,
semoga akak sekeluarga sntiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH SWT dunia akhirat. AMinnn...

cahya indah said...

lamb chop dengan gravy tu dah memanggil2 suruh masak lamb chop hari ni jugak..huhu.

liemaopurut a.k.a ana said...

Dll...lamb chop mu begitu menawan ati oke.nnt bole try tp nk tuko ke ayam...eden x makan kambing ngeheheheh..
Happy new year...

Mak Piah said...

TQ for the recipe.

Selamat Tahun Baru DLL & family.

nih...auld lang syne nih bahasa apa dan apakah makna dia?

DeLancrettLurpak said...

Gula merah,

alah, makan sikit je, kang 365 hari takyah makan dah, hahahahah

DeLancrettLurpak said...

CikSom,

Thanks for the doa, xoxo.

Takpe CikSom, apa resolution pun, kena ada usaha sikit, kalau tak, tak guna bersolution, tak gitu?

DeLancrettLurpak said...

Asylnda Jane,

Thanks dear, muahsss!

DeLancrettLurpak said...

Miss Polaris,

Selamat Tahun Baru and thanks for the doa dear :)

DeLancrettLurpak said...

Cahya Indah,

senang tahuuuuu...
sila buat, nyumsss!

DeLancrettLurpak said...

Ana,

pun boleh jugak guna ayam.. tapi cut the time to 45minutes lah kot..
kang dah cuba, cer tampal dkt blog eh

DeLancrettLurpak said...

Mak Piah dear,

you're welcome xoxo.


Sik tauk kmk maksudnya, tapi biasa sidak nyanyi lagu ya kei nyambut new year...anyway, belakang2 lagu ya, nya guna bahasa norwegian..

suhana azlin said...

bagut bagut...semlm baru beli stok kambing wangi 2 kilo.

linda said...

Salam Mim,

Tq for sharing. Nak tanya, nk buat lamb chop ni kene pakai bahagian kambeng yg mana? Lagi satu, utk gravy dia, kalo takde cream leh ganti ngn ape? Dapo aku ni jarang ade cream, santan kotak byk la stok. Kahhhh :P

Aku menunggu resepi mashed potato hang. Paling suke Chilli's punye, dengan kulit2 dia masuk tp rasa sedapppp sgt. Fuhhh

DeLancrettLurpak said...

Suhana,

Sile coba, nyaman sekali ahhhh

DeLancrettLurpak said...

Linda,

Aku biasa pakai front chop takpun back chop.. takpun, beli T-bone..

aku dah laaaaamaaaaaa tak buat mashed potato, sebab aku beli yg dah siap kat sini ja.. kat sini ada jual dah siap them you just need to reheat je.. hehehe, malas kan aku?

Related Posts with Thumbnails