Thursday, 5 January 2012

3 Benda Power

3 Benda Power

1) Angin di Bumi UK.

Orang dkt Norway tu (hello Mairaaaa!) bukan main lagi bersnow bagai. Kami di UK, ye tuan-puan, hujan dan angin yg super power. Kuat sampai fence kami dgn si Ivor dah menyembah bumi.

Dengar kata ada treler terbalik gak, mmg kuat la angin.

2) Vindaloo

Selama ni saya asik la tanya, tang mana la pedas makanan yg ada kat bumi UK, kecuali yg saya masak la. Kak LG kata Vindaloo pedas. Saya tak penah makan Vindaloo. Sebab hari ni saya rasa sangat "rajin", saya pun order delivery lamb briyani for T-Bag and vindaloo plus garlic naan for myself.


Komen saya, humangggggg aiiiii! Podeh gilo. Menjejeh air liur nahan podeh. Tipu bona la tu. Apa celup der! Ni mix negeri sembilan/melaka/johor ok, confirm tahan pedasss! Tapi seriously, kalau baru nak berjinak-jinak dgn cili, ko jgn main-main dgn vindaloo.


3) Mulut Manusia

Eh, in this case, jari-jemari yg mengetok keyboard, tak kire la Acer ke Macbook Air ke Viao Z-series (i want this! how mehhhhh?) ke, brand laptop/desktop tidak ada kena mengena tahap intelektual and moral seseorang. 

On recent hot topic yg katanya tgh hot topic di FB (how lah i know, tak bukak FB pungg) plus dah masuk frontpage Metrol pun. Yang terlepas keretapi, baca dkt Hazrey pun buleh. Gila kejam komen-komen semua especially yg dkt BeautifulNara (first time link blog hiburan dari blog ni, waa seehhhh), mmg banyak gila la kot comments holier-than-thou. 

Memetik kata jiran belakang rumah mak saya, "lebih baiklah bertudung. komen berunsur doa bukankah lebih bagus". Saya setuju 100% dgn beliau (ayah ko kan Dato' kan Lin? aku kena la address ko sebagai beliau, ehemmm)

Itulah komen saya. Sebenarnya saya dah bagi komen di Twitter tapi malas nak ulang kat sini. So scary wehh, kang ada yg dtg umah mak bapak aku sambil pegang obor pastu gegar-gegar gate putih tu pastu jerit-jerit "kita halau Budak Lurpak dari Malaysia, halau dia". Eeee, tak kuasa nak carik pasal.

Lagi pun, sometimes we have to agree to disagree la kan, karang kau sakit otak pulak.


psst: eh, how do they sleep at night eh lepas bagi komen macam #$^#$^% dkt orang? Kalau kena kat batang hidung sendiri, gi mana sihh?


Photobucket

8 comments:

Nashays said...

Abondo vindaloo tu nok?sambal ikan bilis kah...tetiba air lio meleleh...

Izuan Kunang-Kunang said...

Tahnye....apa menatang vindaloo tu?? Cuba elaborate sikit..

Izuan Kunang-Kunang said...

Aku pun sakit mata baca komen-komen kat blog beautiful nara tu noks. Memang la bertudung tu wajib, but it doesn't mean yang bertudung tu baik belaka and vice versa. Kenapa la ramai orang yg judgemental macam ni ye??

lemongrass said...

Kan dah cakap yg vindaloo tu pedas, sape suruh tak percaya, muahahaha ;-P.

DeLancrettLurpak said...

nashays,

vindaloo tu buleh jadik ayam, kambing, king prawns.. setakat ni aku tak jumpe lagi vindaloo ikan bilis, hehehe, tapi podehhh gilooo!

DeLancrettLurpak said...

izuan,

aku rasa rupa vindaloo tu dah masak sambal la.. tapi agak cair sikit.. org basically it's sambal for indian, tapi podeh eh, terbakar gak la bibir, hehe

DeLancrettLurpak said...

izuan,

dan aku ingin memetik kata2 kenalan dan kawan2 aku, biasanya yg tak penah pegi oversea tu yg merempan lebih2, mari kita baling mereka2 ini ke oversea dan lihat mcmana depa survive, hahahaha!

org mesia kalau pi oversea, semua nak kawan sama mesia, baik takyah pi oversea, rata2 salahkan si amalina tu salah berkawan. Eh kalau dah berkawan dgn melayu, asik la kelahi sama deme (upssss!) baik takyah. kannnn?

DeLancrettLurpak said...

kak lg,

mmg terbaek la kakkkkk!

Related Posts with Thumbnails