Thursday, 15 December 2011

Online Scuffle is Just So Stupid Yaww!

Korang mesti semangat lebih tgk title entry ni kan? Kita baca blog/facebook status/twit/forum or even comment dkt youtube, kadang2 kita geram (orang kampung saya guna perkataan "mengetan-ngetan" utk ekspresi kegeraman yang melampau. "mengetan-ngetan" tu kena sebut sambil ketap gigi, cer  try, mmg eskpresi abis lah!).  Geram sebab tak setuju dgn apa yg dibaca, betol tak?

Saya pun kadang-kadang mengetan-ngetan jugak tgk komen especially komen dkt blog hiburan, siap ada nasihat bagaikan dia mmg manusia terbaik lah, pastu guna anonymous, dah tau masuk blog hiburan, apsal nak bising, lenkali jgn masuk blog hiburan at the first place. T-Bag adalah mangsa saya, kerna saya akan melancarkan peluru berpandu dari mulut saya siap dgn ekspresi, suara tinggi rendah siap tahuuu. 

Macam kes anak buah Hazrey, mmg kesian lah. Tak pasal-pasal je anak buahnya trauma. Comments dkt blog adalah super kejam. Pada yang tak tahu cerita, gambar anak buah Hazrey ni digunakan oleh satu malaun ni utk buat satu blog. Malaun yang jadik imposter identity ni kutuk pulak KPop dalam blog dia. Mmg molek benar. Kau tak tahu ke orang tgh gilakan Korean stuff, kau nak mati kutuk KPop? Kutuk la China Pop ke (eh ada ke such thing as C-Pop?). Silap besar lah kan. So, comment entry tu mmg la kejam, siap ugut bagai. Takpe, ini semua dah jadik kes polis. Sapa yg pandai tulis, pandai la bertanggungjawab. 

Menurut kata Hazrey, yang tukang comment ni semua budak-budak, and tak silap ada PMR pun tak lepas lagi, ish ish. Dengan ini kita paham bahawa budak2 ni cyberlaw mmg tak pernah tahu. Apa ke bingai kau komen mcm haram kan, kau pikir orang tak buleh trace kau?! Hey, ni zaman CSI Miami (inject lagu CSI dgn adegan Horatio sikit)


Kadang-kadang bila kita obses with something, bila kita nampak orang tak setuju dgn kita, kita nak melenting. Sometimes, kita nak buat orang tu setuju jugak mcm kita. This is a free world, agree to disagree je la. Kau ni kenapa? Nak asah bakat masuk viva? Ada yang guna hadis la, tapi bila kita pusing balik bagi hadis dkt dia, oh dia amukan pulak pastu pusing tang lain. Dia pusing tang sini, pusing tang situ. Sampai bila-bila pun tak sudah ye dek non. And bahasanya pulak, perhhh, siap campur tu carutan omputis + melayu, fusion uols! Kalau masuk tv, mmg sepanjang-panjang interview, confirm tuttttt tuutttt.

When we do something online, it's just like we're driving. Kalau kau drive, kau terlanggar orang, kau kena tanggungjawab. Kalau kau langgar red light, kena la saman kan? Macam tu la jugak. Apa yang kita buat, kena la responsible. Ke nak buat mcm online licence like driving licence gak? 17years old je buleh online. Tak fair la kan. So, mak pak semua, mari kita semua korek FB/blog/twitter id & password anak masing-masing.


Saya sekarang kalau tak setuju pada pendapat pada certain blogs, saya akan berhenti melawat blog tu. Senang cerita, takde kes sakit hati meroyan sorang-sorang. Tapi kalau kau dah mmg takde kerja lain, suka nak pi troll blog/forum orang, sila la buat, tapi kalau dah terkena dkt diri sendiri, jangan amukan pulak kannnnnnn.

We're good people and good people always have good things to do. Online scuffle is definitely not one of them. Nak gaduh, pi tarik rambut, baru la cool!


*Aku tahu ni slow poke, sebab issue last week, tapi ada aku kesah, hahahaha*


Photobucket

16 comments:

Tijah said...

ada c-pop meh? wow bunyinya awesome. hahaha

lemongrass said...

we all kan tiap2 pagi ahad tengok Asia pop kat tv. Bukan sebab minat giler tp sebab suka gelakkan diaorang and sambil cuba nak paham bahasa apa diaorang nyanyi, hahaha.
But back to the main topics, memang skrg ni penuh dgn trolls and penuh dgn people who dont think and penuh dgn people who think they are the most pious and the most knowledgeable.
I pun kalau tak agree with certain blogs, I just tak pergi lagi those blogs. Buang masa I aje nak tulis anything kat the comment blogs kan, hehehe..... Maybe because of our age yg dah makin tua kot? ;-)

gula merah said...

kalau nk tgk C - pop boleh p jinjang..gila ramai C pop..hehehehe

bujal X said...

keindahan pop~~keh keh~

Noir said...

pasti ada daya tarikan kalau masih nak pegi blog2 yang kita menyampah. ada kata2 berhemah komen lah, takda duk diam2 je.

the other day someone corrected the lack of keislaman in my writing. i terima tapi dia gunakan kata2 kesat dan maki hamun, gitu ke nak uphold agama?

Konot said...

aku lagi tak tau menahu issue nieh.. sangat lombab!

fika79 said...

apa citer ni?nape aku tak tahu..ooh aku dok bawah tempurung rupanya..hahhaha..kenapa wei?bg link skit..(KEPOCHI MODE ON)

Makji Esah said...

Tijah tu..takdo lah kepalo eh ingat kok lain kannn (eh tetibo...)

Err, apa kes ni Milah? Mak dok hinglen..mak tatau cito gaduh2 kek Malaya ni do...hehehehe..

DeLancrettLurpak said...

Tijah,

Kalau ada pun, saya pun tak tahu , hahahah..

tak pasal2 budak2 kat kg kena cili dgn mak bapak sebab mencarut sebab asik ter c-pop aje, kihkihkih

DeLancrettLurpak said...

Lemongrass,

Orang yang biasanya perasan pious and knowledgeable ni kite patut campak pi oversea dulu and mesti duduk diluar kelompok melayu, baru dia tau, tinggi rendah dunia ni.. hehehhe

DeLancrettLurpak said...

Gula merah,

err, apa ada di jinjang wey? tak dapek nak imagine ni haa..

DeLancrettLurpak said...

Bujal,

Banyak2 pop, akak paling menyampahs dgn popkuiz sebab 1st host dia, hahahahha

DeLancrettLurpak said...

Noir,

And org mcm ni menampakkan agama and violence is just the same thing.. which is really wrong.. kannn?

DeLancrettLurpak said...

Konot,

Takpe, just peringatan kat sanak sedara jew, takut weyyy

DeLancrettLurpak said...

Fika79,

Ko pegi blog hazrey tu, dia ada bagi link pegi blog malaun tu.. baca gak la apa mak kepada anak buah hazrey tu ckp...kesian ok!

DeLancrettLurpak said...

Makji Esah,

Kok ye pun busy dgn X-Factor, gosip-gosip blog jangan dilupa.. heheheh..


Online scuffle takde kaitan dgn geografi ok.. org hinglen sila update! hehehe

Related Posts with Thumbnails