Tuesday, 6 December 2011

Oh là là, Paris! - Day 2

Oleh kerana semua dah terbongkang tdo awal, so semua pun bangun awal. Tapi bab mandi mmg agak slow sikit sebab kan dah sejuk. Lepas mandi, kami siap-siap untuk breakfast dkt bawah. 

Mamat yang kena paksa makan.


Makan pun tak berapa lama, lepas tu naik atas balik untuk ambik baju sejuk segala. Turun bawah and tunggu dalam 10minutes gitu, shuttle bus pun sampai.  Sampai aje dkt Disneyland Park, orang dah start ramai. Tapi takde la beratur lama gile untuk check bag and check ticket. Kami beli ticket online, murah sikit, -10euro kot daripada beli dkt counter. Tapi murah apa kejadahnye kannn? £51 per adult for 2 parks gak la, isk!

Fantasyland la yang paling cantek.


Mamat yang over-excited, asik tersengih-sengih.

Ni first ride yg kami naik. Dekat sini, rasanya lah, semua rides for kids kena ada adults yang teman. Takde pulak saya tgk parents lain main lepas anak dia naik rides.

Dekat Disneyland Park, kami just naik 2 rides aje sebab ada rides yg ada minimum height. Kami berjaya pergi semua land iaitu Main Street U.S.A, Fantasyland, Adventureland, Frontierland dan Discoveryland. Tak cukup tu kami naik juga train utk tawaf satu Disneyland Park tu. Sempat gak naik ship utk pusing lake dkt Frontierland. Before pegi ke Walt Disney Park, kami lunch dulu. Mmg harga makanan kat sini mahal, kira standard la kan, dkt Genting pun sama gak. 

Saya dah dapat salad with three type cheese, saya senyum je, sukaaa!
Yaya makan tuna baguette and T-Bag makan veggie toastie. Tak tau la sebab lapo ke apa, tapi rasanya semua sedap. Jangan kau tanya harganya, nangisss!

Lepas makan, kami terus ke Walt Disney Park. Baru je nak masuk Studio 1, terus ternampak Goofy. Yaya apa lagi, suka la dia. Terus nak ambik gambo. Tapi anak sapa la pulak tersentil pegang buku dalam gambo tu. Mak bapak budak tu buat taktau aje, abis semua orang nak ambik gambo diblocknye, hish!

Benda pertama kami buat dkt Walt Disney Park, kami pi tgk Disney Play House show. Dia ada dalam three different language: English, French and Spanish. Mmg cun la kami dpt slot English. Memang nampak sangat Yaya enjoy sebab dia mmg ikut tepuk tangan la, melompat la, ikut host tu cakap apa. Kami dah kebosanan, hahahaha. Sebenonye mmg banyak show lain, mcm Lilo & Stitch show, tapi sebab kami tak minat, so malas. Lagipun every show ada schedule nya, kalau nak tgk gak, kena pandai susun jadual korang. Kalau ikutkan satu hari tak abis tgk show je, hehe.  

Dkt Walt Disney Park ni kami tak sempat nak abiskan semua lots. Kami pegi Production Courtyard and naik tram utk tgk special effect. Dkt belakang seat kami  dalam tram tu ada Malaysian, kami tak tegor la, tapi kami dengar dia ckp French Malaysian, cer teka bahasa apa French Malaysian? Siap melatah tu masa air keluar menderu-deru and api keluar, hehehe.  Tapi Malaysian yang ni mmg style, tu yg saya takut nak tegor tu. Kasut and scarf cap LV, handbag Tod's, siap berjaket kulit lagi. I segan u!

Lepas tu kami terus ke Toon Studio Lots. Haa, dekat sini mmg banyak rides untuk Yaya yang berketinggian 98cm itu. Mmg fun abis lah. Tapi yang paling best adalah yg mcm Solero shot di Genting tu, namanya Parachute kot. Ketinggian lebih kurang sama dgn bangunan 3 tingkat.  Saya mmg tutup-bukak mata masa main tu. Yaya relax aje, gelak-gelak sambil ckp "this is fun, this is fun". Budak ni mmg takda rasa takut ke hapa. 

Sebelum keluar dari Walt Disney Park.


Kiteorg keluar dari Walt Disney Park pukul 5.30pm kot, mmg badan dah penat abis dah ni. Tapi tak puas sebab tak dpt tgk Mickey Mouse parade. So patah  balik masuk Disneyland Park. Mmg cun sgt la tu. Terus nampak orang berkumpul dkt christmas tree yang paling tinggi dkt situ. Saya pun dgn menggunakan teknik eavesdrop saya yg hebat, saya dgr ada nenek tu ckp "lepas ni ada christmas tree light-up and character akan keluar". So kami tunggu je la and kereta berhias Mickey Mouse tu betol-betol keluar tepi tempat saya berdiri, terus kami rapat umum, so dapat pulak tgk depan-depan, Yaya mmg menyengih aje la sebab dpt tgk Donald Duck and Mickey Mouse. Pukul 6.30pm kami pun ciao. Tapi yg peliknya, ada lagi orang nak masuk tu, padahal tutup pukul 7pm, pelik betol.  Kamu tanya mana gambornya ye? Takda, battery dah flat, kihkihkih. Dan kamu mcm taktau, saya adalah manusia yg kurang mesra camera, kehkehkeh.

Ingatkan nak pegi La Vallee Village utk dinner. Tapi penat ya ampun, so singgah dkt train station situ and beli apa yg patut.

Saya beli ni utk diri saya sendiri sempena birthday saya, a citrus tart. Kalau takde benda manis masa birthday, rasa sedih la pulak. Ye, saya mmg cerekarama sikit.
Sedap gilos!

Kami beli thon baguette lagi for dinner. Thon = tuna.

Yaya mmg tak menyempat. Dalam shuttle bus dah tdo, sampai bilik pun tdo. Saya kejutkan dia utk tukar baju and makan. Dia taknak makan roti, makan keropok, pastu tgh makan keropok, boleh tdo balik. Mmg hebat! Saya pulak,walaupun penat gila, tdo pukul 10pm sebab nak lengkapkan misi holiday saya.

Photobucket

16 comments:

bujal X said...

lawa tart dia~~

Anggerik Berduri said...

oh my, best gile. terpancar keterujaan di muka yaya. ;)

Kazaztan Team said...

lain kali igt bawa xtra bateri...& tart tu bkn main berseri rupe ye...

Noir said...

he's a lucky kid. i dah lanjut teenager baru jejak Paris. so meng happy kan lihat Yaya pictures penuh excitement

Madam Sooyaree said...

Muahaha.. teringat time gi sana dulu. Memasing dah dewasa, diorang tanak layan bergambar sangat. Sudahnya kami kejar Sully yang nak pergi toilet. Tak perasan pun, bila tengok gambar baru perasan, belakang kitorang ada tulis toilettes

DeLancrettLurpak said...

Bujal:
Lawa dan sedapppp!

DeLancrettLurpak said...

Anggerik Berduri:
Dia tak nak balik ok! Padahal dah start sejuk dah tu,hishh!

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan:
sampai hari ni saya tertanya-tanya, crust dia diperbuat daripada apa.. mmg tak pecah, tapi bila makan,aduh, rangup!

DeLancrettLurpak said...

Noir:
Okla you pegi masa teen, I ni dah 30yo, baru jejak, hahaha

DeLancrettLurpak said...

Sooyaree:
Kesian pulak aku dengor, tak menyempat Sully tu nak melabur, hahahaha

Daddy Ziyyad said...

Fantasyland yg sgt gojesssss, cantik!

Tart pun sgt cantik....

Kena lah start kumpul duit dlm tabung ayam nak ke paris ni...huhuhu

DeLancrettLurpak said...

DaddyZiyyad,

Mmg berbaloi pegi walaupun agak mahal.. Pegi masa budak2 ni still kecik best, sebab rasa over-excited.. korang pegi tahun depan ye, heheh

Mamma Olyn ♥ said...

besttttt..suka btol yaya, tart yg mengiurrrrkan, nyumm! u book tiket awai ka, murah byk x??

Ms.Lilies said...

harus luruh lelemak kan mim kalo menapak dalam ni...

DeLancrettLurpak said...

Mamma Olyn:
Kami book 3 weeks before fly.. ada lagi yg murah sebenarnya sebab depends hotel yg diambil...

DeLancrettLurpak said...

Kak Mimi,
eleh, kejap aje luruhnya, pastu mengembang balik lepas makan mcm org tak pernah jumpa makanan, hahahahaha

Related Posts with Thumbnails