Monday, 12 December 2011

No Pain, No Gain


No Pain, No Gain, bak kata kawan saya, Dr Dayang dari Edinburgh. Kena la bersusah kalau nak dapat apa yg kita nak. 


Kalau nak kurus, kena la diet and exercise kann? Kalu asik mengunyah aje duaplohpatjam, mmg tak dapek la nak kurus.

Kalau nak naik pangkat, kena la kerja rajin-rajin, siapkan semua tugasan hakiki on time. Janganla asik carik alasan and instead of buat kerja kau, kau pegi jadik ass kisser pulak.

Mcm MLM kan, pun kira no pain, no gain. Ye lah, rata-rata orang buat MLM ni mmg confirm lepas tu takde banyak kawan, eh dia pedulik apa dgn kawan, kang dia dah kaya, ramai la tukang himpit, ye tak?

Yang tgh belajar, kalau tak stay up, buntang kan mata mengadap kerja, stress sampai nak lari dari study, itu lah seksaan nya. 

Kalau nak pandai masak, kena la training every day, mmg susah sikit kalau tak biasa ke dapur, itu la dugaanya.

Kalau nak jadik penyanyi, masuk la kelas menyanyi. Kalau ko training guna karaoke set je pastu perasan hebat, percayalah, mmg berdarah telinga orang mendengornye. Mmg la kena bayor yuran kelas menyanyi, ate nak jadik penyanyi, belajau laaaa.



Dalam hidup ni mmg exactly no pain, no gain. 
Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian kata melayunya.


By the way, sekarang ni bukan ada Dr Mickey Mouse, Dr Donald pun dah ada, ni ha bukti.

Photobucket

5 comments:

gula merah said...

Dr Donald yg cute...

fika79 said...

Hahah...aku setuju SV aku nyer ayat..standard la byk keje nak buat, sah2 nak dapat degree tertinggi..sentap pun terpaksa akur..kihkih

DeLancrettLurpak said...

Gula merah,

Padahal besar gila topi tu, letih dia tahan takut topi tu jatuh, heheh

DeLancrettLurpak said...

Fika79,


kannn? aku selalu ckp dkt diri sendiri "kau nak sgt phd kannnn, sekarang ambekkkkk!", hahaha..sadis tak?

Mamma Olyn ♥ said...

btoi2, nak berjaya kna merasa dulu sakit,pahit, peritnya..:) yg penting yaya comeiii

Related Posts with Thumbnails