Sunday, 18 December 2011

Crispy Mee / Mee Tomato

Ahli mesyuarat  tingkat di Aussie tetiba mengingatkan saya kepada kesedapan crispy mee tomato di Oten (kedai di Kota Samarahan yg buleh la tahan sedap tapi harga, no comment!). Mari la saya share resipinya.  

Korang boleh guna crispy mee yakni yee mee yg dideep fried dulu. Or, korang boleh guna mee atau dalam kes saya (di mana saya cuba nak jadik masterchef di dapur sendiri and dah tentu la boleh menang, sebab dapur aku kaannnn? ), saya guna tagliatelle, sebab egg noddle enggak ada dong dalam pantry ku ini. 


Crispy Mee / Mee / Tagliatelle Tomato
Ingredients (Kuah tomato:)
bawang putih
bawang merah
daging/seafood (saya guna daging lembu and sotong)
tomato sauce 
buah tomatoes
air
oyster sauce
chicken/vege  granules
sayur mayur (cauliflower, carrot etc)
tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air
sawi/pak choy dicelur.

Method
1. Tumis bawang putih and bawang merah sampai wangi.
2. Masukkan daging anda, kacau sampai separuh masak.
3. Masukkan tomato sauce (be generous ok!), oyster sauce, buah tomato and granules. Adjust la kemasaman kuahnya, jgn masam sampai merana jiwa sudahhh.
(ada orang guna tomato puree, tapi sebab takut masam gile, guna la buah tomato. )
4. Masukkan air, kalau suka kuah banyak, letak banyak air. Masukkan juga sayur mayur and sotong kecuali pak choy.
5. Biarkan mendidih.
6. Bila dah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung.
7. Biarkan sampai kuah memekat dan tutup api.


Ingredients
Sebungkus mee kuning
Sesudu minyak.
2-3 sudu kicap manis

Method
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan mee and kicap. Gaul sampai rata..

Assembling mee/crispy mee tomato
1. Ambik cripsy mee yang sudah di deep fried  ATAU mee kuning yg telah digoreng dgn kicap
2. Tuang kuah tomato.
3. Dan letak pak choy yg dicelur. 
4. And ngap!

Ni lah rupa tagliatelle yang telah dikicapkan.  Jangan lupa rebus dulu tagliatelle sampai al dente baru le boleh kicapkan.

Rupanya saya ada separuh je tomato dalam fridge and sos tomato tinggal suku botol aje, cheh! Ye tuan puan, bila dah sejuk mcm gini, malas nak keluar rumah. Lagipun hari ni hari sabtu, dah la next week Christmas, mmg tak dapek la nak imagine rupa Tesco/Sainsbury's, mesti macam kena langgar garuda.  Disebabkan kita yang buat dia (dia refer to the food), so kena la panda-pandai adjust. So saya letak dalam 1-2 tablespoons tomato puree utk menambahkan kemasaman kuah itu. 

Dan ini kejadian sebelum kena ngap! Tagliatelle tu dah macam kuay teow la pulak rupanya ek.


Malang tidak berbau (apakah?), sebab takde cili jeruk. Kalau ada, ya ampunnn, terus makan dari belanga kauuuu! So sebab takde cili jeruk, terpaksa le makan dgn sambal kicap, tok keno gu dio, tak po, laing kali beli cili jeruk deh.


Photobucket

16 comments:

Mak Piah said...

DLL:
Helemeeeeeeeeeeeekkkkk...esok juak mek molah cili ijo jeruk. Kak ya akan mengaplikasikan teknik pengunaan mee orputes ya pakey molah mee tok.

p.s TQ for the recipe.

DeLancrettLurpak said...

Mak Piah,

Aih, ktk pandei molah cili jeruk? Gine molah nya? ajar lokkkk....
mun dah jadik mee tomato ktk, ngkah di blog and mesti posing dgn cili jerok...

you're welcome dear.. :)

Nashays said...

aku nak tgk end result je...x kesah ape bahan2 pown...

aku baru discover cara buat cili jeruk dengan pantas, potong2 cili pastu perah lemon..kompon air mata, air hidung meleleh..aku plak bangsa yang setiap suapan perlu disertakan dengan cili..

Mak Piah said...

DLL:
masak aik gula. Tutup api.taruk apple cider atau cuka. potong cili ijau. masuk dalam..tunggu cili ijau ya tukar kaler jadik macam kaler olive, yakni layu, ta daaaa! siap!

Nashays:
sakgi try yang awak punya nih.

Mak Piah said...

hahahaha...sik mek berani ngengkah gbr dlama blog, sik convincing lalu jak rupa nak dimasak mek.:P

Ayu said...

woii.. meleleh ailio terbayang makan koey teow hailam dgn cili jeruk bila tgk gambar ko..

Mamma Olyn ♥ said...

wowww i like2 sedap, thanks sbb bg idea kat i, da kering btoi idea nak memask sejuk mejuk ni..haha, eh u da order roti canai tu kan?? hehe, masa u baca wall k.nita tu actualy kmi otw ke rumah k.nita & ms u order kat fb dia, kmi kat rumah dia tgh balun roti canai fresh2 husbnd dia tebar depan kmi..hahha, dia habaq kat i ada org bristol order ni, haaa tu member blogging olyn tuuuuu!! hihi, semalam kmi balik umah kol 12tghmalam gan sekotak roti canai, 60keping roti canai + 30 murtabak! mueheheeee

Anggerik Berduri said...

ya rabbi.. nang nyaman mee tomato at Oten.. nyum nyum nyum mee kolok goreng thai.. *lapar*

DeLancrettLurpak said...

Nashays,

Aku pun nok, bangsa suka hadap cili. Tapi dah duk oversea ni, belajau gak la makan without cili, belasah jek laaa

DeLancrettLurpak said...

Mak Piah,

Yo behh, senang ada molah aihh, kelak coba, ada cabik merah ajak didapur kmk.. hehehe

DeLancrettLurpak said...

Mak Piah,

Janji dpt dimakan nak oo, pedulik la sik convincing pun, hahahaha

DeLancrettLurpak said...

Ayu,

tinggi imaginasi mu nak, hahaha
weh, kalau pakai jalapeno dalam botol tu, agak2 sama tak ek?

DeLancrettLurpak said...

Mamma Olyn,

Alaa, kak nita jual satu kotak besar. Kami nak makan sikit ja, nak try dulu. Tu yg tak jadik nak order tu. Best la hangpa, *jeles*.

DeLancrettLurpak said...

Anggerik Berduri,

mun di oten, makan mee kedak ya ok la. coba makan nasik berlauk, mahal gilaaaa!!!

Anggerik Berduri said...

xpnah makan nasi berlauk. slalu order ala cart jak.. pgi time dinner after class neyda nasi berlauk agik. :)

pnah makan sri serapi area batu 7. mun xsilap lah. nyaman juak mee kolok ya.. ade lauk² smenanjung. :)

DeLancrettLurpak said...

Anggerik,

Kmk org mmg banned Serapi Corner. Sebab mahal melampau.

Related Posts with Thumbnails