Tuesday, 27 December 2011

Boxing Day and Cheese Tart

Night before boxing day saya dah pun menjalankan tangungjawab-lantik-sendiri sebagai skuad renjer online boxing day. Takdak apa yg best online. Setakat 50% apa celup kann? At least 70% baru la perasaan teruja tu datang. Bila bangun pagi, kami bermalas-malasan, mmg tak da plan pun nak serbu Next or memana kedai. Lepas breakfast and buat mee jawa for lunch, we went out sebab nak gi beli egg noodle, abih tu nak makan mee jawa gi mana dong, mee nya di kedai. 

Pegi Sainsbury's, banyak shelves kosong. So pi Tesco beli barang sikit. Pyrex sale uols! Hahaha, tetiap tahun pun Pyrex sale, hahahaha. Lepas tu T-Bag nak beli something, so kami pi Tesco Home Imperial Park. Tgk ramai gak manusia dalam Next. Masa tu dah pukul 12pm kot. Mesti dah macam kena langgar garuda dah dalam kedai tu. 

Anyway, ada orang tanya saya, murah beno ke masa Boxing Day. Well, tgk jugakla. In terms of clothing, saya rasa agak murah la. Tapi ko kena gigih berasak2 la kalau nak pilih baju dkt Zara, nak pilih lagi, nak carik size utk body Salma Hayek wannabe ni bukan senang, hahaha. Last year kami pi dkt Westfield, aku rasa nak tumbuk je semua orang, hahaha. Dah nama winter, so baju2 nya tak berapa nak sesuai la untuk summer season, well, Malaysia kan summer all the time. And kalau manusia yg kejenye menelek designer catalog and nak beli designer handbags yg in season, ada la gak sale kan, tapi tak semua. JuaraPanjang tak sale masa boxing day pun tahun lepas, aku ni siap la menunggu depan kedai, ciss!!! Kalau nak pi outlet designer pun boleh, tapi sanggupkah kauuu. Tu dkt Burberry outlet dkt Hackney tu, mmg terduduk ok tgk manusia beratur nak masuk dalam, tu belum lagi tgk umat yg nak membayor nye. Bukanlah dkt kedai designer di high street takde orang beratur panjang2, tapi saya rasa dkt outlet ramai lagi kot, maklumlah ramai manusia yg hanya mampu beli off season products *ambik cermin dan tuding diri sendiri*. 

Tapi yg paling kagum adalah manusia yg beratur nak boxing dkt Harrod's. Esok Harrod's start boxing day, confirm manusia start beratur seawal 4am. Last year, saya tgk news pukul 7am, ada student Malaysia kena interview oleh BBC News and katanya dia beratur start dari pukul 5am, kantoi kauuu, patut duit sponsor tak cukup, kihkihkih. But the best way is always have a browse dulu a few days before boxing day. Kadang-kadang takde le murah beno dari 2-3 days before that. Itu kaedah pengguna bijak, ptuihhh, kalau bijak takde la ko shopping mcm org gila kannn? Hahahhahaha. 

Well, sapa yg berjaya merembat barang2 yg mahal tapi sebab jadik murahs gila masa hari bertinju ni, sila la share tapi tunjuk kat blog/email la, saya deactivated facebook account saya for a while. Sila la jeleskan saya. Something wrong with me sebab selaku penyopping yg tegar, saya sudah hilang excitement itu.

Last year juga saya menyaksikan sebenarnya ramai orang Malaysia ni kaya raya. Sanggup dtg all the way dari Malaysia masa Boxing Day utk shopping. Saya tgk masing2 kelek paperbag Anya Hindmarch la,Miu Miu la, itu la,  ini la. Eh mcmana saya tahu? Sbb dah mmg keje saya eavesdropped conversation masa depa makan dkt Malaysian Hall, hahaha. Jangan memain, telinga ku telinga lintah, dah la paham pelbagai dialects, hahaha. Bagusla ada orang kaya Malaysia, boleh boost ekonomi Hengland, hahaha. 

Anyway, saya buat cheese tart ni last 2 days. Sedap uols! Senang gila, sebab saya guna ready made pastry dari Sainsbury's, kihkihkih. Tapi recipe ni siap dgn buat pastry sekali, selaku tukang masak yg banyak sangat skill "masterchef," kita beli dkt kedai je la pastry ni, heheh. Terima kasih kepada owner recipe, sedak wehhh.


CHEESE TART (Source: FizaDamia)
Bahan-bahan untuk Pastri Tart
200g mentega/majerin
100g gula ising
1 bj telur
400g tepung gandum
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat Pastri Tart Keju 
1.Kacaukan mentega dan gula ising sehingga sebati. Tidak perlu terlalu kembang.
2.Masukkan telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
3.Tambahkan tepung gandum dan gaul ramas adunan sehingga mendapat tekstur butiran yang lembut.
4.Canai adunan dan potong mengikut saiz acuan.
5.Tekankan kedalam acuan tat yang telah dilenser dengan mentega
6.Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya.
7.Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga masak.
8.Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
9.Simpan didalam balang sehingga diperlukan.

Bahan-bahan untuk Inti Tart Keju (filling ni untuk 2 cheese tart ok)
250g cream cheese
3 cmb gula pasir
2 cmb mentega (room temperature)
1 bj telur
6 cmb krim putar (whipping cream) (Saya guna 10 sudu, mak mmg over noks!)
2 cmb tepung gandum
Strawberry,peach

Cara membuat inti Tart Keju
1.Pukul krim keju, mentega dan gula
2.Masukkan telur dan krim putar dan kacau lagi sehingga sebati.
3.Masukkan tepung gandum dan kacau menggunakan teknik kaup balik sehingga semuanya bercampur rata.
4.Sudukan sedikit adunan tat keju menutupi kulit tart. Jangan isi terlalu penuh. Sebaik-baiknya melebihi 3/4.
5.Letakkan buah kesukaan dibahagian atas cheese tadi.
6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 20 minit sehingga masak


Itu rupanya tart utk org yg over-confident. Padan muka aku, padahal gap nye 7 minutes je kot, patutnya dah keluarkan 7 minutes earlier, tapi sebab nak petik strawberries dlm Smurf, kannn?


Orang dah sudah berboxing, aku pun duduk la telan balance cheese tart ni memalam ni, mengenang nasib diri sebab tak shopping, kahkahkah.

Photobucket

8 comments:

aliaaroslan said...

kalau jeans memang worth it la beli. kalau baju, kureng sikit. kalau akak salma hayek wannabe, saya heidi klum. ngiahahahaaa

Nashays said...

penyopping tegar time org berasak2 die rilek jer sbb hari2 adalah hari soping tegar..

aku smp skg x paham ape aje yg best sgt pasal jaguh panjang tu..cer ko rv sket ala2 fashionista..matiklaa pasni jadik blog fashionista wannabe plak..

yg pegi harrods, tinggal sket kat aku..aku nak jugak mlawat kat dlm tu p aku kena boxing kaw2 dlu kat sini...

pasal baju tu, tu laa aku klu nak bli baju mmg kn pikir cuaca kat mesia..masalahnya derang ni depan tutup belakang tbukak, bawah panjang atas pendek..senak bakal mak mertua tgk kang...time winter ni plak tutup dah elok dah p tebal laa plak takut aku mati kalau pakai kat mesia..sudahnya wat pakai g genting aje yg setahun seklai pegi tu

Izuan Kunang-Kunang said...

Aku tak pernah pun pi shopping time boxing day. Tak kuasa nak mengharungi onak duri dan manusia-manusia biadap kat Padang Barat mahupun Jalan Oxfot!! Takpelah, I'm sure akan ada sale lagi. Lagipun, TK Maxx sebelah rumah. Cari kat situ sudehhhhh!

suhana azlin said...

ramai gile mmg nyampah arr pegi..si kecik pun meroyan pening kepala sbb crowded sgt.

tp dpt la jgk bj next selai dua...yg lain suma beli utk si kecik je noks. and yes, kalau jeans gap tu mmg berbaloi2...tu pun kalau cekap dan pantas rembat size yg sesuai ;P

DeLancrettLurpak said...

Aliaa,

Kalau tak boxing day pun sale gak Aliaa, dkt GAP rumah akak ni, ada je jeans semurah GBP7.99... jgn jeles eh, hehehe

DeLancrettLurpak said...

Nashays,

Sebenonye aku idok le fanatik beno dgn JuaraPanjang tu.. aku lagi dkt G**** kot. Tapi sbb dia murah sikit la dari G****, so boleh la beli, kihkihkih

DeLancrettLurpak said...

Izuan,

Aku pun carik baju dkt TKMaxx.. kadang2 jumpa yg santek2.. mmg TKMaxx dihatiku lahhh!!!

DeLancrettLurpak said...

Suhana,

Aku kalau nak pegi Next's Sale, aku akan pegi awal2 pagi and tak bawak anak. Kalu pukul 5am dia bukak , pukul 5am la aku tercongok dpn kedai tu, hahaha

Related Posts with Thumbnails