Thursday, 24 November 2011

Tajuk Karangan : Enchiladas

Hari tu saya jenguk dapur kak LG (eh tetiap hari pun jenguk :P), Kak LG buat enchiladas. Kan saya dah kata, saya mmg suka tortilla wrap especially with hot filling. Yang kat kedai biasanya jual prawn+mayo+wild rocket in wrap, tak teruja ok! 

Saya teringat saya pernah buat enchiladas tapi fillingnya adalah chilli con carne, and saya adalah menyesal kerana ia adalah tidak kena dgn tekak-international saya (international lah sangattttt!). Dan masa tu juga saya baru tau saya mmg tak suka red bean dalam apa bentuk sekali pun, hatta dalam cendol/ABC pun saya takkan makan, so kamu dpt imagine cara saya order cendol dkt bandar Jasin "Macha, satu cendol takda kacang, satu cendol ada kacang". Yang ada kacang tu T-Bag punya, kihkihkih.

Kak LG kata guna bolognese sauce, mmg cantek sgt lah, sbb rumah saya sentiasa ada sauce bolognese. Ohhh saya suka!! Buat enchiladas ni mmg senang, dapur pun tak kecah, awww!!! Potong bawang holland atau apa saja bawang yg kamu ada, merah ke shallot ke, sukati la nak oi. Pastu bawang putih sikit. Sebelum kamu mulakan adegan tumisan, ambik tortilla wrap, balut dgn aluminium foil, baling dalam oven yg baru nak start panas. Pastu tumis la both bawang. Masukkan daging cincang atau ayam cincang. Kalau kamu nak guna ikan cincang, itu sukati kamu, kang rasa pelik, jangan amukan ye. 

Lepas tu masukkan sayur-mayur yg kamu jumpa dalam peti ais, dan sayur-mayur itu mesti yg logik la, takkan ko nak letak lemon pulakkk. Saya guna carrot dgn celery je. Jangan lah kejam sangat sampai nak baling seketol-seketol carrot tu, ish ish ish. Potong dadu laa, bukan apa, kang tercekik kang. Agak-agak carrot and celery dah layu di tasik madu, masukkan sauce bolognese and sedikit serbuk paprika dan hot chilli. Kacau-kacau and rasai la kemasinannya. Pastu biar la sampai mendidih and tutup api. 

Lepas tu ambik tortilla wrap tu. Letak sesudu-dua filling tu and sedikit cheese. Saya korek peti ais saya, and saya jumpe cheddar cheese and soft cheese je. Saya guna dua-dua cheese. Make sure tuck in both side of the wrap then roll. Saya guna 5 wraps je. Pastu ambik separuh balance filling tu dan letak sikit dalam pyrex, ratakan. Susun wrap tu elok-elok. Pastu letak the rest of the filling atas wrap tu and taburlah cheese banyak mana yg kamu suka. Baling dalam oven, ia kira dah kira siap bila cheese dah melt dan wrap tu nampak sikit-sikit brownish, sikit je ok, bukan brownish abis.


Macam gini rupanya. Malangnya saya terover-excited lalu terletak banyak filling dalam setiap wrap itu, so tak banyak balance filling atas wrap itu. Tapi this is no-masterchef program, so pedulikkan!

Pastu makan lah kamu. Saya makan dengan timun+tomatoes+thousand island dressing. 

Alhamdulillah, sangat kenyang. Benda yang senang mcm gini mmg disukai oleh saya, heheh.

458  patah perkataan.

p/s: cikgu, bagi la markah lebih. penat saya potong gambar and gamkan  dkt sini. Boleh eh cikgu?


14 comments:

aliaaroslan said...

tengok kat blog kak LG, dah terliur. tengok kat sini, lagi lah. konfem kene buat ni.

zarin said...

saya sokong kata2 aliaroslan tu! harus di buat jugak ni!

somuffins said...

DLL
CS aka Cikgu suruh buat karangan 400 atau 500 perkataan?? Dengan jawapan baek punya, baru Cikgu beri lebih markah sebab potong gambar dan gam.

p/s: Cikgu pun tak reti nak masak enchiladas tu :-(

lemongrass said...

wahhhhh...
I pun kena buat lagi lah mcm ni sebab tergoda balik, hahaha.
Nasib baik tadi dah beli beef mince sampai 2kg so sahih2 akan ku buat filling dia berlebih2 so boleh curah atas wrap :-).

Ribbon Clown said...

Sedap seh.. kat blog k LG dah drooling, ni kat blog ko, pas ni blog si zarin n alia..hehe jap lg kuar carik tortillas.. mana aci, ko sorang mkn sedap ;p

makcikkantin said...

wah best ni. pernah buat tapi tak adalah letak balik dalam pyrex......nak buat! thx

Nashays said...

aku rasa aku kena berjinak2 ngan tortilla laa pas ni..cheese, daging hanco ok aku lapar skg

DeLancrettLurpak said...

Aliaa:
Senang dan sedap, kihkihkih

DeLancrettLurpak said...

Zarin:
Sile, sile. Jangan korang borong all the tortilla wrap dkt kedai sudah, hahaha

DeLancrettLurpak said...

CikSom:
450 words cikgu Som. Alah, sebenarnya cikgu Som pandai tapi cikgu malas nak tunjuk skill, kannnn?

DeLancrettLurpak said...

LG:
wahhhh, jgn lupa tunjuk hasil curahan yg melimpah ruah dkt your blog nanti ye, heheheh.. bikin air liur merembes aje tauuu!

DeLancrettLurpak said...

Pe'jah:
Hehehe, bagusla, Zarin and Aliaa pi habiskan wrap dkt KL, ko habiskan wrap dkt Sing, heheheh

DeLancrettLurpak said...

McKantin:
I tak jumpe the right word to replace pyrex, that's why, heheheh

DeLancrettLurpak said...

Nashays:
Ko buat filling dia banyak2, letak dalam freezer, asal lapau ke, ko reheat la and letak dlm wrap, mudah gituuu..

Related Posts with Thumbnails