Sunday, 13 November 2011

Sambal Udang dan Panna Cotta Gula Melaka

Hari ni kami ada jemputan makan-makan di rumah jiran-yg-postcodenya-lebih kurang-sama. Sebenarnya saya yang menggedik ke rumah diorg sebab diorg baru masuk rumah baru. So, jiran pun offer nak ajak lunch, saya anggukkan saja, kihkihkih. Jiran kata nak masak nasik tomato, so saya taktau nak tambah apa, saya buat aje sambal udang, senang! Hehehe. 

Ala, lupak pulak nak ambik gambar our lunch. Ada nasi tomato, ayam panggang, sambal for ayam panggang, sambal belacan, salad telur and of course my sambal udang.

And for dessert, at first saya nak buat bubur sum-sum. Tapi tetiba saya teringat, saya tak berapa suke bubur sum-sum and pulak tu, gula dah abis dkt rumah ni. Since pepagi lagi T-Bag dgn rajinnya pi driving range, saya pesan suh singgah pi beli gula and double cream on his way home. Dengan itu, saya terbuatlah panna cotta. Saya dah banyak kali tgk Kak Nor buat panna cotta tapi with mango puree (kalau tak silap). Oleh sebab diriku malas nak mempureekan any fruits, so buat panna cotta gula melaka, senang banget.

Panna Cotta Gula Melaka (source: Yani myResipi)

Ingredients
100ml susu segar
200ml cawan fresh cream
20g gula melaka
7g gelatin powder + 50ml air
*Sirap*
40g gula melaka
1/4(50ml) cawan air

Method:
1. Masukkan susu segar, fresh cream dan gula melaka ke dalam periuk. Sambil dikacau panaskan sehingga nampak mendidih. Kemudian tutupkan api. Take off from the heat.
2. Masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan air. Kacau sehingga gelatin hancur.
3. Sejukkan periuk ke dalam bekas yang mengandungi ketulan ais dan air sambil dikacau sehingga sejuk.
4. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai, sejukkan selama 1 jam.
5. Untuk buat sirap pula. Masakkan gula melaka dengan 1/4 cawan air. Panas sehingga mendidih. Letakkan sirap ke atas panna cotta yang telah beku/ keras

Maafkan keselebetan bekas ku ini. Tadi masa letak dalam freezer, tangan saya bergegar seronok sebab panna cotta ni jadi, lalu bergerak-gerak la liquid dalam tu, lalu comot, hish!

Kalau buat ikut recipe di atas (1 adunan) dpt utk 4-5 servings aje. Tapi yang saya buat hari ni adalah 3 adunan, so saya darab tiga semua ingredients. So, dapatlah satu bekas pyrex tu and secawan utk saya ulang tayang dkt rumah, hahaha.

Yang saya buat ni rasanya sangaaaaaaatlah creamy sebab pakai double cream. Next time kalau saya buat, saya akan guna single cream lah, kurang sikit rasa bersalah melantak fatty food, hahaha. Ye lah, bak kata Horace Porter, “be moderate in everything, including moderation”.

Ada secawan utk saya layan sambil buat kerja, weeehooo!

Sapa yang teringin nak makan dessert yg mudah lagi senang, sila lah coba! Anda tidak akan menyesal sebab ia sangat mengemokkan, kahkahkah!

Photobucket

2 comments:

azieazah said...

Nak join! Nak join!

Tak kira ler gemok pun, sebab I memang dah gumuks! hahahaha

DeLancrettLurpak said...

Azieazah:
Kihkihkih..

janji sedap ditekak..hehehe

Related Posts with Thumbnails