Friday, 11 November 2011

Jangan Telan Bulat-Bulat

Ye, tuan  puan, jgn la telan bulat-bulat makanan tu. Dikhuatiri tercekik. Selidik dulu, tgk, ada tulang ke, ada buah pelaga, eee kalau tergigit, menyesalll!  Macam tu la kan, kalau jumpa benda-benda kat internet, jgn main telan je, jgn main angguk je. Hah? Tak sama pun metaphor? Wakakaka! Sukati la, janji maksud sampai. 

Kawan saya post satu clip dalam FB and she was asking about kesahihannya. The clip is about binatang such lembu, kuda dibaling ke dalam grinder yg gile punye besar. Ye, dibaling bulat-bulat mcm gitu. Memang kembang la tekak aku kann? Tapi masalahnya, ada pulak suara seorang melayu yg didub kan dalam video tu, siap kata ini ada propaganda jews US la, this is how they make daging burger McD la. Suara dalam clip tu mmg bangga abis la mencodemn kannn. Katanya mmg plan benda tu utk menghilangkan kesucian muslim. 

Errr, hello! Saya buleh bet yg tuan punya suara tu tak carik pun source video tu, main angguk je la yg ini semua propaganda sapa2 ntah kan. Mesti dia kata "hishh, cilaka amerika, jom kita makan kepsi, jangan makan mcd".T___T. Bak kata adik kawan saya tu, kalau ikut akal pikiran yg logic pun boleh pikir. Asal video tu adalah dari Denmark. Of course la diorg cipta tu benda grinder tu bersebab. Kata negara dah civilised kann? Grinder tu mmg guna utk dispose haiwan yg tak fit for consumption. Abis, kau nak bakar belakang rumah ke? Pastu jiran tanya "bakar apa tu Latip?". Latip jawab "Lembu mati sebab penyakit bla bla, best kan bau dia?". T___T.

Memang lah kita mesti alert hal makanan mcm gini sebab katanya jadik darah daging kan? Tapi, janganlah main telan aje apa yg orang kata, please la carik mana asal usul perkara berbangkit (mcm masuk meeting pulak). Tu yg jadik ramai sebarkan ini halal, itu haram. Kalau betol, takpela, Alhamdulillah. Kalau tak betol? Tak ke fitnah namanya? "Kedai Nasi Ayam Penyet and Such haram", padahal elok je orang tu meniaga, saja orang dengki ja, tak ke kesian?


 Korang nak tgk ke video tu? Kang muntah pulak lepas makan nasik beriani, kan hari ni hari jumaat, hari makan briyani. Tapi yang ni takde dub suara orang kita tu, click here. Yang suara orang kita tu, saya malas nak carik dkt youtube sebab sakit jiwa je dengor.



Err, tgk Anugerah Skrin pun buleh menghilangkan kesucian hati, tak gitu?


Sekian tazkirah dari kakak kawasan
(kau berani nak lawan, kihkihkih)
Photobucket

22 comments:

gedek! said...

cheh!

nyesal tengok video tu...

uncle belom sarapan, lah!

somuffins said...

Betul...apa2 pun kena guna common sense jugak..

BTW, kenapa pilih nama Latip? Terbayang2 kita kat LatipBorgiba, hehehe..

tasekM said...

aku pernah tgk satu video ni.
yg ada deme campak kuda tu ke beb...?

aku tak berani nk klik.



.

bujal X said...

keh keh~tapi kalau masak style gitu sedap hapa? fresh!

anakdara said...

haha kmk ada tangga video ya rea nang gelik la nangga..yessszaaa..harus molah research lok b4 sebar menyebar..sik tentu pasal kita berdosa sbb memfitnah..

blu4sky said...

ye..ye..saya ambil maklum..
tp in a way it does membuat tekak ku kembang bila nak makan burger kat luar sana.. so konklusinye mari lerr kita buat daging burger sendiri.. :D

kucingorengemok said...

kakak kawasan ni, kak long ke kak ngah?

Noir said...

dah pernah tonton video tu tapi your writing buat i tonton lagi. nyesal!

i like reminder sebegini, bersahaja. terkadang manusia banyak sangat buat andaian.

- GC - said...

aku tak berani lah kak nak nengok video tu.. tak kuat semangat sangat..

Ms J said...

setuju dengan persoalan terakhir.. ;)

DeLancrettLurpak said...

Gedek:
Mesti terbayang-bayang je masa tgh sarap ek, hahahahahha!

DeLancrettLurpak said...

CikSom:
Masa I taip entry ni, I terbayangkan Latip Ibrahim, classic gituuuu!

DeLancrettLurpak said...

TasekM:
A'ah, yg campak lembu, kuda, babi bagai tu laa...

DeLancrettLurpak said...

Bujal:
Sangatlah kembang tekak saya kamu tahuuuuu!

DeLancrettLurpak said...

Anakdara:
Yalah tek, bahaya mun aokkan ajak apa dipadah orang nak ooo

DeLancrettLurpak said...

blu4sky:
Kalu kamu mmg rajin buat daging burger sendiri, silakan. Saya adalah malas tahap cipan, hahahahahha!

DeLancrettLurpak said...

KOG:
Ni adalah kak ngah. Kak long tu adalah pompuan-pompuan yg handbag nya dipegang oleh spousenya, sebab nampak gangster gile, hahahahahah!

DeLancrettLurpak said...

Noir:
Satu lagi, manusia suka buat generalisation which sometimes sound stupid, kan?

DeLancrettLurpak said...

GC:
Jangan la ko tgk, kang muntah belahak, kesian Emran, mak tak bermaya nak menyusu badan, heheheheh

DeLancrettLurpak said...

Ms J:
Kannn? Kadang-kadang manusia alert sgt bab makanan, tapi bab lain ditinggalkan.

Ibrahim Ismail said...

Itulah tak berhati-hati dalam menerima berita dari orang fasik. Mesti Quran baca tak faham (Itupun kalau baca, ye tak?). Ni saya suka lah blog ni.. tengok bukan senang kan masak. Teringin juga nak belajar masak, tapi tengok ramuan saja dah rasa macam malas. Rumit sangat. Kalau boleh saya nak campak2 saja terus menjadi. Setakat ni layan gambar dulu lah.. sedap!

DeLancrettLurpak said...

Ibrahim Ismail:
Saya sangat nervous bila baca comment awak, sebab ingatkan Ibrahim Ali yg comment, kihkihkih.

Masak senang je, masak dkt kedai,hehehehehe..

Related Posts with Thumbnails