Friday, 14 October 2011

Second Day - Algarve, Portugal

Hari ni terasa relax sikit, first sebab keynote speaker hari ni start pukul 9am, dan second, kan dah present, hehe. Subuh kat sini abis dalam pukul 7.34am, so bangun lambat2, kahkahkah. Breakfast pun lambat-lambat, kul 8.25am, baru tergedik-gedik nak turun. Alah, bukannya ada roti canai and nasi lemak pun kat bawah. Setakat makan Pain Au Chocolate, Croissants and hash brown saja. Saya spend masa mendengar all the presentations, sambil tu saya meroyan dalam twitter.

Kebanyakkan paper yg dipresent hari ni adalah dlm area medic. Area je lain, tapi  most of the concepts and approach sama saja, sebab tu saya pi dengar. Kadang-kadang ada approach yg kita baca dkt paper/journal, kita rasa mcm "jadah apa nye approach ni, mengarut". Tapi bila kita dengar explanation org lain, kita rasa mcm "lahhhh, itu je ke conceptnya, kecoh la luuu", kihkihkih.

Anyway, hari ni saya dpt menikmati lunch saya sebab saya duduk dgn Prof Polish, Prof Canadian plus mamat Spain, orang yg sama yg melepak dgn saya masa Welcome Session petang semalam. Ada gak budak2 muda dok tepi saya, diorg okla, nak gak borak-borak. Tapi lawak mamat Spain tu, dia ni mcm nerd sikit, and sometimes English dia agak kasar sikit la, maybe sebab dia tak biasa guna utk daily conversation kot. Masa tgh makan tu, saya akan cari tajuk la, nak borak, ye la, sgt awkward ok, semua diam tenung meja kann? So, saya tanya la Prof Polish tu, mcmana kita nak tahu yg someone tu come from which country only by looking at their face? Prof Polish tu bagi idea, dia kata, dari dulu biasanya dia tgk hair colour, but it only applies to young people, sebab org muda mana de uban kan? Most of people from south Europe biasanya berambut gelap, and north pulak light colour. Ok, kalau kamu orang muda dan beruban, maafkan lah patik, langsung patik tiada niat nak perli *sambil hulur daun inai and batu tumbuk*. So, macam-macam la teori yg kami keluarkan. Sekali tetiba mamat Spain tu kata "if it's involve face expression, it will be much more easier". Lepas tu tetiba dia ckp, cuba baca paper pasal facial expression and dia ckp jugak "if you really interested, you should ask one participant here, she's in facial expression area".  Saya tgk dia, pastu saya tgk Prof Polish and Prof Canadian. Dua-dua Prof tu pun tgk saya, pastu Prof Polish tu ckp, "she's the one who presented the facial expression paper". Kahkahkah. Malu siot mamat Spain tu, merah muka dia, dia kata sorry, dia tak ingat sapa yg present tapi dia ingat dia tgk paper saya. Saya tak kesah pun, tapi lawak la masa tu, sebab kami tiga org pandang memandang, mcm taktau nak ckp apa, terkedu je lebih.

So, what we had for lunch? As requested, they served us fish, *happy*.


Again, appetizer adalah vegetable soup yg saya rasa ada pumpkin, sweet corn, potato, sedapp! Rasa nak semangkuk lagi, hehe. Main course adalah Bacalhau Gomes de Sa. Bacalhau tu codfish and codfish tu adalah traditional fish for people in Algarve. And normally codfish tu diorg preserved dgn garam, alah, ikan masin je nyah, kecoh kan? Gomes de Sa tu pulak adalah orang yg mencipta cara masak codfish tu. Sebab diorg claim, cara masak yg gini-gini adalah cara dia, gitu. Macam ko ckp "asam pedas pari tijah", gitu lah maksudnya. Tapi matikla kan, mana ada hotel Malaysia hidang "asam pedas pari tijah", hehe. To be honest, main course adalah sedikit muak. It was a generous amount of main course and ikan tu mcm creamy plus potatoes, black olives and slices of hard-boiled egg and the result, saya tak abis la. Dessert, again, adalah yummeh!

And then, lepas lunch ada keynote speaker tapi malangnye keynote speaker tak dtg, so the committee panggil one of the researcher dkt university diorg to present a research. Mamat ni buat pasal medical imaging and focused on dkt VJJ area. Oleh kerana saya macam malu la kan, dia asikla sebut vagina je, sebutla shame-shame ke bunga ke, kihkihkih. So, saya naik atas dan ambik nap, kihkih, ckp jekla ko nak membuto kann? Hehe. Pukul 3pm turun balik and dgr lagi presentation. Jumpa la satu presentation yg audience lain dan saya kegeraman sebab mcm perasan hebat tapi sebenarnya adalah jagoan kampung, next time lah saya cerita ek. Nampak la mamat germany tu geram je dgn jawapan Prof Dr Brazil tu, isk. Dia jawab soalan saya dan mamat germany tu dgn cara berpusing-pusing,reverse, corner kanan dan kiri, jumpa jalan mati, isk.

All of us dinner dkt Pousada de Tavira, it's 25 minutes drive from the hotel. Pousada ni tempat org dulu-dulu singgah makan, sambil parking kuda diorg. So, bangunan dia mmg lama but telah direfurbish. Tempat tu tak buleh dimasuk oleh bas, so kena menapak dalam 2 minutes. Tapi area itu sgt cantek, ia kawasan kampung Portuguese.

Apa tujuan aku ambik gambar ni pun aku x tau, layan aje lah.

Saya duduk dgn mamat Spain tu and lebihnya semua Portuguese. Diorg refuse nak ckp omputis, so saya hanya borak dgn mamat Spain. Diorg tego saya ajak borak tapi language barrier kan, susah gak, lawak tak sampai gitu. Tapi mamat Spain tu kata, they should speak English to respect you, tapi sukati la diorg, tak kuasa gak saya nak melayan org-org tua tu, sebab diorg jenis loud.

The menu.

Sopa Juliana de Legumes tu vegetable cream soup but maksud Juliana dkt situ adalah the shape of veggies dlm soup which is memanjang.  Matikla nak explain cara potong sayur kan? Kalau kita, sayur kacang panjang goreng dipotong melintang, tulis la kau dalam menu  T____T. Pastu ada Filete de Cherne com Molho Aveludado de Ameijoa e Batata a Vaport, alah, kerapu goreng je uols, kihkih. Tapi dia letak white sauce la. But veggies dia adalah pahit, me not loike!

Lepas tu ada dessert, and dessert adalah sgt manis meleting tahap diabetes. Semuanya adalah traditional dessert and salah satu nya adalah Touchino do céu (yg bulat sebelah kiri), yang lagi dua saya tak berapa sure.Tapi yg spiral tu adalah orange cake with syrup.

Every lunch and dinner dkt sini ends with black espresso (bica) and sungguh power la espresso itu, pekat melekat. And ada pulak minah posing dkt kawasan makan, agak-agak la kan, dah la separa vogel, nasib baik VJJ tak nampak.

Pukul 11pm baru balik, ponek!
  Photobucket

14 comments:

bujal X said...

tak bawak meggi?

suhaila said...

best nya mah conference ktk ya..ada juak org k ngn gang ooo..

DeLancrettLurpak said...

Bujal:
Hishh! Org nak experience gastronomic culture, kena la try makanan diorg yg boleh dimakan.. Dan sebenarnya saya tak pandai dah nak makan maggi curah air panas dan kettle pun takda dalam hotel ni, heran kan?

DeLancrettLurpak said...

K.su:

Geng kmk berkelaka kebanyakkannya sidak math, bukan sidak medic. So senang sikit nak berkelaka. Lagipun daknya nang best lah, mcm2 topic boleh kelaka, i loike!

Kazaztan Team said...

tergeliat anak tekak mmyebut makanan kamu...akak ye menu pagi nie...kuih2 mlayu tradisional...ehehhehe

ciketon fazya said...

cer nyanyi lagu jinggli nona, mesti pakcik2 portugis tu kagum ngan k.mim..haha

KSWSK said...

lega la tu kan..dah lepas viva..

Ribbon Clown said...

Jumaat tghari ko free eh? tunggu aku kat lobi hotel eh..aku amik ko bawak jalan2.. pastu kita dinner sama2.. ;p

Fazira said...

medical image processing on VAGINA? hahahahahah.. tak ada tempat lain ker nak buat image processing...berapa orang lah yg sanggup jadi volunteer untuk scan vagina dorang yerk...hahahaha....

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan:
Saya tak sebut pun, saya tunjuk aje kalau nak order, heheh.. nak sebut lasagne pun kadang2 tergeliat, hehehe

DeLancrettLurpak said...

Ciketon:
akak takut kalau akak nyanyi, diorg nak ambik akak jadik anak angkat pulak, susah lak, kihkihkih

DeLancrettLurpak said...

Wawa:
Bukan viva la yang, presentation ajerr

DeLancrettLurpak said...

Pe'jah: Lehhh, aku nak pegi area hill, ko pandai drive left side tak? :P

DeLancrettLurpak said...

Fazira: Dia buat research tu utk assist doctor to cure vaginal prolapse, tu la, pening akak dgr, asik2 vagina, geli tauuuu!

Related Posts with Thumbnails