Thursday, 27 October 2011

Quesadilla and 4550 Miles from Delhi

Sejak T-Bag alter antenna freeview kami, dapatlah saya tgk Food Network. Memang favourite lah rancangan pasal food ni, hehe. Pukul 6ptg, kalau Yaya busy main benda lain and tak ingat Simpsons, dapatlah saya tgk Nigella Express. So hari tu tgk dia buat Quesadilla. Tapi dia guna cured ham. So kena la carik ganti  cured ham. Hem, mana la nak dpt beef rashers kan? Ada je sebenonye jual online, tapi semata2 nak beli tu je, malas la patik. Dan option yg paling senang adalah pakai smoked salmon. 

So, ambik tortilla wrap. Letak salmon, letak shredded cheese (saya guna cheddar) pastu letak la sayur yg korang suka. Si Nigella guna spring onion, jalapeƱos and coriander. Saya letak mixed leaf salad, dah itu je yg ada dlm fridge, hehe. Buat mcm gini then lipat dua.

Lepas tu, brush dgn oil. Then letak atas grill pan. Sambil tunggu dia brown, tekan2kan. Agak-agak dah brown, angkat dan ngap! Org dah berzaman buat Quesadilla, kau baru tau ke Mimah oiiii, kahkahkah!


Saya rasa yg kalau guna daging lagi sedap kot. Smoked salmon ni mana leh masak2, harus dingap begitu saja, hehe.

Saya makan Quesadilla ni, T-Bag and Yaya-Yayen makan sausages pizza. Saya dan T-Bag agak kenyang sebab for lunch kiteorg makan dkt Restaurant 4550 Miles from Delhi. Katanya buffet, tapi tak berapa banyak la food dia. Dessert ada 3 choice je, so ko buleh imagine la starter and main course dia banyak mana, alahaii!

Kami adalah first customer. Masuk terus terjah nasik. Manager siap tanya, taknak makan starter ke, huih, perut dah nyanyi lagu rock kapak, takde masa ok nak makan starter.

Pilau rice with butter chicken, lamb-masak-hapa-jadah and chicken-taktau-nama. Yang pastinya, saya tak berapa suka la. Sebab ia tak pedas, so saya ulam dgn cili potong tu haa. 
Oh ye, saya suka pecah-pecahkan papadom ke keropok ke, then makan dgn nasik, ambik feel katanya, hehehe.

Lepas tu, baru jenguk bahagian starter. Ni je pun saya amik.
Tapi sebenonya tak payah ambik pun takpe, sebab saya gigit setiap satu tu sekali je. Parkora dia mmg fail, big time punya. Yg saya makan hanyalah popadam tu. Itu jek la pun saya makan, tak kuasa nak makan dessert bagai.  Lepas tu terus bayar and ciao.


Saya tetap rasa buffet yg paling sedap adalah dkt Spice Route Cardiff. T-Bag kata Kadiri's Restaurant dkt Willesden  Green, London pun sedap gak. Shere Khan Restaurant adalah pilihan saya kalau saya di Birmingham. Kesimpulannya, saya adalah tak puas makan nasi itu, saya nak nasi kandar please!!!

Photobucket

6 comments:

Kazaztan Team said...

penang la yg the best kan...

Makji Esah said...

Saya menyokong T Bag..yg kat Willesden Green tu mmg sodappp...ko rasa nak kawin dgn tokey kedai tu..(uishh melampau) so bila2 anda sosek kek area tu, silalah hantar msg in the bottle ye...

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan:
Hatiku meronta nak pi Penang.. tulunnnn!

DeLancrettLurpak said...

Makji Esah:

Agak-agak dah ada rombongon meminang makji sampai dari Willesden, canang-canangkanlah kat kami. Kami pun teringin gak nak makan nasik beriani free. Kang kawin, jgn buat course by course tau. Buat buffet. Boleh la saya tambah 18kali tanpa rasa segan sedikit pun, hahahaha.

Kami mmg suka buat lawatan belajar mengejut di London, nanti kami kirim pigeons kasik tau makji naaa.. sile tuntut burung anda di Trafalgar Square, banyak burung kat situ, jgn salah cekup "burung" sudah.. naya je! hehehehehe

Gift N' Favor said...

next time balik m'sia mai penang, i treat you nasik kandar kampung melayu :)

DeLancrettLurpak said...

Gift N'Favor:
Betol ni? Akan ku tuntut! Hehehe

Related Posts with Thumbnails