Monday, 17 October 2011

Last Day - Algarve, Portugal

Pejam celik, pejam celik, dah last day pun. Sepatutnya saya nak pegi berfacial dkt hotel tu, tapi sebab dah lambat beno bangunnye, terus la tak jadik. 9.30am, turun ke bawah and breakfast. Biasanya saya mmg suka eavesdrop conversation org, sebab buleh la tumpang gelak/kutuk dalam hati, kahkahkah! Tapi sebab semua org ckp macam dalam The Sims and obviously, saya tak paham, apa yg saya mampu buat adalah observe org. Saya perhatikan, hotel ni served at least 8 type of cheeses masa breakfast. Yang saya boleh cam adalah curd cheese, cheddar cheese and camembert. Saya perhatikan ada makcik ni, tak silap saya, ada nak dkt tiga kali kot dia back and forth ambik curd cheese. Apa ke sedap beno curd cheese tu? Saya just ambik cheddar and camembert, and saya membuat kesimpulan camembert tak sedap dimakan mcm tu je. It must be on toast with mango chutney or bake with tomatoes. 

 Lepas tu, saya terus ke pasar minggu. Pasar minggu tepi jetty uols.

Kononnya nak carik buah tangan utk org di rumah. Katanya besor, idok le besor mana pasar minggu nye. Macam biasa, banyak jual baju-baju, brg keperluan and food. Saya nak ambik gambar, tapi tak berapa berani. Ye lah, takut org sana tak suke. And paling kagum, saya pergi dkt part org jual food, as in raw and fresh food (sayur mayur, ayam bagai) and cooked food like this one,

Macam doughnut, cuma bentuk je lain. And sometimes, instead of coat dgn sugar, dia sprinkle with coklat and mcm2 yg lain.

 tempat itu sgt bersih. Tak macam pasar malam kita. Sementara carik fridge magnet utk dibawak pulak, saya jalan-jalan belakang kedai, merata gak la berjalan, mmg takdak sampah langsung, bersih! Nak menunjukkan saya ni ada bakat jadik pegawai dewan bandaraya, saya sempat gak buat lawatan ke pasar ikan, mercados gitu. Pasar dia boleh guling2 ok, lantai adalah kering. And banyak jenis ikan yg pelik-pelik and kalau nak carik small shark pun ada.

Celah-celah bangunan, pun bersih, sukaaaa!!!
Lepas tu, naik bilik, kemas -kemas brg since kena check out at 12pm. Then, lepas saya checkout, saya melepak di lobby hotel. Janji dgn transit-cab tu pukul 2pm. So, melanguklah saya di situ sambil merempan di twitter and contemplating gak la nak lunch ke taknak kan. Dah pukul 1 pm tu ada terasa lapar gak la. So, jalan cepat-cepat mcm dalam walkathon, saya pegi one of the nearest restaurant.

 Hajat di hati saya nak makan clam with butter sauce. Tapi saya tahu, dia confirm simmer dgn white wine, so acik malas nak explain lelebey, so acik order aje la grilled salmon. Duduk je, dia terus hantar appetizer. A plate of fresh boiled prawns, olive, cheese (rasanya curd cheese) and bread with butter.

Nyums!

Argh, sedap!
I tell you, appetizer je saya dah sendawa, hish! Sedap lah fresh prawns tu. Cuma bread dia keras sikit. Lembut lagi bread yg saya makan masa conference dinner tu. Saya just makan prawns and olive, sedap (ok, sekarang terliur!)

Salmon tu besar okkk! Dan sebab appetizer tu mmg kenyang gile, saya mmg tak makan langsung boiled potatoes yg come with the grilled salmon. Even salmon tu pun saya tak abis. Kenyang sampai sengkak perut saya. Totalnye adalah adalah 15euro. Salmon tu 9euro. Saya sempat jeling la cooks dlm kitchen tu, semuanya org tua uols! Air tangan nenek, patutlah sedap, hehehe.


Gerak ke hotel laju-laju and sempat la ambik napas bagai, and transfer-cab pun sampai. Sampai ke Faro Airport, huih, panjang gile queue, nasib baik awal sampai kannn. By 3.10pm, saya dah dalam boarding hall and sempat la pegi beli chocolate utk Yaya, hehe, apo nak buek , tak jumpe brg utk budak2, beli cekelat jek la. Sampai di bristol, terus terkejut dgn weather, from 28 degrees in Algarve jadik 14degrees, hish! Alhamdulillah, everything went well, hopefully ada lagi chance lepas ni visit tempat org *sambil study map jeju island, korea*. hehehehe


Sent from my BlackBerry smartphone from Virgin Media
  Photobucket

8 comments:

cahya indah said...

kak, churros ke benda yg macam doughnut tu? yang hujung belah kanan tu nampak macam churros laa..huhu. teringin.

Kazaztan Team said...

org2 tua mmg msk sedap kan...amboiii ke jeju island pulk dahhhh...

- GC - said...

hadoii.. kalo aku kan kak, mesti aku ratah jgk sampai abeh ikan salmon tu.. nyam3x

Ribbon Clown said...

Kan cahya kan.. Cam churos.. Dah terasa kt tekak dah NIH..

DeLancrettLurpak said...

Cahya:
Yes, it's churros, tapi rasanya nama Portuguese nye lain lah, tapi tak ingat la pulak, hehe

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan: Jeju island tu dlm angan-angan, paper pun tak siap lagi, heheh..

DeLancrettLurpak said...

GC: Hish, perut dah penuh, apa yg ko nak makan lagi dik oiii

DeLancrettLurpak said...

Pe'jah: Erk, aku tak pernah makan pun, hehe

Related Posts with Thumbnails