Thursday, 13 October 2011

First Day - Algarve, Portugal

Thanks korang kerana ucapan good luck ittew, patik amat appreciate. Anyway, semalam sampai kepala adalah sgt berat, sebab kepala otak amat serabut lalu terlupa makan. Sampai hotel, buat rehearsal seround-dua, lepas tu golek-golek atas katil. Rasanya around 1am baru tdo kot, itupun terjaga banyak kali. Hish, susah bona nak tdo tanpa laki dan anak di sisi, awww! Tapi katil beso uols, penat I buat kuak lentang, kuak rama-ramai still tak cover the whole katil, kihkihkih.

Ni biliknya. siap balcony ok. Malas la pulak nak snap gambo balcony.

Tv tu ada welcome message utk saya, letak nama Mr Ujir ok, T____T. Ok, saya sound a bit "perak", ye lah, dah nak dkt tiga tahun asik la tdo Travelodge, isk!

Anyway, saya bangun awal, mandi, solat bagai then terus breakfast kat bawah. Naik atas, pakai lipstick bagai, turun balik. Sesampai kat bwh tu, pegi register dulu dkt commitee. Dah dapat sijil bagai, saya main tego je org. Tapi saya takut nak tego European, kang saya tak paham dia, dia tak paham saya. So, saya tego la mamat Bangladesh, asian sama asian (Bangladeshi asian ke? erk!), biasanya memahami. Rupanya dia student PhD dkt universiti sini. Dia pulak tgh ckp dgn satu mamat ni, nampak selekeh. Mamat ni sebuk2 interview saya buat research apa, saya layan la, tapi malas la jugak kan. Sekali kauuuuu, rupanya itu keynote speaker yg pertama, dah la best tajuk dia, explanation pun mmg superb, sebab dia Prof dkt Boston University. Matikla kau berlagak diva dengan dia tadi kannn?

Lepas second keynote speaker tu, ada coffee break. Lepas coffee break adalah jeng jeng jeng, presentation saya. Mak saya selalu tanya, "ko ni tak nervous ke buat presentation bagai?". Jawapan kepada emak "Kali ni bukan setakat nervous je mak, bukan setakat ada butterfly dlm perut, siap ada gajah tahuuuuu". Sebab apa ada gajah, disamping saya jadik presenter pertama, saya juga kena jadik chairperson session saya tu, gulp! Kalau jadik chairperson, kena concentrate dgr talk org lain, sebab ko kena la tanya soalan gak kann. Tapi saya tgk org lain yg first language nya bukan English, semuanya nervous. Ada mamat ni, rasanya mesti pangkat Assoc Prof at least, pun nervous gila and awal-awal dah mintak maaf kalau kita tak paham English dia. Normal la tu kan nervous ni kan?

Mamat Prof tu masuk room saya present tu. Dia senyum je, patik dah nervous. Sekali, dia tak tanya pun saya apa-apa, ciss! Penat je aku nervous. Lepas tu masa saya nak gi lunch, saya pun duduk la satu meja ni. Sekali mamat tu dtg lagi , sambil tarik kerusi sambil ckp dgn ayatnya "I saw your presentation, it was bla bla bla.". Tak tenang patik nak makan, dah la kebuloq uols! Tapi saya tidak menolak rezeki, kerana mamat Prof tu menawarkan nasihat yg bernas dlm research work, I loike. Agaknya mcm tu la baru layak jadik Prof., sebut la ko apa approach pun, dia tahu siap buleh explain ok! Kami satu meja borak-borak la. Mostly cerita pasal research, dia cerita pasal project dia yg banyak gila but in a good way, bukan bragging. Dia cerita pasal approach yg diorg guna, best! Dan saya mengaku (dlm hati), saya agak lembab bab scientific terms ni, hish maluwwww i tawww!

Rezeki makan juga saya tidak tolak.

Apakah kau gila nak ambik gambo makanan depan mamat Prof ituuuu? Inipun saya songlap menu bawak balik bilik masa solat zohor, kihkihkih. Dan saya request vegetarian or seafood menu and without alcohol. And today diorg serve saya vegetarian lasagne, sedapp! Tapi portion nyee, hishh, perli ke hapaa!!! Tapi seriously, diorg mmg tak lokek, ada ke serve two chicken legs per person, ish ish ish. I tell you the dessert mmg heaven, eh kopi dia pun sedap, alah, ko tu apa yg tak sedap kann?

Lepas tu dgr la lagi keynote speaker talk and contributed papers. Pukul 6.30am, ada welcome session dkt pool terrace. Sementara nak tunggu welcome session tu, saya jalan depan hotel, depan hotel adalah tempat parking yacht and luxury speed boat.

View dari dalam lift. Semua omputis tgh berlengging. Ada yg aku tgk kulit dah terbako, bukannye tan, ish. Swimming pool ni mengadap view beach and ia dkt level 1.

Saya carik gak la spender cantek, tapi semua getah dah luruh, so tak leh nak budget posing atas kapal .T____T


Tapi just minum wine/fresh orange and light snack during welcome session. Fresh orange tu rasanya diorg perah sendiri kot, mmg fresh abis. Snacks adalah smoked salmon on toast, sardine on toast and cheese with mango chutney on toast, semuanya adalah sedap-nak-lagi-tapi-malu-dgn-prof-canada & polish ituuu.  Saya dok borak dkt orang-orang tua and mostly adalah Prof, sedih mak noks, takde org muda nak ckp diriku ini.

Lepas tu balik la bilik, taip entry ni. And dinner ku sudah sampai. Order room service, malas nak carik makan tempat lain.

Ria Lounge Salat
Salatprossen, frische Tomate, Gurkenwurfel, Garnelen, susser Mais, Ananas, Oliven und Croutons with Cocktailsauce.

Ada je seafood pasta, tapi malas nak makan berat-berat. I kan obese, kihkihkih. Menunya dalam Portuguese, so saya google dulu each and every word, gigih mak nyah! Ok, saya nak makan sekarang, daaaaa.
  Photobucket

14 comments:

kucingorengemok said...

orang posing pakai bikini, ekau nak posing pakai spender? ok. why not. kah kah kah...!

Ribbon Clown said...

haha..aku pun pikir cam KOG td..;p

pas ni ade paper lag tak nak present? Aku nak kirim christian ronaldo satu boleh? ;p

bujal X said...

kemain nak pakai spender gatah luruh! keh keh~~

cahya indah said...

seronok betul kalau dapat pegi tempat macam ni buat presentation macam akak, rasa macam nak sambung study smpai doctorate dah. tapiiiii..tang nak buat research bagai tu, pitam..tak jadi la. hehe.

Mak Piah said...

hehhehe...lenkali amik jek gbr dgn spentot tu... alah..dalam gbr bukan nampak sangat pun ...edit sesikit kendian kendian...:P

hOtMaMa said...

hihi.. kelakar la blog akak ni :)

DeLancrettLurpak said...

KOG:
maksud saya two-piece.. yg ada riben kat tepi, awwww!!!

DeLancrettLurpak said...

Pe'jah: Takda paper dah.. diorg tak ckp yg conference ni abis jumaat tghari, so aku pulak beli tiket hari sabtu baru balik, so merasa la berjalan sekejap, heheheh

DeLancrettLurpak said...

Bujal: Hehehe, kalau pakai spender getah luruh, confirm kena halau keluar dari pool, hehehe, pencemaran mata katanya,

DeLancrettLurpak said...

Cahya : Some says, conference adalah utk menghilangkan stress researchers, because before conference, semua mcm nak mati buat kerja.. hehehe

DeLancrettLurpak said...

Mak Piah: mungkin sebulan masa diperlukan utk edit gambo saya pakai spender luruh tu, sebab selulit banyak sgt, wakakaka!

DeLancrettLurpak said...

Hotmama: Alah, blog saya ni merepek je banyak.. eh awak kakak ke saya yg kakak ? heheheh

Melissa Imran said...

Dah abes present ke? Saya tgh kumat kamit (Imran heran, ngape kamu cakap sorg2 wahai isteriku?) ngapal slides. Kunun tanak ngapal, tp takut pulak ternganga2 kat depan ramai orang tu huhuhu

DeLancrettLurpak said...

Farah: Dah abis present ler, kamu bila conference?

Related Posts with Thumbnails